Sunday, February 20, 2011

Berkilo

seminggu ni betul-betul memberi cabaran terhebat kepada kami sekeluarga. berat mata yang memandang, berat lagi bahi kami memikul. berkilo-kilo. beratus kilo mungkin beban yang ada di bahu kami.
bukan mudah bagi kami memendam beban yang tiba-tiba terletak dibahu kami. bukan mudah untuk saya mengunci mulut. bukan mudah untuk meminta pemahaman dari orang sekeliling. mungkin ada yang akan cakap, dia ok je. tak nampak sedih pun. apa perlu saya menangis atau memberi raut mendung andai semua tak kan mampu menolong? sebolehnya saya akan asingkan kerja dan peribadi. namun saya tak mampu menunda sehingga hujung minggu. andai keluarga saya ada pendua, saya akan menunggu sampai hujung minggu untuk pulang. namun tidak. kerja ada pendua, tidak keluarga saya. terima kasih pada yang memahami dan membantu dengan tidak bertanya.
dulu saya rasa beratnya jadi sulung. kala ini, rasa berat tu saya buat jauh. biarlah cuti saya terpaksa dihabiskan. demi keluarga.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin