Tuesday, January 11, 2011

Lagi sepuluh minit

Lagi sepuluh minit nak habis kerja.

Huh. Hari ni penat dari pagi. Penat minda. Penat badan.

Sejak dapat email untuk meeting, hati berbolak balik.

Dapat buat UAT, hati ada sekdikit girang. Walau UAT macam hampeh juga, tapi ok la. Seronok.

Tengahari balik dari makan, tengok gerai-gerai yang dibuka secara ‘tidak halal’ sibuk mengemas. Cepatnya kemas. Mungkin dah habis lauk. Tapi tak mungkin. Makin dekat. Makin nampak kelibat lori besar DBKL color kuning (yang biasa dibuat untuk bawa daun-daun yang dipotong) dan juga beberapa penguatkuasa. Mereka belum serbu. Cuma duduk jauh. Memberi masa untuk peniaga kecil mengemas barangkali.

Berhempas pulas la peniaga-peniaga kecil ni mengemas barang, masukkan segala lauk dan meja ke dalam kereta. Ada juga yang berkeras tak nak mengemas. Habis masa yang diberi, penguatkuasa ni pun berjalan ke arah peniaga-peniaga yang kental ni. surat saman dikeluarkan. Mana yang ada lesen berniaga diberi saman. Rasanya RM300. Mana yang tidak berlesen sepatutnya barang-barang mereka diangkut ke dalam lori. Tapi penguatkuasa ni tak sampai hati rasanya nak angkut barang-barang mereka.

Dari tingkat 7 Wisma Bank Islam, ternampak seseorang yang asyik mengekor penguatkuasa. Ingatkan siapa. Sebab pakaiannya memang macam orang biasa. Dan dia memang orang biasa. Dia nak mengambil gambar. Fungsi gambar?

Kalau dia jenis yang bertanggungjawab, dia akan menulis surat rasmi kepada DBKL mungkin meminta pertimbangan dari pihak DBKL untuk menyediakan tempat khas untuk peniaga kecil ini. harap saya akan berusaha ke arah itu.

Kalau dia jenis yang suka mencari glamer dan nak sangat blog nya jadi hot, dia akan letak segala gambar yang menampakkan DBKL mengangkut barang dan tajuk yang mungkin menjadi pilihan adalah ‘ DBKL kejam’, ‘DBKL mencari duit tambahan’ atau ‘Kerajaan terusan mengambil duit rakyat’- walaupun yang memegang Kuala Lumpur sekarang adalah PKR. Huhu. Mana satu pilihan si pengambil gambar?

Dari skop peniaga kecil, mereka mencari rezeki. Orang di Bukit Damansara ni ‘craving’ untuk makan tengahari yang murah dan sedap dan pelbagai. Kedai yang ada disekitar sini hampir semuanya kedai Cina dan sah-sahla menyediakan babi sebagai hidangan utama. Walau ada pun, hanya beberapa kerat kedai sahaja, itupun nasi bungkus boleh cecah RM8 sebungkus. Kalau dengan gerai kecil ni, boleh dapat ayam, nasi dan sayur dengan harga RM3-RM4. Murah.

Dari skop DBKL, itu memang tugas mereka. Bila mereka tak buat kerja, kita akan cakap orang DBKL tak buat kerja. Makan gaji buta. Bila menguatkuasakan undang-undang berbagai cacian juga dilemparkan.

Tepuk dada tanya sikap kita sendiri.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin