Tuesday, January 25, 2011

Cinta hati baru

Cuba pakai SK II dua tahun lepas. beli starter kit kat sini. kemudian, pakai Treatment Essance sikit-sikit. pakai hanya bila kuli kering. gila jimat. tapi memang best. kulit macam serta merta pulih dari dalam. segera. pakai mask SK II paling syok. terasa pitera masuk ke liang-liang kulit dengan gembiranya.

Kemudian, saya beli lagi Essance tersebut. Kemudian saya beli Cleansing Gel. Pakai untuk bersihkan make up. wonderful! kulit rasa lembut sangat selepas pakai gel ni. memang make up yang kental dan tegar nak berambus dari muka hilang la.

Kemudian, saya beli cleanser yang comel juga. pun sangat seronok. sangat best sebab saya ada set yang best.

baru sahaja order untuk Facial Treatment Cleansing Oil. apa fungsinya? bila baca macam Cleansing Gel juga. mari try ye. mari kita terus melembutkan kulit muka.
ye, kulit muka saya saya lembut sekarang. hihi. dah tak kasar lagi. sampai kekasih hati saya suka cubit-cubit. adoi.

untuk yang baru nak mencuba, apa kata ambil set ini?




Friday, January 21, 2011

Lagi sedikit masa..

Hari Jumaat, selepas cuti Thapusam. Bekerja. Huh. Penat juga. Dan berat. Mendapat tahu ada kalangan rakan sekerja yang dapat kenaikan pangkat. Tahniah. Berat tanggungjawab tu. jangan dipandang ringan. Silap buat perhitungan, satu department tergadai. Andai salah guna kuasa, tidak halal gaji itu. Anak-anak menjadi mangsa.

Hari ini mau ke Low Yat. Gementarnya. Teringiinnnnnnnnnnnnn sangat dengan Galaxy S. dah meleleh-leelh air liur tengok Ain pakai. Isk. Tapi CorbyPro juga amsih dalam kesayangan. Harap-harap satu investment yang berbaloi. Puh.

Hari ini banyak menyudahkan kerja. Menyiapkan kertas kerja untuk Family Holiday. Susah dan beratnya tanpa awak, Hemi (Harap awak baca blog saya, puh)! Nasib template yang awak sediakan dulu agak membantu. Harap=harap percutian ke Cherating minggu depan membantu saya menyediakan satu Family Day yang happening dan mencapai matlamat. Ini masuk KPI juga tak? Asik kena tanya dalam meeting je. isk. Cuak juga. Namun faham kondisi semua di sini macam mendambakan ‘perfect gateaway’. Mudahan semuanya ok.

Ok, masa tinggal lagi 3 minit. Dah kena tutup PC, siap-siap kena jalan ke Pusat Bandar sensorang hari ni.

Tuesday, January 18, 2011

Wrapped up, huh?

Hampir ke pukul 12, 18 januari 2011. Gila sangap. Tapi tengah tabah dan kental untuk menghabiskan Secret Garden episode final ni.

Sibuk gila dengan cerita Korea yang best-best ni. Isk. Bulan December 2010 dan January 2011 ni memang hectic la. Namun semuanya hampir berakhir.

Minggu lepas cerita Youre Beautiful kat 8TV dengan Chinese’s speaking dah habis. Walau agak kureng emosi sebab cakap bahasa Cina dan guna suara entah sesiapa, tabah juga menyelit-nyelit tengok. Suka. Jang Geun Suk sangat cool dan cool dan cool. Dan aksi comel nya. Isk.


Secret Garden di SBS tamat pada hari Ahad, 16 Januari 2011. Penutup dengan Hyun Bin mengadakan konsert. Cerita ni mulanya agak ego tak mahu tengok. Tapi pas tengok ep 1 dan 2, jadi ketagih pulak, ada 20 semuanya. Dan sekarang tengah senyum-senyum. Isk. Happy.


Marry Me Marry di KBS World akan tamat esok. Agak malas nak tengok Jang Geun Suk version ‘suka merajuk’ dan beraksi kebudakan. Sebenarnya hati ni dah disiat-siat dengan aksi JGS dan MGY time KBS Drama Award. Benci. Isk.

Next, cerita apa ye masuk dalam senarai ‘must watch’?

Mahu berehat dan kembali kepada rutin membaca novel atau teruskan? Hehe. Kena teruskan la kot. Kena praktis cakap Korea ni.

Oh, dah pukul 12 lebih pun. Selamat pagi, Selasa 18 Januari 2011 (lagi 4 hari nak gaji, yeay).

Sunday, January 16, 2011

apa rasa

15 Januari 2011, pertama kali saya basuh BKD sejak saya dapat,sejak saya memilikinya dari Oktober 2008. huhu. Biasa hantar kedai je. almaklumkah, perangai 'anak orang kaya' memang sentiasa ada dalam diri.. huhu. entah apa mimpi, lepas sapu porch, rasa nak basuh plak BKD.
Bila mencuci BKD dengan tangan sendiri, boleh lihat setiap inci kereta. mana scratch, mana ada kesan kotor yang sukar nak dibersihkan. kena tenyeh sikit.
penat. tapi puas hati dapat basuh kereta yang dibeli hasil titik peluh sendiri.
tertanya, apa perasaan memilik sesuatu yang dapat tanpa sebarang usaha? mesti rasanya berbeza.
saya masuk Uni tanpa bantuan kabel, dan berjaya habiskan. Tahniah, anis.
saya masuk kerja di Bank Islam tanpa sebarang conenction. tanpa sebarang pertolongan dari sesiapa. atas usaha sendiri. gaji yang saya dapat, terasa maaanis sangat, sebab usaha sendiri. tahniah, anis.
saya beli kereta dengan titik peluh sendiri. bayar bulan-bulan dengan gaji sendiri. berkatnya, BKD tak memberi masalah. syukur gila. di kala orang-orang lain bermasalah dengan kereta, BKD sangat 'menyanyangi' saya. huhu.
saya tertanya, bangga kah menjawat jawatan sekarang dengan gaji begitu jika dapat sebab connection? bukan sebab bertanding secara adil?
saya tertanya, banggakah bila orang memuji kereta kita walhal dapat bukan melalui titik peluh sendiri?
saya masih tertanya lagi, apa perasaannya yek?

Thursday, January 13, 2011

Sedikit pengetahuan supaya tak BIMBO

Ada seorang kawan update status Facebook, bertanyakan ‘ ada kemungkinan matawang Malaysia lagi tinggi nilainya daru USD?’.

saya belajar ekonomi dari umur 18 tahun sampai 23 tahun. 5 tahun. Dari benci dan resit paper, saya akhirnya kagum dengan kelebihan pengetahuan ekonomi, dan memegang Bachelor (Hrs) of Economics, minor in Islamic Finance.

Tahukah anda, apa itu demand dan supply? Tahukan anda bukan senang nak menentukan ekonomi negara? Bagaimana untuk menentukan penggunaan Fisacal Policy atau Monetry Policy?

Bukan sewenangnya untuk kita menentukan naik turun matawang kita di peringkat dunia.

Masih ingat krisis kewangan 1997? Rasanya mereka yang sebaya dan lebih muda dari saya mungkin tidak berapa terasa ‘sakitnya’ krisis tersebut. Saya baru masuk tingkatan 1 di Muadzam Shah. Ayah guru besar. Mereka yang bekerja dengan kerajaan tidak rasa, kerana kerajaan dijamin. Mereka yang bekerja disektor awam, yang melibatkan institusi luar negara memang terasa. Ramai yang di beri VSS. Bukan banyak mana pun. Muda-muda sudah tidak bekerja. Menganggur. Kadar rate pinjaman menjunam naik.

Recap kenapa berlaku. Semuanya kerana George Soros, pakar ekonomi. Dia adalah manusia yang membuat ramalan untuk ekonomi sesuatu negara. Namun dia tidak lakukan keatas Malaysia. Dia lakukan terhadap Thailand. Semua pelabur Thailand menarik diri. Dan Malaysia yang malang juga menjadi sasaran kerana kita adalah jiran mereka. Hampir 90% pelabur menarik diri. Teruk Malaysia ketika itu. Banyak projek terbengkalai.

Malaysia di beri peluang oleh Bank Antarabangsa Dunia untuk meminjam duit dan menyelesaikan masalah kewangan.

Ditolak sekeras-kerasnya oleh PM ketika itu, Tun Mahathir. Rakyat marah. Sebab mereka rasa terseksa.

Apa kesan jika diambil pinjaman tersebut?

Bank-bank di Malaysia akan menjadi milik Bank Antarabangsa. Kita bukan lagi tuan di tanah sendiri. Cuba fikir negara mana yang menjadi mangsa Bank Antarabangsa? Pernah tengok dokumentari tentang negara yang terpaksa angkut duit berbag-bag hanya untuk membeli telur? Tahu negara mana yang matawangnya ibarat jutawan, namun hakikatnya cuma beberatus RM sahaja. Mahu jadi begitu?

Tun Mahathir boleh memilih untuk membiarkan matawang kita turun naik dengan sewenangnya. RM dan USD boleh menjadi pada kadar RM1 atau juga RM2,000,000.00 untuk 1USD.

Mahu berjudi dengan nasib negara?

Namun dia memilih untuk ‘mengikat’ matawang RM dan USD pada kadar RM3.80 untuk 1USD. 3 atau 5 tahun kemudian, ekonomi Malaysia pulih. Terima kasih mantan PM dan pakar ekonomi Malaysia.

Berbalik kepada soalan kawan saya. ‘ ada kemungkinan matawang Malaysia lagi tinggi nilainya dari USD?’.

Ada. Tapi tidak akan dipersetujui oleh pakar ekonomi negara. Kesannya besar. Saya pernah belajar kesannya. Dan sebab itu saya syukur apa yang ada hari ini.

Andai RM1= USD3.80.

Duit kita ‘appreciate’ dan USD ‘Depreciate’. Macam nice je bunyinya. Bila RM appreciate, maknanya RM tinggi nilainya. Barang buatan Malaysia akan naik harganya. Kos pembuatan, kos tenaga kerja akan naik. Mahu gula, beras, ikan, ayam dan barang barang tempatan naik harga melambung-lambung? Barang-barang dari US akan jadi murah nilainya. Jadi, kita akan terus membeli barang buatan US. Barang buatan Malaysia tidak laku. Tidak laku bermakna tidak untung. Tidak untung bermakna rugi. Yang mana menyebabkan syarikat Malaysia terpaksa memberhentikan pekerja. Kadar Unemployment semakin tinggi. Memberhentikan pekerja menyebabkan mereka tidak berduit dan mereka akan terus membeli barangan US yang murah harganya. Boleh nampak kesna jangka panjang? Mahu jadi antara yang diberhentikan?

Rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan akan terusan menyalahkan kerajaan. Korup. Ceteknya akal. Rakyat Malaysia hanya mahu kesenangan sendiri, mahu kaya ketika keluar melancong ke luar negara. Kelakar.

Economy Cycle untuk setiap negara ada turun naik. Semua akan rasa ‘deficit’ dan ‘surplus’. Cuma besar atau kecil sahaja yang membezakan. Contoh terbaik ketika krisis kewangan negara tahun lepas. Lihat bagaimana warga US merayu diberikan kerja. Malaysia? Juga tergugat. Namun hanya sedikit sahaja. Goncang, tidak sampai tumbang. Dan kita kembali meriah.

Lihat apa ekonomi boleh buat untuk kehidupan sosial kita. Rehat sekejap, dan baca tentang ekonomi mudah agar kita tak sewenangnya lantang menyalahkan tampuk pemerintahan. Atau cuba-cuba join course econmy di UIA, sebab lecturernya dari serata dunia yang kagum dengan tindakan mantan PM kita.

Wednesday, January 12, 2011

Cuti yang haram

Masuk tahun baru ni, cuti kembali dapat 24 hari. Tambah dengan cuti tahun lepas, ada lagi extra 2 hari. Tahun lepas ambil 3 kali MC.

Selama kerja ni, syukur sebab tak pernah lagi tipu MC. Nak cuti semata-mata sanggup pergi klinik minta MC dengan berbagai alasan sakit perempuan. Walau doktor dah offer cuti, tapi rasa masih boleh bekerja ( dan alang-alang dah separuh hari bekerja), gighkan jua bekerja. Jadi saya puas hati MC saya MC halal.

Cuti 24 hari memang cukup untuk setahun. Kecuali la untuk mereka yang anak selalu sakit. Ramai juga yang dengar-dengar baki cuti tahun lepas ada lagi 20 hari la, 10 hari la. Amboi, tak cuti langsung ke tahun lepas? Rasanya jarang je nampak muka kat office. Bila tanya, cuti. Bukan sehari. Tapi sampai 3 hari cuti. Mana dapat cuti tu kalau baki masih ada 20 hari? Mungkin cuti tak approve kot. Atau guna MC sepanjang tahun. Almaklumlah, Bank Islam ni pemurah, sampai 30 hari beri MC kat staff nya. Sampai naik lemak juga la staff ni. ada yang batuk dan sakit tekak sikit pun nak dah plan nak minta MC esoknya.

Saya ni dah naik muak dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka ni. rasa bengang dan tidak percaya pun makin giat bertambah. Sampai hari tu, dah takda langsung orang kat opis, so saya dengan satu staff ni kena kerja. Tapi tiba-tiba staff tu pun nak cuti. Dia janji nak cuti rabu dan khamis je. yang mana Jumaat confirm ada. So, saya bagila. Saya kata, ok, jangan risau, Anis ada jaga office. Tapi rabu dan khamis tu saya dah nak demam. Khamis malam tu memang dah ting tong. Terpikir, boleh ke MC esok. Mcm mana kalau staff tu tetiba nak EL atau MC jumaat tu? sebab dia memang etrkenald engan EL dan MC nya. Kuatkan hati, sebab ada sedikit rasa percaya. Mungkin dia jenis yang bertanggungjawab dengan janjinya. Hari Isnin masuk kerja, tahulah dia MC hari Jumaat tu. bila saya tanya, dia jawab degan tersengih-sengih. Memang hangin satu badan. Memang ada orang kat office selain kami, tapi terus hilang rasa percaya tu. lepas ni jangan harap saya akan allow dia untuk cuti.

Sebut pasal cuti, saya tak faham kenapa golongan berkahwin perlu rasa orang bujang tak payah cuti lama-lama bila raya. Kami pun ada keluarga juga. Kalau awak balik rumah kedua belah pihak, saya fahamla. Tapi kalau balik sebelah pihak je, saya pun ada rumah mak ayah saya juga. Perlu la patuh boss dah cakap samada sebelum atau selepas. Sedih la perangai manusia macam ni.

Sedih bila kita ni dah habis bertanggungjawab, tapi bila part orang lain sewenangnya buat Emergency Leave. Huh.

Ada juga yang selalu jadikan anak sebagai alasan untuk EL. Andai tidak benar anak sakit, tapi tipu, tak takutkah kemudian hari jadi betul-betul? Walau alasan anak sakit perut, mungkin Allah akan makbulkan sakit perut yang akhirnya disahkan kanser perut. Mahu?

Seingatnya, ingatla MC yang haram tu tetap akan haram. Effect? Pada gaji. Kepada siapa gaji diberi? Diri sendiri dan keluarga. Jadi darah daging. Turun temurun.

Tuesday, January 11, 2011

Lagi sepuluh minit

Lagi sepuluh minit nak habis kerja.

Huh. Hari ni penat dari pagi. Penat minda. Penat badan.

Sejak dapat email untuk meeting, hati berbolak balik.

Dapat buat UAT, hati ada sekdikit girang. Walau UAT macam hampeh juga, tapi ok la. Seronok.

Tengahari balik dari makan, tengok gerai-gerai yang dibuka secara ‘tidak halal’ sibuk mengemas. Cepatnya kemas. Mungkin dah habis lauk. Tapi tak mungkin. Makin dekat. Makin nampak kelibat lori besar DBKL color kuning (yang biasa dibuat untuk bawa daun-daun yang dipotong) dan juga beberapa penguatkuasa. Mereka belum serbu. Cuma duduk jauh. Memberi masa untuk peniaga kecil mengemas barangkali.

Berhempas pulas la peniaga-peniaga kecil ni mengemas barang, masukkan segala lauk dan meja ke dalam kereta. Ada juga yang berkeras tak nak mengemas. Habis masa yang diberi, penguatkuasa ni pun berjalan ke arah peniaga-peniaga yang kental ni. surat saman dikeluarkan. Mana yang ada lesen berniaga diberi saman. Rasanya RM300. Mana yang tidak berlesen sepatutnya barang-barang mereka diangkut ke dalam lori. Tapi penguatkuasa ni tak sampai hati rasanya nak angkut barang-barang mereka.

Dari tingkat 7 Wisma Bank Islam, ternampak seseorang yang asyik mengekor penguatkuasa. Ingatkan siapa. Sebab pakaiannya memang macam orang biasa. Dan dia memang orang biasa. Dia nak mengambil gambar. Fungsi gambar?

Kalau dia jenis yang bertanggungjawab, dia akan menulis surat rasmi kepada DBKL mungkin meminta pertimbangan dari pihak DBKL untuk menyediakan tempat khas untuk peniaga kecil ini. harap saya akan berusaha ke arah itu.

Kalau dia jenis yang suka mencari glamer dan nak sangat blog nya jadi hot, dia akan letak segala gambar yang menampakkan DBKL mengangkut barang dan tajuk yang mungkin menjadi pilihan adalah ‘ DBKL kejam’, ‘DBKL mencari duit tambahan’ atau ‘Kerajaan terusan mengambil duit rakyat’- walaupun yang memegang Kuala Lumpur sekarang adalah PKR. Huhu. Mana satu pilihan si pengambil gambar?

Dari skop peniaga kecil, mereka mencari rezeki. Orang di Bukit Damansara ni ‘craving’ untuk makan tengahari yang murah dan sedap dan pelbagai. Kedai yang ada disekitar sini hampir semuanya kedai Cina dan sah-sahla menyediakan babi sebagai hidangan utama. Walau ada pun, hanya beberapa kerat kedai sahaja, itupun nasi bungkus boleh cecah RM8 sebungkus. Kalau dengan gerai kecil ni, boleh dapat ayam, nasi dan sayur dengan harga RM3-RM4. Murah.

Dari skop DBKL, itu memang tugas mereka. Bila mereka tak buat kerja, kita akan cakap orang DBKL tak buat kerja. Makan gaji buta. Bila menguatkuasakan undang-undang berbagai cacian juga dilemparkan.

Tepuk dada tanya sikap kita sendiri.

Monday, January 10, 2011

Hari Kedua 2011







Event dah berlalu agak hampir dua minggu sebenarnya. Tapi nak cerita juga. hihi.
Hari kedua, 'dating' dengan my dear peeps. huhu. Bowling time. Gila lama tak main bowling. sah-sah la longkang.
Meet at IOI Mall, Puchong yang mana tak pernah jejak pun. Huh. ni Myza si baju oren/peach punya deciosion since pertama kali jadi Programme Manager.
Pertama kali juga beliau awal datang event. haha.
Wina, since dah jadi bini orang ni asyik-asyik sms je, macam tak jadi sebab laki nak pi shopping kat OU payah nak hantar ke IOI (err. time tak jadi bini orang pun sama ok). hehe.

Well, alienated jugak ngan IOI ni tapi, sampai bila perlu avoid tempat tak pernah pergi. Sekali sekala jejak tempat baru.
Kagum seh ngan Noha yang datang straight dari Kemaman. notice here, when we get older, temptation untuk balik ke kampung sangat kuat. sampai dah tak kesah kalau tol pergi balik dan minyak dekat/ lebih seratus (itu Jerantut, balik Kemaman lagi mahal).. sindrom 'semakin tua'.

Main dua game, tahulah result. memang longkang. err. tak la longkang semua. masih ada yang dapat strike tau. yang longkang tu cikgu tenaga pengajar bagi ajaran sesat. HUH. well, tempat last ler gamaknya. bila Wina datang second game, baru la dapat second last. HEHE. Chua.

Well, masih sempat bertukar gossip sampai habis suara Myza bercerita. komawo. update diri masing-masing. terasa lama sangat tak jumpa. yah. kawan. harapnya kekal sampai bila bila walau sudah beranak pinak. terima kasih menjadi kawan saya.

Friday, January 7, 2011

Solusi kehidupan


Benda yang baik wajib di kongsi bersama kan?

Jadi, selama hampir setahun ini, saya tidak berkongsi benda yang baik yang berlaku pada saya. Rasa bersalah pula.

Rasanya awal bulan 5 atau 6 saya diperkenalkan dengan Majalah Solusi. Antara Majalah yang wajib saya beli tiap bulan.

Solusi bukan majalah hiburan picisan. Harganya mahal, RM9 senaskhah. Tapi selepas membaca, kita akan faham kenapa haranya mahal. Tiada ruang untuk iklan picisan, iklan telefon bimbit. Kalau adapun adalah iklan majalah keagamaan yang lain.

Solusi bukan majalah agama yang 'leweh' yang menyokong sesetengah parti lain, dan membidas parti yang satu lagi. Bukan juga majalah agama yang sarat dengan ayat Quran atau hadis.

Isinya mantap. Pengisian nya berbeza.

Contoh, bila bercerita tentang Telaga Zam Zam. Bukan hanya tentang khasiat dan zat-zat, atau cerita tentang bagaimana ia terhasil dari hentakan kaki siti Hajar, namun juga bagaimana Siti Hajar membuat halangan unutk mengelak dari air Zam Zam mengalir menjadi sungai. Terima kasih kepada Siti Hajar, berkat kecerdikannya, Zam Zam menjadi telaga.

Jadi, nampak disini, kita boleh mengorek dan mengambil banyak ilmu dari Solusi. Isiniya terkini. Bertenaga. Banyak hukum hakam yang melibatkan arus permodenan untuk kita jadikan panduan.

Tahukah kita bahawa sunnah Rasulullah makan guna tiga jari adalah ketika Rasulullah makan kurma sahaja? Tidak la logik untuk kita yang makan nasi, mneggunakan tiga jari sahaja. Lagipun, ia adalah simbolik bahawa makanan adalah bukan benda yang teramat penting dalam arus kehidupan. Hanya tiga jari diperlukan.


P/s: kalau nak order, pesan sahaja di sini. Boleh pesan yang isu terdahulu juga. Saya juga sedang berdikit-dikit mengumpul yang lama-lama. Banyak panduan hidup untuk diikuti.

Monday, January 3, 2011

Back to Normal

Selamat kembali ke sekolah bagi mereka yang masih berada di alam persekolahan.

Yang bakal hadapi peperiksaan besar hujung tahun, simpan tekad dari sekarang. Walau cita-cita besar macam mana pun, tanpa tekad, tiada apa pun yang mampu terhasil.

Selamat kembali ke pejabat dengan azam baru, umur baru. Hehe. Tahun ni bila orang tanya umur berapa, harus jawab 27 kah? Walhal bulan 8 baru genap 27. Isk. Azam tahun ni nak sentiasa sampai office dengan senyuman. Buang segala kekusutan selepas pukul 6. Hal kerja tinggal di pejabat. Hal peribadi, tinggalkan di mana-mana sebelum amsuk office.

Sunday, January 2, 2011

01.01. 2011



Hari ini memenuhi jemputan cukur jambul anak Kak Lisa, kakak kepada ex housemate, Kak Ina. Nur Lutfiya Zahirah. Tahun-tahun sebelumnya cukur jambul Lutfiya Zara. Comel macam kakak nya juga.


Tengah-tengah majlis marhaban, adalah sorang makcik ni dapat call.


‘sape meninggal? Faizal? Faizal anak pak usop? Yang mana? Oo.. yang pelakon tu?’


Uiks?


Marhaban bersambung. Rehat sekejap.


‘iye la, Faizal pelakon tu meninggal. Ala.. suami siti Nurdiana tu.’


Semua dah wonder, betulke? Takkan muda dah meninggal?


Marhaban bersambung balik. Sempat jugak kami menjeling sesama sendiri.


‘gila twitter makcik-makcik ni. Hehe’.


Tengah-tengah marhaban, ada la makcik ni pergi masuk dapur kejap.


‘o, betullah Faizal tu meninggal. Check iinternet kejap tadi’.


Amboiii makcik.


Sesekali berjumpa dengan kak Ina dan kak Siti, bestnya bercerita dan berkongsi rahsia. Banyak benda-benda boleh update. Kadang-kadang selalu terasa dah tak da orang lain dah nak dengar luahan hati perasaan kita. Tapi sebenarnya ada. Cuma kita yang melarikan diri. Isk.


Walau tengahari 1.1.11 tu ada kereta Iswara yang mengundur kereta tanpa Nampak Bobo dan terus langgar sisi. Isk. Sedih. Tapi malas nak berkira sebab kereta tu lagi teruk, Bobo Cuma scratch dan budak yang langgar tu macam Lutfi. Jadi, tak sampai hati nak marah dan minta duit. Mungkin kifarah dosa. Isk.

Saturday, January 1, 2011

Ahlan wa sahlan 2011

Entry pertama untuk tahun 2011. Selamat datang tahun 2011. Semoga tahun ini saya menjadi seorang yang lebih baik. Anak yang lebih baik. Hamba yang lebih baik. Pekerja yang lebih efisien (adoi). Kawan yang lebih memahami. Kakak yang lebih caring.
Semoga saya tidak menyesal ketika 2011 meninggalkan saya tahun hadapan.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin