Monday, February 28, 2011

Aplikasi untuk Samsung Galaxy S

Masih berkenaan dengan Android. Ok, senang cerita nak cakap, ada handphone mahal harga riban-riban tapi kalau tak dimanfaantkan pun tak guna gak kan.

Kalau sekadar buat untuk tengok MV and video call pun, ambil je la handphone biasa tanpa Android kan.


Banyak sangat aplikasi di Android Market yang boleh kita dapatkan secara percuma dan tentunya yang berguna untuk kegunaan harian kita.


Hiburan.

Saya sukakan aplikasi Talking Tom yang ibarat ‘kucng perliharaan’ yang suka mengajuk cakap. Sangat comel. Bila sentuh bahunya, dia akan bergerak-gerak suka. Bila pegang telinganya, dia akan mengaduh. Buat peneman kala sunyi best jugak. Macam Hyu Bin dalam Secret Garden. Hehe.

Video Downloader juga best sebab saya boleh direct download vdeo dari Youtube. Terus simpan dalam Galaxy S, dan boleh tengok dan dengar. Erm.. search apa sahaja. Syoook.

Fourshared juga menarik sebab boleh download lagu-lagu terkini. Hehe.

Ringtone Editor memang menjadi kesayangan sebab boleh edit lagu jadi ringtone bila-bila masa, dimana jua. Mudah sangat. Daownload dari Fourshared, terus edit jadi rintone. Tadaa. Sekelip mata ada ringtone terkini. Exclusively edited.


Untuk wanita yang terlalu sibuk nak uruskan hal kehidupan yang padat dan mantap, sampai terlupa tarikh period , Period Tracker paling best. Gambar pun comel sangat. Masukkan sahaja tarikh period, kemudian ia akan kirakan bila tarikh subur dan project next period. Nak masukkan tarikh intimate pun boleh, hehe.

comel kan?

Walau banyak hiburan, hal agama jangan dilupa.

Saya sangat sukakan aplikasi Adhan Alarm. Ianya berfungsi untuk azan dan mengingatkan kita waktu azan. Juga disediakan kompas sebagai untuk menentukan arah kiblat. Memang menarik. Pagi-pagi boleh dengar azan dari handphone. ada aplikasi Kiblat juga. senang kalau travel jauh.


iQuran, saya baru sahaja selesai download. Semua surah lengkap ada dalam iQuran. Boleh dengar juga orang membacanya. Kena ambil masa sedkit untuk download audio. Memang best.


Sekarang saya masih mencari-cari zikir untuk kegunaan masa senggang dan sibuk. Cucuk ditelinga sahaja.

since message tone untuk samsng Galaxy s ada standard, tak boleh buat ringtone sendiri, download la dari GoSms. boleh la buat message tone macam dalam Secret Garden ' wanja wasyok'. haha.



Sayang Galaxy S saya.. mmuah!


Saturday, February 26, 2011

Samsung Galaxy S



Dirumuskan cerita, akhirnya saya berjaya memiliki Samsung Galaxy S- i9000. Gila best punya gadget. Huhu. Memang berbaloi. Saya ambil yang internal 8GB, dan external 8GB. Jumlah memory, 16GB. Memang happening.


Apa yang best sangat? Ok, untuk FULL SPECIFICATIONS, klik sini. Malas juga nak cerita panjang lebar. Tapi extra features, mari kita explore.


Ianya Android. Apa itu Android? Klik sini juga.


Dalam Galaxy S ni ada Android Market. Macam pasar yang boleh kita beli macam-macam. Ada yang free, ada yang berbayar, ada yang trial, ada yang permenant.


Search sahaja. Korean Dictionary, Games, Converter, Kaji Cuaca, Azan, bacaan surah, semuanya ada dan memang best. Yang penting kena ada unlimited connection internet. Pakej DIGI paling best. Nanti kita cerita di keluaran akan datang. Heee.



Galaxy S dalam kategory SmartPhone. Macam HTC, Blackberry. Tapi bagi saya, jauh sangat bestnya.


HTC dan Blackberry lebih kepada profesional user. Macam untuk link email. Agak kecil. Untuk nampak gah. Yelah, bila reply email opis guna Blackberry, akan ada tulis, via Blackberry. Bila update Facebook, ada lambang Blackberry. Walau Galaxy S tak la cakap, via Galaxy S, lebih best, akan tertulis, via Android. Amacam? Lagi klas kan? Kalau setakat Balckberry, tapi bukan Android, isk, tak mengancam pun.


Galaxy S, bentuknya slick, nipis, ringan dan stylish. Skrinnya besar. Sama besar dengan Ipod Touch/ atau lagi besar kot. Tengok MV, memang puas hati. Boleh nampak semua details dalam MV tersebut. Lebih nipis dan ringan dari Iphone4. Boleh buat video call kepada semua handphone, tidak terhad kepada Samsung sahaja (tak la kedekut macam Iphone4, kan). Boleh guna kamera depan, dengan syarat kena daownload aplikasi tersendiri.


Kamera 5mpx. Walau 5mpx, gambarnya cantik, macam 12 mpx. Cuma tak berapa best, tak da flash. Tapi masih cun bila guna night mode.


Texting message. Ada satu skrin khas untuk taip. Kalau risau jari besar gedabak, make it horizontal. Huh. Besar dapat keypad. Yang bestnya Samsung ni, texting message akan jadi dalam bentuk conversation. Macam ni: . so, tak da masalah la kalau tetiba kita pelik kenapa kawan kita reply begitu dan begini. Sebab dalam list conversation dah ada simpan apa yang kita texting selama ini. Conversation ni mampu menyimpan sebanyak 200 coversation. Tak perlu bother untuk simpan message atau delete. Ia akan auto delete bila dah lebih dari 200 conversation. Lagipun, seramai mana la kita nak ber texting kan?


Kemudian, mari kita tengok Gallery. Memang best cara Gaalxy S simpan gambar dan MV. Ia akan bergerak mengikut cara kita memegang handphone. Menegak, melintang atau menyeget? Semua boleh cater. Memang cun. Cuma guna jari sahaja. Tap sana, tap sini.


Skrin depan nya boleh di tambah, dibuang page nya. Mahu skrin depan sampai 6 page? Boleh sahaja. Tambah. Mahu jadi 1 sahaja, pun boleh dibuang selebihnya.



p/s: masih seronok meng explore Galaxy S. hari-hari ada jumpa benda baru yang best.

Wednesday, February 23, 2011

DEMO

I asked my dearie sayang. I degil ke? He said, yes.

I cannot agree with him.

So I tend to asked my old dear friend, am I ‘degil’?

He said, he can’t tell me that he’s totally agreed with my dearie sayang. But, in addition, he also said that I’m EMO. Huh. So mean. (ops, yeay, that’s what we call emo..:P)

He adds more, I’m DEMO. Means DEgil + eMO. Oh. So, whenever people asked me to describe myself, I should say, I love to DEMO.

Thanks Hemi, you cheer my day yesterday. After been ‘brutally injured’ during training. Adui.

Tuesday, February 22, 2011

Beli dan Beri


I owe my old dearest friend which not so old but quite old. haha. really wonder why he asked me to promote his lots at this my pretty petty blog. huhu. He said 'anis, blog awak kan ramai follower'. ya, so ramai till I can count the comments. hahaha. Ok, forget about comments. Just really glad for overwhelming comments from truly sincere visitor. Rather than just 'yeay, I’m first'. What’s the purpose?


Oh ho. Off the topic.


Ok. This old friend is kind of FEMININ freak. haha. kipas susah mati. But not only that, he really got 'golden collection' from the golden age. So vintage, ok. Just visit the web so you can purchase that vintage a.k.a old skool collection. Yeah, welcome back our memories.. Plus, this also allows us to do some charity. It’s easy. More to say, its non profit web. Lets 'beli and beri'. It’s time for charity. For good deeds.


Visit Beli dan Beri @ My1Stop.my .


Sunday, February 20, 2011

Berkilo

seminggu ni betul-betul memberi cabaran terhebat kepada kami sekeluarga. berat mata yang memandang, berat lagi bahi kami memikul. berkilo-kilo. beratus kilo mungkin beban yang ada di bahu kami.
bukan mudah bagi kami memendam beban yang tiba-tiba terletak dibahu kami. bukan mudah untuk saya mengunci mulut. bukan mudah untuk meminta pemahaman dari orang sekeliling. mungkin ada yang akan cakap, dia ok je. tak nampak sedih pun. apa perlu saya menangis atau memberi raut mendung andai semua tak kan mampu menolong? sebolehnya saya akan asingkan kerja dan peribadi. namun saya tak mampu menunda sehingga hujung minggu. andai keluarga saya ada pendua, saya akan menunggu sampai hujung minggu untuk pulang. namun tidak. kerja ada pendua, tidak keluarga saya. terima kasih pada yang memahami dan membantu dengan tidak bertanya.
dulu saya rasa beratnya jadi sulung. kala ini, rasa berat tu saya buat jauh. biarlah cuti saya terpaksa dihabiskan. demi keluarga.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidaur Rasul

hari ni kita bercuti.
tahu kenapa kita bercuti hari ini?
menghormati pemimpin kita.
Tahu tarikh kelahiran Nabi dalam kalendar Islam? saya pun tak dapat menjawab dengan betul kalau tak kerana nasyid ini:

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
hari yang mulia penuh sa'adah,
bermulalah sebuah kisah,
malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
nikmat Illahi sama di syukuri terima putera yang berbakti...

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
hari yang mulia penuh sa'adah,
bermulalah sebuah kisah,
malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
keadaannya yang amat mulia,
lahirnya bawa cahaya,alam derita jadi gembira terima junjungan mulia..

Moga cuti ini tidak sekadar cuti. renung kembali sejarah perjuangan Nabi kita.

untuk warga IT yang menyertai perarakan Maulidur Rasul kebangsaan, tahniah. kalaulah saya boleh join, isk.

p/s: bila tengok Non Muslim bercuti, teringin nak tanya, cuti hari ini sempena apa ye? agak-agak diorang tahu tak?

Monday, February 14, 2011

katakan TIDAK

katakan TIDAK kepada Valentine's Day.
cukuplah dosa yang kita buat meraikan Valentine's Day ketika zaman muda remaja yang agak jahil. bila dah ada ilmu ni, tak perlu lagi ye.
beri hadiah, candlelite dinner, ucapan 'sayang kamu' boleh diucapkan setiap hari. tak perlu tunggu Valentine's Day.
Hari Berkasih Sayang adalah setiap hari.
mari menyanyangi sesama insan.
mmuah!

Friday, February 11, 2011

Pathetic.

Thats what i feels now.
Dont know exactly why.
I do feels pathetic.
So pathetic.
Damn.

Please go away. shuh.

Wednesday, February 9, 2011

Cherating bersama terchenta






Jalan makan angin di Cherating dan Kuantan dan seumpamanya. Hujan sepanjang hari mengakibatkan laut gila bergelora. huh. jadi, agenda lain hanyalah jalan, makan, dan makan lagi dan makan lagi. sampai bila cerita pasal satar pun dah nak termuntah. betul-betul makan. jalan ramai-ramai memang syok. Malas mahu bercerita banyak. satu gambar mampu menceritakan seribu kisah.

Tuesday, February 8, 2011

saya dah cukup umur sebenarnya

seronoknya bila kita yang berumur 27 tahun orang sangkakan masih belajar di Uni. huhu.
sebab?
  • rasa muda belia lagi..
  • 'adik masih belajar, abang bagi harga student la'..
  • masih ada orang nak mengorat
  • kalau kena tahan ngan polis sebab speed, polis bagi kelonggaran sebab ingatakn student. suke.
tapi adakalanya sungguh rasa menyampah bila orang orang ingat saya masih berumur awal 20 an. sebab?
  • bila masuk kedai branded sikit macam carlo Rino, tanya pasal bag, memang sales girl/boy tak layan la. cis. ingat saya budak kecik, tak da duit? huh. sedih.
  • bila jalan kat Mall, ada orang jual kredit kad, diorang akan offer kat Ema, ok. bukan kat saya. cis.
  • bila beli tiket untuk 18tahun ke atas, berkali-kali budak pawagam ingatkan untuk 18 tahun ke atas je tau. bongek.
  • pendapat sukar diterima sebab rasa masih muda, dan tak layak bagi nasihat. huh?
kata Ema, sebab cara saya berpakaian menampakkan saya masih budak tak cukup umur. jeans and t-shirt. ok la tu. takkan saya kena pakai blouse untuk menunjukkan, 'hei saya dah berumur hampir 30 tahun'. huhu. rasanya, walau dah kawin nanti, saya masih mahu pakai t-shirrt Diesel hehe. cool apa.

Sunday, February 6, 2011

Tips kerja idaman

Masa awal-awal kerja dulu, agak kerap beberapa junior ketika di UIA email dan telefon minta tips untuk dapatkan kerja.
susah sangat ke nak dapat kerja? selalu juga dengar, anak pakcik A tu tak dapat kerja lagi, ambil jurusan bagus. anak makcik B tu tak dapat kerja lagi, dah 3 tahun menganggur.
apa kes?
ada juga pakcik saya bagi resume ex student dia yang dah setahun menganggur. saya ambikla, tapi saya cakap, along cuma letak kat dalam box HR je, dapat ke tak, jangan berharap.
sempatlah belek resume dia. saya dapat rumuskan kenapa dia susah nak dapat kerja.
Pertama, resume memang TOTALLY OUT. ada ke patut, generate dari Jobstreet punya resume? sungguh tak da usaha sendiri buat resume. kalau tak pernah tengok resume, cuba usha kat sini. bukan sahaja orang HR yang tengok resume tu tak layan, saya yang bukan orang HR pun tak rasa nak tengok lebih-lebih. dan hello, awak fresh graduate, tak perlulah resume sampai 3 muka surat. try to compress everything in one single page. nice and neat. pastikan cover letter juga menarik dan terhormat.
Kedua, majoriti company yang ada nama, termasuklah Bank Islam ada standard dalam mengambil pekerja. kami memilih yang ada degree untuk level Officer dan Managerial. Diploma untuk clerical dan teller. jadi pastikan apa yang diminta bersesuaian dengan level of education. minta kerja Bank, haruslah berlandaskan jurusan juga. janganlah jauh sangat larinya.
Ketiga, PNG atau CGPA memainkan peranan yang AMAT PENTING. sangat sukar untuk masuk Bank kalau pointer bawah 3.00. kalau bawah 3.00 pun, sekadar 2.75, itu pan mesti ada pengalaman kerja yang setaraf dengan Bank. jadi, pastikan pointer bagus. janganlah belajar bagai nak rak 4 tahun, 2.5 je dapat? huh.
untuk yang fresh graduate, semua di atas memang sangat penting. lain-lain, pastikan contact number betul. pengalaman, Ain punya resume tersalah letak nombor telefon. sepatutnta 019, jadi 012. bila saya tengok, baru tahu salah. bila dah betulkan, dapatlak kerja di Bank Islam, alhamdulillah. doa dan tawakal amat penting selepas semuanya dah selesai. azam di hati, nak kerja elok untuk bantu keluarga. dan pastikan azam itu di buat seusai berjaya dapat kerja.

Friday, February 4, 2011

please, on your own effort

sesungguhnya saya makin tak tahan dengan mereka yang selalu mencuba menggunakan saya untuk mendapatkan sesuatu. huh.
ye, saya kerja ngan Bank Islam. alhamdulillah saya dah kerja dekat 4 tahun. dengan usaha sendiri dan (izin Allah), saya dapat kerja ini. rezeki saya disini. dipermudahkan segalanya. kemudian, fasa untuk suaikan diri dan mengkembang kan (secara fizikal dan mental), semua saya sendiri. tanpa pertolongan orang lain!
sampai masa saya dah stabil, mula la orang sekeliling ambil kesempatan.
cuba paksa saya untuk masukkan mereka ke Bank Islam. ingat saya ni General Manager HR? jawapan saya senang, hantarla resume. itu yang saya buat untuk dapat kerja. merengek pula, minta tolonglah usahakan, tanyakan pada mana-mana department yang nak pakai orang. suruh saya mengendeng kat boss, ambik korang kerja. tak da kerja aku! USAHA SENDIRI! saya dah bagi jalan nya, kot kalau saya ambil resume korang pun, saya cuma tolong letak kat dalam kotak kat luar HR je, ok. nak mengendeng, nak ampu bos suh ambik korang kerja, sampai masa korang kerja nanti buat hal, datang lambat, bermasalah, buat malu saya je kemudian hari. walau adik saya pun, saya hanya hantar resume dia kat dalam tong luar HR tu.
dan ye, saya kerja bank. ingat saya boleh luluskan pembiayaan a.k.a financing korang dengan petik jari je? harap maaf, saya tak buat operation. saya buat project dan system. sila rujuk branch. ada pulak, yang dah blacklisted, tapi ada hati minta saya dan Ain tolong adjust. gila ke apa? harap maaf, kami tak reti serong kerja kami. blacklisted, harap maaf. sila cuba bank lain. walau awak makcik atau sepupu kami, sorry naik lori, ok. kalau nak tanya apa kelayakan, apa prosedur, saya boleh bagitau. siap saya boleh bagi nama PFE lagi, walau saya tak dapat pun komisen. namun, untuk cuba meluluskan yang tak layak, tidak sama sekali.
harap maklum.

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Chai & Lunar Year

Gong Xi Fa Chai




&



Happy Lunar Year

from F.T Island..



p/s: aman makmurnya Malaysia, dapat cuti straight 4 hari.. huhu.

Tuesday, February 1, 2011

Trauma

Sudah setahun rupanya tragedi 'pecah rumah pada hari Wilayah' berlaku. Dah setahun. 12 bulan. lamanya. Tapi setiap kali balik dari kerja mesti masih berdebar tengok keaadaan rumah. Takut sangat rumah kena pecah lagi. Takut sangat kot-kot pintu gate dan pintu rumah dah terbuka ketika balik tu.
Walau sudah masuk ke dalam rumah, perasaan takut tu masih ada. cepat-cepat buka lampu dan tengok keadaan rumah, masih elok kah? Takutnya ada orang lain dalam rumah.
Takut bila duduk rumah sensorang, tetiba dengar gate dibuka, cepat-cepat ambil batang kayu belakang pintu dan pegang. Tilik siapa yang datang sebab memang confirm semua tidak akan balik pada waktu itu. Rupanya jiran sebelah. Ces. Bikin gugup.
Pesan mak, amalkan baca ayat ke sembilan dari surah Yassin. Ye, itulah yang saya lakukan setiap kali mengunci pintu rumah dan pagar. dengan doa tambahan ' Ya Allah, rumah ini tempat kami berlindung, tempat kami beribadat kepada Mu, tempat kami menjaga kehormatan kami. pelihara lah ia sepertimana Kau perlihara kami'. Dengan itu, saya melangkah pergi kerja dengan yakin. yakin Allah menjaganya.
Moga selepas ini tiada lagi insiden tragik begini berlaku.
Bayangkan, ini adalah trauma yang rumahnya kena pecah masuk, dan alhamdulillah tiada apa berlaku. namun, jika trauma hampir dibunuh ? Apa kesannya sepanjang hidup?
Selamat Hari Wilayah dan yeay, hari ni cuti. Selamat bercuti untuk siapa yang 'melantak; cuti dari 29 Jan sampai 6 Feb. Korang memang kejam. huh.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin