Saturday, December 31, 2011

Good Bye 2011

2011 dah nak melabuhkan tirai.
Alhamdulillah,
Sungguh blessed tahun ni. Masam manis, pahit duka dan suka semua ada.
Tahun ni kebanyakkan WISHLIST tercapai.
Dapat bawak family berjalan lagi, kali ni ke Cherating, dan Langkawi. Seronok dan happening. Puas hati semua orang.
Saya dah menjadi tunangang orang! Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami.
Saya dah dapat menjejak kami dan melancong ke KOREA!
Urusan kerjaya pun agak meyinar, walau di akhir tahun baru Nampak sinar mentarinya. Namun, terima kasih Ya Allah.
Oh ya, family member dah bertambah lagi seorang dengan kehadiran suami Ain. Oh, dah ada adik ipar i..
Lain-lain kisah duka, malas nak mengimbau. Kisah duka tu, memang sakit, tapi Allah memberi hikmah yang tak terhingga dan juga pengajaran buat diri sendiri.
Jujurnya, awal tahun baru juga banyak berita saya nantikan untuk buat pengumuman. Ceh, budget Lisa dan Yusry je. Hahaha. Moga Allah permudahkan urusan saya dan semuanyanya. Amin.
Semoga tahun 2012 lebih menyinar. 2012, tahun yang akan lebih sibuk buat saya.

Friday, December 30, 2011

BAIK MATI

Captured from INTREND, JAN 2012.. KEJAM TAPI BENAR. huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 27, 2011

pastikan segalanya Islamic

Eh tajuk. Mengancam.
Hari ni ada terbaca status budak pasal beli kereta baru. Teringat awal-awal bekerja. Setahun kemudian baru beli kereta. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Masa kawan nak uruskan hal pembelian kereta, dia tanya nak pakai loan apa. Saya bagitau nak islamic bank. Tak kesah bank apa. Yang penting islamic. If possible tak nak RHB sebab nak bayar susah- bases on pengalaman kawan.
Okey. Saya bayangkan maybank islamic. Tapi dapat EON CAP islamic. Skang dah tukar ke Hong Leong Islamic. Aduhai. Takut jugak susah nak deal. Tapi amazingly boleg buat internet banking dr bank islam. Mudah. Bayar pada hari gaji. Saya pernah bayar lambat, terus check ada kena denda tak. Tengok clause contract, tak ada fine untuk late payment. Alhamdulillah. Bukanlah nak melambatkan payment. Tapi kalau IBG takes 3 days untuk clear kat bank. Kadang-kadang hari payment tu kita super duper busy. Tu yang terlambat.
Apa best pakai Islamic? Lahiriah; tak da charge kalau lambat. Tapi check bank masing-masing punya contract untuk clear ok.
Tak berapa nak lahiriah, tapi logik akal- alhamdulillah, kereta saya tak menyusahkan. Setakat tayar pancit sebab bawak semberono, biasala kan. Saya biasa dengar kereta saga orang lain baru beli.dah leak minyak, pedal problem. Tapi saga saya, yang sama batch je, tak ada problem macam tu. Bateri pun belum tukar sepanjang 3 thn setengah pakai ni. Sungguh bersykur.
Saya rasa same gies to home financing... Kalau islamic, insya allah dipelihara dari anasir jahat. Tapi umah sewa saya tu? Hermm... Guna loan conventional ye? Eh, tak berani den nak tannya MIL. huhu...
Oh tambahan. Kita pun kenalah ISLAMIC jugak. Kan? Ayuh bentuk keperibadian muslim.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 19, 2011

Team Building 2011



This is our new team. Blessed..











with our new boss, with new direction




complete Officer's team.old and new. expert and fresh.

with Fahmi's head ready to 'go'.. hak hak


























Fahmi, new adik in da house. our ustaz. our loyar buruk.

rose among the thorns, kata boss.



during the task, "take funny pose with foreign visitor". padahal, penang mari, kami kata Jepun. hehe.

Alhamdulillah, 2011, new direction untuk department kami. dengan team baru; happening and fresh. dengan Division baru; clear and heavy workload. jadi Team Building untuk build our relationship. seronok dapat jumpa orang yang duk kita email hari-hari, tapi tak pernah kenal. seronok dapat semeja dengan our COO Datin. sharing idea. whatever it is, looking forward for better in 2012. amin.

Sunday, December 4, 2011

Polis yang tutttttttttttt

second december 2012.

another tragedy. adoii. kali ni lagi extreme, sebab berdepan sendiri.

citer pendeknya, umah kena pecah pada pukul 3.30 pagi. alhamdulillah, Allah selamatkan kami. kunci kereta yang di curi guna galah masuk umah ( so cerative, ok) membunyikan alarm membuatkan housemate saya sedar. dia turun dapatkan saya sebab sliding door dah terbukak, tapi gril terkunci rapat. saya dengar ada bunyi kunci kat luar. terus ambik kayu dan ketuk dinding dan sergah. peromka lari naik motor 2 lejang. meninggalkan kasut kat luar pagar sebab dia panjat tembok pagar yang tinggi tu. dan juga galah oanjang yang siap ada pencangkuk.

sepatutnya ada sarjan yang datang untuk buat siasatan pada paginya. tapi tak datang-datang. bila saya call, ni conersation kami:


Sarjan: saya tak dimaklumkan pun. saya berada di Subang impian dari pukul 2.30 pagi tapi tak dimaklumkan apa-apa. kenapa saya tak dimaklumkan.

(bodoh tak dia tanya saya balik macam saya ni pegawai polis kat balai)


-saya ceritakan apa yang hilang, kunci rumah dan kunci kereta. bla. bla.

sarjan: oh, bukan pecah rumah ni. cubaan pecah rumah sahaja. tak perlu buka siasatan, hanya kena buat langah preventation sahaja awak kenal orang sebelah rumah? (iye, saya kenal, rumah dorang ternganga ada 2 moto 125zr, tak kena pecah pun). awak pasangalah alarm ke, cctv ke, bukak lampu depan rumah awak. oh, rumah sewa ye. alah, awak keluar je dari rumah tu (awak nak saya duk umah sapae, rumah awak ke sarjan?).


-saya bagitaulah rumah ni dah 3 kali kena dalam 5 tahun. takkan dia tak datang untuk ambik bahan bukti.

sarjan: alah, memanglah 3 kali. habis tu awak nak saya buat apa? letak polis seorang jaga rumah awak setiap masa? (what the helllllll)


-saya bagitau juga pasal kasut dan galah yang saya jumpa.

sarjan: habis tu, awak ingat dengan kasut tu, saya kena buat check DNA ke untuk cari penjenayah tu? (memang gila bodoh punya sarjan).


sampai tahap ni memang dah takat didih. tapi nak marah macam mana dia polis. last2 air ata saya mengalir dalam phone. memang celaka punya polis.


tunang saya memang tak puas hati. buat report pasal sarjan tu kat IPD shah alam. report atas layanan kurang ajar nya. dan juga ketidak mampuan buat kerja.

huh, bila cakap dengan tunang saya, baik pulak. takut pulak. dan-dan nak setel luar. saya geram sangat sebab dengan orang lelaki boleh cakap elok. mentang-mentanglah saya perempuan duk umah sewa kena pecah, boleh dia perlekehkan saya. kalau lah anak perempuan dia sendiri kena, mahu cari sampai lubang cacing agaknya. huh.

Thursday, December 1, 2011

December

Hujung tahun. Disember sudah menjelmakan diri.
Belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat tahun baru Islam.. Semoga dirahmati dn diberkati sentiasa. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, November 20, 2011

Photobook - Holiday

I love Groupon so much! since saya malas nak upload gambar holiday langkawi lagi kan, saya pun upload pic dari Pixajoy. just click Mye-flip photo.
well, photobook ni expect delivery on 24th nov. harga sebenar RM155, tapi dengan Groupon, saya dapat RM78. murah kan untuk saya simpan semua kenangan holiday dari Kota Kinabalu, Cherating, Cameron Highlands dan Langkawi...:) love it to the max!

Thursday, November 17, 2011

Citer Korea

Sekarang dah kembali tonton citre korea di tv. Sebab banyak pulak citer best2. Softcopy yg diberi org pun byk tak sempat tengok lagi. Takpe masa banyak lagi. Boleh tengok dihari muka.


Sekarang kat KBS World hari rabu dan khamis ada cite Glory Jane. Jalan citenya menarik. Ada banyak misteri yg 'tolonglah apa cite sebenar ni'. Its tense. Tapi tu yang buat menarik. I love the heroine. Park min young. She smile brightly. Overwhelming.



see? yiputta! ..... and overwhelming..


Since dah mengada ambik astro b.yobd sebab nak sangat beyond korea kan, saya dah dapat tengok channel One! Kat korea namanya SBS. Skarang tengah ralit dengan Deep Rooted Tree. Cite zaman dulu kala. Tapi entah macam mana anis-yang-moden ni suka and siap ternangis mleleh leleh air mata (pergh, penangan betul cite korea ni). GoOd to know other culture and history. dengarnya hero yg masih kecik tu adalah hero citer The Successfull Story of Bright Girl. Yang berlakon dgn Jang Nara jual produk kecantikan tu.. Ingat?

Monday, November 14, 2011

Maturity



Bila-bila manusia lain meminta anda menjadi matang, apa reaksi anda?



Persepktif matang berbeza mengikut template hidup masing-masing.



Apa maksud matang sebenar?



Matang dari segi perwatakan. Means kena sopan, tak boleh hu ha hu ha macam budak-budak umur 13 tahun? Begitukah? Well, pendapat oran berlainan. Sopan ada tempatnya. Bila diberi peluang untuk bersuka ria, let it go. Setiap dari kita ada sikap childish, tunggu masa untuk dikeluarkan.



Mungkin diam adalah tanda matang. Atau diam sebab tak tahu nak bereaksi dan memberi pendapat? Diam tu memberi berbagai makna. Diam tu memberi berbagai tafsiran. Diam tanda protes tak bersetuju atau diam mengiakan sahaja.



Atau matang dari segi kewangan. Erm, boleh juga sebut kestabilan kewangan. Matang dalam menguruskan kewangan sampai taklah hutang membukit atau sampai kad habis limit. Hutang itu biasa dalam kehidupan. Tapi cara kita mengendalikan nya dipanggil matang dari segi kewangan.



Matang dari segi emosi. Berupaya mengawal emosi walau apa jua yang berlaku. Ada masa, emosi kita pecah juga kalau terganggu gugat dengan berbagai anasir jahat. Tapi, itulah yang mematangkan emosi kita. Lain kali bila berdepan lagi, jadi bolehlah berlagak kool walhal dalam hati nak hempuk-hempuk je kan.



Matang dari segi berpakaian. Eh, dah umur dekat 30 kan, berpakaian haruslah sesuai. Takkan perempuan Islam umur 55 tahun pun nak pakai legging kot, tak seswai.



Matang dari segi entertainment. Umur 27 tahun, masih nak suka Kpop? Eh, sesetengah orang mungkin cakap, tak matangnya suka kpop. Budak-budak sungguh. Takkan umur 27 tahun kena dengar Jamal Abdillah kan untuk menunjukkan betapa ‘matangnya’ kita?





Sebab umur dah 27 tahun kan, jadi kenalah jadi matang. Tapi saya nak jadi matang yang fun dan adaptable, bukan matang yang moody, yang bila bagi pendapat, hancur tak boleh pakai. -_-



Friday, November 11, 2011

PEPERO DAY

Assalamualaikum & barakallah Friday..


I bought this PEPERO masa kat Langkawi. Dan sedap je makan begitu sahaja.




Today is 11.11. it is PEPERO DAY; if you are live in Korea. Hehe. Since I’m the one who is so addicted to Korean cultures, so, yeay! Its PEPERO DAY today.


How 11.11 could be PEPERO day? What the heck is PEPERO?


PEPERO is kind of snack which is so yummy and err yummy. It’s a stick filled with chocolate yummy. So, stick = 11.11. get it? Well, 11.11 looks like stick so, its kind a awkward to say STICK day. Macam sticky je kan? So, nak Nampak lagi yummy, called it as PEPERO Day.


More story about PEPERO.

Thursday, November 10, 2011

Feeling Korea @ 90 Berries

















sepatutnya cerita pasal kedai 90 Berries ni kan? eh, kedai ni kedai yang come sangaaat. located kat belakang Menara Bank Islam, Jalan Tun Perak. kedai korea sebenarnya. cuma jual ice cream yogurt yang harganya RM9.90, ehem tappi, tapi, tapi bila sebut satu je word korea bila masuk, automatic u dapat 20%. sebut je, annyanghaseyo sambil bow sikit. as we respect them. walla, u got 20%. kedai ni sangat pemurah topping nya. yummy sangat! boleh berhabis kat sini tau. Dan, dan, dan ada juga smoothies yang sihat sebab kurang gula dan banyak sangat buah.

Dan... yang paling best sebab ada magazine dari Korea! gila hectic membaca nya. eh, menengok je la. tak mampu den nak baco eh.

dan lagi, ada banyak sangat DVD dari Korea. geraaamnya! latest pulak tu. haih, kalaulah boleh order dari bini tauke ni. :)


Thursday, November 3, 2011

How to deal Confidently with difficult People

Assalamualaikum.


yargh. tamat sudah kursus untuk tahun ni. ni yang terakhir berat. dahlah dengan hujan lebat membasahi jalan ampang yang packed tu. haih.

okey. sounds interesting je kan topic ni? yalah, kita kan deal dengan difficult people hari-hari.

tapi tengok semula, adakah mereka yang dificult atau kita sebenarnya yang difficult untuk di deal kan? biasalah, tunding salah orang satu jari, empat jari lain arah kita.


jenis orang yang difficult saya dapat dari kursus ni:


1. know-it-all

2. think-they-know-it-all

3.the gripers - yang asik dok cakap semua benda yang kita buat tak betul.

4. the complainer - asik dok complain je, walau benda dia comlplain tu betul, but in the end, people get tired.

5. anger - yang dok asik nak mengamuk

6. the snipers - yang depan buat lawak, tapi hakikatnya menikan.

7. dont know - all they know is ' i dont know'

8. maybe - yang dok asik cakap maybe.

9. yes - ya kan aje semuanya


banyak lagi sebenarnya. tapi bila tengok senarai ni, kita semua ada kot difficult ni.

kesimpulan kursus ni, adaption. adapt with difficult people around you. and be ease with them.

Saturday, October 29, 2011

phewww..

phew.. dah boleh bernafas lega dengan Acer yang baru. hehe.

mua-mula nak repair je Dell merah Ema tu. tapi, bila cost untuk Skrin dah rm450, battery rm250~ baek beli yang baru je. dah la UIA ada bagi special offer. so, duduk sebentar sambil minum air epal rm1.70, pikir baik dan buruk.

Laptop baru or repair? ok, go for baru.

10inch or 14inch? 10inch dengan 2GB pun dah dekat sama harga 14inch 2GB, siap ada CDROM. huhu. ok, gor for 14inch.


then, drawa duit. bayar. tunggu isnin.

jalan pi makan nasi arab kat rumah akikah budak, dapat call, bagitau dah boleh ambik laptop baru. yeay! dah boleh layan City Hunter semula. dah boleh blogging tanpa prejudis dan dendam. huhu.

nanti nak cerita pasal trip Langkawi lagi.

Thursday, October 27, 2011

Langkawi - teaser

Eh. Apa kes ada teaser ni. Saja gatal...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Langkawi lagi!

Tak ada masa lagi nak cerita panjang tentang Langkawi lagi ekoran lappy ema yg macam hmmph..
Keywords holiday kali ni family, keretapi, makan, jalan, shopping, puas. Nanti cerita panjang menyusul.. Haih. Kena beli tab or ipad ni..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 19, 2011

Bring The Boys Out!

My Fb will full with all status about The Boys. Yes. I love Snsd so much till cant let them go even a minute. The new mv was release today but i can watch it at 11pm yesterday, msia's time. Cant get enough of it. Amazing. How they can be in 100 chart of iTunes within couple of hour.? Thats the power of 9!
hows the mv? Huh. Such a worth to wait.
I love how pretyy is Hyo. Her dance, cant denied it. But she got lot of lines. Woahhh!
I love Jessica when she hold the pigeon and let it go. So grace.
I love tiffany recently. She is so pretty.
Tae's the leader. Cant fight on her voice! Amazing.
Sunny? Got new look huh? So fresh. So into her.
Yuri. Notice she got more on dance.
OMG. Soo yong, why you are so hot?!
Seo Hyun, pretty lady with the height. Gojes!
Yoona. Yoona. Yoona. Face of SNSD. Hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

wordless wednesday : new addiction

Bunga tissu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 17, 2011

Secret Life Of Nora

15 oktober 2011 menonton teater buat kali kedua di Istana Budaya. Secret Life of Nora, hasil karya Tiara dan kawan- kawan.
Den tak mampu beli tiket ratus ratus duk depan hadap Tiara dan Roger yg hensem. Den beli tiket rm55 je sebab hangkut adik adik yang tak penah tengok teater. Bama pun tiket murah, darjat mestilah tinggi. Level 3. Huhu. Tapi okey je.. Nampak dan feel je.
Show start pukul 8.30 mlm dengan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Lamanya tak nyanyi lagu kebangsaan.
Sinopsis cerita korang carikla sendiri. Kalau untung, show masih ada 21hb ni. Sebab 16oct adalah last show sepatutnya. Banyak minta maaf kat kengkawan yang tak terajak sebab decision nak beli tiket last minute. Sempat hangkut 7 orang je.
Choreograph tarian superb! Better than PGL. Memang kagum sebab sangat lain dari yang lain.
Heart all the outfit. Very the Wonder Girls. tiara, jual la baju baju tu. Cantek sangat!!
Adibah noor, Omg. Sangat happening. Roger bukan nama betul pun memang terbukti how broadway he is. Props sangat memang tak kedekut. One thing, tiara memang all out.
Lepas show mesti ada sesi sign. Rasa nak peluk je adibah noor. She even reply my tweet, nape tak peluk je. Awww~
heart aznil sangat. Sempat pass kirim salam guna ain.
Meet Pat Ibrahim. Kenal tak? Tauke tarian, ok. I delivered my compliments to him. He did such a great job.
Overall, cant wait for another musical.
Happy dapat bawak my siss tengok teater. Well atleast tak la jakun next time.. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

hadiah yang penuh kasih sayang

Its another hectic weekend. Dengan teater Secret life if Nora yang sangat awesome. Tapi PGL lagi sangat awesome. Huhu.
Okey. Back to pics.
Wrist wallet hasil Coloris yang pink dan gojes hadiah dari ema untuk birthday yang dah lepas dua bulan. Huhu. Sangat yeppo. Heart it so much. People cant stop stare at it, i know. Huhu.
Second pic. Jam tngan polo. Apa kes ambek gambar siap dengan harga? Haha. Saja gatal. Well its not as expensive dkny or guess. But its from the love one. Thank you my dear ain. Hadiah untuk langkah bendul sebenarnya. I dont need ring or gold bracelet coz i can afgord them myself. I just one something that i will heart it. Watch! Coz i will keep watcing it and tell it was from ain.
Itu aje nak bagitau.
Hari ni sangat penat layan cari barang untik hantaran. Tapinpuas hati sebab dah banyak boleh potong dalm list. Yes!
Next, bring it on!
Ya, saya bukanlah orang yang kurang kasih sayang ok. Lots of love surround me.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 11, 2011

Annyong Kekasih ku

Rain is going to his military service today. Its sad. But pray for his success. Please fulfill your duty, dear.
Two years.
I'll wait. Ceh. Gatal. By the time dia balik, i dah ada anak kot. Haha.
Saje letak gmbar dia pegang bunga lily tu. Macam hand bouquet e-day kita. Eh. Silap. I tunang ngan 'bukan Rain' rupanya.
Take care Jung Ji Hoon. All the best Rain.
P/s; patutla tlupa sarung cincin tunang hari ni. Saje nk bagi diri single untuk Rain. haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 7, 2011

its friday!

Assalamualaikum. Barakallah jumaat.
Syok sebab dah jumaat. Rehat lama sikit. Expect something nice to delivered today.pakai kasual hari ni. Baju 3 tahun lepas dh muat semula. Yeay lagi.
Doa2 hari ni diantara dua khutbah insya allah dikabulkan. Minta yg baik2 utk diri dan orang lain. Amin.
Ada pembentangan budget 2012 hari ni. Saya tk minta apa sbb semua orang dh mintak apa yg saya nak. Haha. Just believe dengan apa yang pm n his team plan kn. Er. Economic planning unit team utk budget tak? Hope so. Economist penting untuk predict economic negara dan dunia. Do appreciate people yang belajar economic, ok. Dont simply say, ada keje ke nanti? Oh jauh tersimpang. Pray for the for the best for us. Harap2 ada good news. Penurunan cukai, maybe.
Yang penting, Esok cuti, yeay.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 6, 2011

double october

Double october di meja.
Dua dua kesayangan.
Subway.
SNSD.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 5, 2011

madness wednesday

Biasa worldless wednesday.
But today is about madness wednesday.
I hate wednesday.
Its goes far from my last lazy sunday.
And its still far to reach my sweet saturday.
Its kind a hectic jammed on wednesday.
Sub of the day for subway pun tak best. Meatball in your sandwich? Huh.
But


Can get cheaper for movie today.
There is pasar tani at pusat bandar damamsara today.

Buy yet, i still hate wednesday.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

Seru

Bukan senang nak keluar dari Islamic Bank yang solid macam Bank Islam. orang yang 'menyintai' islamic banking pasti sedar benda ni. bukan mudah untuk melangkah ke islamic bank yang mixed dengan conventional. yang asasnya conventional.

saya, kalau boleh sehabis mungkin mahu di sini. terlalu sayang kot. banyak sangat mengajar saya. dari segi ilmu pekerjaan dan dunia akhirat.

andai diberi peluang keluar dan menimba ilmu baru dari Islamic Bank antarabangsa itu, saya akan cuba menyebarkan syiar Islam yang saya pelajari di Bank Islam.

masih jauh perjalanan. tapi saya percaya, rezeki dari Allah. kita cuma mampu berusaha dan bertawakal, yang lain Allah uruskan.

kalau dapat, rezeki mahu mendirikan masjid. kalau tak dapat, teruskan perjuangan di Bank Islam. Allah maha mengetahui di mana terbaiknya saya berada.

ayat normal kawan saya bila saya buat interview dengan teruknya ' alah, awak bukan desperate pun'. betul juga tu.

bila dapat panggilan untuk company yang kita tak pernah minta; entah mana dia dapat resume kita, apa perasaan ek? tak berapa teruja la walau nama besar pun.. isk.


walau apa pun, jangan lupa minta permission untuk jadikan orang as reference...

Sunday, October 2, 2011

hectic week

Last saturday. Eh no.yesterday was saturday. N our mum n dad; beloved mak n engku came to kl by bus for a wedds stuff. Those who ever engange to this experience, know how hectic it will be.
Those nikah outfit.
Sanding outfit.
The themes.
Families out fit.
Families themes.
The door gifts.
The favors. Huh...
And off course, the MONEY!
Its such a tiring for walking over the jln TAR and masjid jamek n mydin. And keep eating coz our engku enioys eating a lot.
Melepek n melepak while waiting.
Then visit our ema at iium. Haha. So funny on how she couldnt even lied to me. Coz all my instinct was true. I know u ema.
No. I actually have great instinct about persons who i loved n care. Called it as foolish instinct, coz sometimes i tried not to believe it even finally it was so true.
Okeh. Back to ema's. Haha. Kelakar ok. Telling me youre at ur room. But well u r my lil sis whom i taken care since theday first u were born. So i know you well. My dear sis, take care ur issues well. Its kind of experience that u have to went through. Lucky ur BFFs are your hot sisters, ok. Hehe.
Then drive to home sweet home with cat n dogs rains. Lucky we manage to safely and keep talking with mak. Sleep.
Wakeup early for food. Huhu. I ate ikan patin buah which can cost u rm20 per slice. But aki mat at pasar was so kinnnnnnd gave us rm30 for the whole it self. With free two ikan talapian salai which my mum cook for masak lemak cili padi.
God, so yummy. And i ate twice. I cant get boring will patin.Haha.. Then so.sleepy while driving.
Safely arrived at kl at 8. After visiting my future family in law. Huhu. Damn tired. N i think my face get burned. Huh.
So lets sleep foe better monday.
P/s; can i asked ipad2 for wedding gifts? This galaxy s is getting smaller la.. Isk.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 1, 2011

Gather the strength

dah sampai masanya saya mengumpul tenaga dan masa yang dibazirkan selama ini untuk mereka yang tak menghargai. stop whining around.


should get together dengan mereka yang selayaknya bergelar kawan. yang menganggap saya kawan. well, at least tak buat saya macam pathetic.


kecewa namun lega. macam Lynette divorce ngan Tom :) thought it will be hard, but shocking, its relief. anhnyong last two years life, welcome my old life + maturity; bogoshipo.



by the way, hanya Allah boleh ukur ikhlas manusia.

Thursday, September 29, 2011

sawang lagi~

huh. dah bersawang semula.
banyak kot benda nak cerita. tapi penat.
too many things happend.
too many things to think and muhasabah.
risau ter salah tulis, orang terasa.
tersalah cerita, orang sangka diri dia.
takkan setiap cerita, kena letak, maaf, ini bukan cerita pasal kamu, kamu atau kamu.
sebab tak tahu pun itu cerita pasal kamu. huh.
jadi...
rilex kejap. kang cerita pasal keje kawin, orang muntah pula.
cerita pasal hal duniawi, ilmiah sangat pula.
jadi, rest kejap.
gather strength.

Tuesday, September 27, 2011

ukur ikhlas di badan sendiri

Tertanya bagaimana kita manusia yang serba kurang mengetahui ni mengukur ikhlas hati manusia.
Berbelas tahun berkawan seselimut sekatil, masih diragui kah ikhlas nya?
Kalau tak ikhlas, apa balasan yang boleh diharapkan? Kereta merc sebiji? Atau rumah banglo sebuah? Sebiji burger rm2.50 pun tak pernah harap.
Andai ucapan terima kasih pun tak boleh nak bagi, manusia jenis apa yang tak reti menghargai orang?
Orang tak hargai kau, gembira ke?
Ukur ikhlas di badan sendiri.
Bila tiada siapa, mencari untuk berkawan.
Bila sudah kumpul semuanya, tak bertangguh untuk lari.. Baguslah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah. lama blog bersawang sebab dok meng godek n meng update blog jiwang. huhu.


well, i'm half officially belongs to him. half je ok. tapi sudah tak available. nanti kena bayar double. haha. doakan kami. amin.

Tuesday, September 20, 2011

Tweet!

I don’t Tweet so much. Tapi sangat suka baca Tweet artis. Hehe. Saja nak tahu apa yang artis bualkan sesame diorang. Apa balasan mereka kalau kita Tweet diorang.


Saya suka sangat tengok Tweet Siti Nurhaliza. So sweet. Siti tak la rajin balas semua tweet. Paham dia sibuk. Cuma wonder, ada juga orang yang benci Siti follow dia. dan terus tweet straight condemn Siti. Sedih! Tapi Siti memang cool gila jawab Tweet condemn tu. Bravo, Siti!



Tweet yang lain, macam manusia normal lain. Hehe. Lagi satu suka Tweet dari Imam Muda Asyraf . Memang menjadi tumpuan orang bertanya soalan. Jawapan memang padat dan berinformasi. Dan tidak menyinggung mana-mana pihak.


Contoh Tweet dari orang untuk Imam Muda Asyraf : Awat tak suka Man U? Sebab ada lambang cross ka?


Reply dari Imam Muda Asyraf: bukan tak suka, Cuma kurang sayang.



Suka jawapan berhemahnya.


Banyak soalan-soalan yang kita boleh kira, apa ke jadah ko nak tanya soklan tu? tapi Imam Muda Asyraf mampu jawab dengan baik. Pasal, boleh ke nak bayarkan ZAkat Fitrah untuk awek. Jawab IMA, boleh, tapi tetap tak sah. Respect cara jawab IMA.



Selain artis Malaysia, saya juga follow Rain Bi, Donghae (Super Junior), Heechul (Super Junior) yang dah pergi military service. Sob sob. Dan Soshified, club untuk SNSD. Saya kan kipas-susah-mati SNSD. Hehe. Mostly they tweet in Korean, so saya bersungguh copy to Google translate sebab nak tau apa dorang tweet, gigih betul. Haha.


Tengah menggodek macam mana nak restricted kan Tweeter saya ni.. ngeh

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Sungguh la hari tu terlupa nak buat post pasal Hari Merdeka yang ke 54. Nasib masih ada Hari Malaysia.


16 September, tarikh semua negeri di dalam Malaysia sekarang digabungkan. Alhamdulillah kekal sampai sekarang. Aman je yang tak kekal. Bermacam propaganda dan reformasi nak dibuat. Aduih.


Cukuplah. Bagi keadaan ekonomi stabil sikit boleh? keadaan tak stabil ni, bikin investor cuak nak invest tau.


Walau PAS atau Mat Sabu benci sangat dengan UMNO dan BN sekarang, janganlah sampai sejarah dilupakan. Janganlah ditukar-tukar cerita ikut kefahaman sendiri. Hargailah kemerdekaan yang kita ada sekarang. Bukan senang untuk lepas dari Jepun dan Amerika.


Bukan senang mentadbir Negara yang punyai berbagai agama, bangsa dan adat resam. Kalau Jepun yang ada satu bangsa je pun, Perdana Menteri boleh bunuh diri, bayangkan beratnya beban PM kita.


Mahu duduk aman di Malaysia, semuanya bermula dengan attitude kita. Tepuk dada tanya selera.

Thursday, September 15, 2011

Perihal Puasa Enam

Bulan Syawal sudah hampir melabuhkan tirai. Sedar tak sedar je dah nak habis Syawal. Sedar tak sedar juga, puasa enam belum buat.


Mudah bagi lelaki sebab tak perlu tangguh macam orang perempuan. -_-.


Saya belum start puasa enam sebenarnya, Cuma baru cuba mengganti puasa wajib. Andai tidak sempat habis puasa ganti, harapnya puasa ganti saya yang kalau cukup enam hari tu, diterima juga sebagai puasa enam.


Dalam hal ni ada bermacam pendapat. Mahu puasa enam dulu atau puasa ganti dulu, kemudian baru puasa enam?


Sejak saya zaman sekolah, saya berpegang pada buat yang wajib dulu. Jadi saya berpegang pada buat ganti dulu. Kalau sempat puasa enam, buatlah, kalau tak sempat, mohonlah agar puasa ganti tu dapat pahala yang sama dengan puasa enam.


Tapi bila dah bekerja ni, bermacam pula pendapat yang lain. Ada yang kata, buat la puasa enam dulu sebab Syawal hanya sebulan, puasa ganti boleh dibuat selepas bulan Syawal.


Persoalan saya, sempat ke kita hidup sehingga habis Syawal? Maut tu kan yang paling hampir. kalau tiada yang tahu kita masih berhutang puasa, dan tidak ada orang yang membayarnya, sampai bila pun kita berhutang. Sedihnya..


Puasa enam hanyalah puasa sunat. Apa-apa yang wajib haruslah diutamakan.


Tepuk dada tanya selera J.



p/s: Ops, ada yang terasa ke dengan apa yang ditulis kali ni? penatlah nak menjaga hati semua orang, walhal tak ada kena mengena pun. Cuma terkena batang hidung sendiri.

Tuesday, September 13, 2011

Etude House: BB Cream Sheer Glowing Skin

mari review Etude House lagi.

oh, i like BB Cream so much. ini kes too much Korean drama la. but then, realize BB cream is cool. haha. masa pergi Korea, sempat grab Etude House BB Cream, yang latest punya. Sheer Glowing Skin.


its just so into me. another product should be in the Hantaran. haha. no more SK 2 ok. its smooth and glow my face. flawless. huhu.

Sunday, September 11, 2011

Etude House : Magic Enzyme Pack Peeling

i'm not sure about have i post about Etude House?

i dont care. still wanna post it, even might post it before. hahaha.

Etude House. falling in love masa kat Korea.

i love most the Magic Enzyme Pack Peeling.




beli masa kat Korea hari tu. biasa jumpa peeling untuk body je kan. sebab ph muka berlainan so, sangat susah kot nak jumpa peeling unutk muka. terasa scrub sangat harsh untuk muka walau St. Ives adalah yang sangat terbaik scrubnya. bila promoter yang sangat cun dan baik hati membuat demo kat kami walau dorang tak berapa nak fasih English, sangat teruja dengan hasilnya. nampak sangat tangan masa tu berdaki banyak sebab pantas gila peeling nya. haha.


apa bezanya bila pakai peeling ni? serious, peeling ni tak harsh. just macam pelembap, dan perlahan-lahan gosok kat muka. semua daki akan keluar sendiri bersama peeling tadi. dan basuh muka dengan air suam. muka akan lebih lembap, lembut dan berseri. serius ni. muka yang kusam akan jadi berseri. dan lebih pinkish. muka saya sensitif dengan kosmetik yang harsh, cepat je naik merah-merah. tapi peeling ni memang gentle. :)


saya guna dalam 2 kali seminggu. sayang woo. tak tahu lah kat Outlet Malaysia ada ke tak. sebab dari pengetahuan masa kat kat Korea, barang Korea takes about 6 months before export to other country. tak pernah jenguk Etude Hose Malaysia. harap-harap ada nanti. nak buat hantaran kahwin pakai barangan Etude. affordable dan confirm pakai.


ada satu produk lagi yang saya sangat fall in love. nanti ada masa review lagi ye.

Tuesday, September 6, 2011

corat coret Raya 2011 - Raya ke 2

Raya ke 2. dengan family belah engku pulak. mari makan nasi minyak sampai kenyang sambil melayan kerenah budak-budak yang hadoihh...


sepupu sepapat yang masih kecil cinonet..




saya dan Ema~


abaikan model tudung Zahra ni.. hahaha. eh, ni original, tak der photoshop ok.



Ain dan Aleya~anak sepupu kami.



Sunday, September 4, 2011

corat coret Raya 2011

Alhamdulillah.

selesai Raya 2011. cukup-cukupla makan nya. huhu. serius makan time raya ni memang boleh naik mendadak. yalah, semua benda nak pulun. aduhai.

tapi raya yang seronok dna happening sebab balik awal, dapat buat biskut kapal dan tart gulung. dan 3 biji kek. dan nasi minyak untuk hari raya dan open house yang tak berapa nak open. biskut raya tahun ni berlambak beli. sebab mak kata nanti time majlis tunang boleh bagi orang makan-makan. okeh, mak.

kami dalam warna bank. eh, tak la warna bank sangat. merah pink shocking~ ada ke kaler tu?

hampir semua adik beradik maka dan sepupu. separuh je la~ happening.


kami tanpa engku. oh engku sibuk berborak kat atas. see, my lil bro got different theme color? budak laki, susah tul~


masa buat kuih ngan mak, mak cakap, mak ada feeling ni lah tahun terakhir saya buat kuih ngan mak. huhu. ain dah sah-sah. saya? mungkin~ moga dipermudahkan.

Tuesday, August 30, 2011

Syawal 1, 1432 – 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Mari, kita raikan kejayaan kita menempuh dugaan di bulan Ramadhan.





Persoalan, berjaya kah kita menempuh dugaan dan ujian yang Dia berikan? Tepuk dada tanya selera.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 25

wah. dah 25 hari kita berpuasa. moga selamat menyudahkannya.


target mengahbiskan novel setebal 604 muka surat hampir tercapai, alhamdulillah.

berat-berat ujian yang Allah bagi bulan puasa kali ni. hampir terduduk, termenangis juga la. tapi berkat doa tak putus, dan persiapan hati yang dah dibuat hampir setahun lepas, gagah juga harung.

kata orang, ada hikmah Alah yang tersembunyi. Alhamdulillah, hikmah dah memunculkan diri semalam. sangat bersyukur. penantian memang memeritkan. tapi kalau dapat, sangat membahagiakan. terima kasih, ya Allah. sekarang cuma tunggu proses yang selanjutnya sahaja. moga dipermudahkan, dan jauhkan kami dari anasir dengki manusia, ya Allah. dan doa kami hari-hari, moga kami ditempatkan bekerja di tempat yang diberkati dengan orang-orang yang diberkati, ya Allah.amin.

hari ini sudah mahu pulang ke kampung, yeay! kerana itulah mampu menulis sepagi buta ni. subuh pun belum ni. hahaha.

risau sangat ada barang tertinggal. moga selamat tiba. amin.

ramadhan kali ini, pertama kali as Bakal tunang. dibawa berbuka bersama keluarga dia. alhamdulillah. its kind a to bond the relationship.

manusia datang dan pergi sekelip mata. ingat, benda yang paling dekat dengan kita adalah mati kerana yang memisahkan hidup dan mati hanyalah satu garisan. ~ tetiba ada pesanan tazkirah.


selamat pulang ke kampung. selamat tiba berjumpa keluarga. moga kita mampu hadap Ramadhan tahun depan.

Thursday, August 18, 2011

18 Ogos 2011 @ Ramadhan 18, 1432

Tahniah, Anis!


Dah umur 27 tahun pun.


Syukur masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah.


Syukur masih diberi kenikmatan dunia.


Syukur masih diberipeulang menikmati cinta-cinta yang sangat banyak disekeliling.


Syukur masih diberi peluang memegang status ‘Bakal Tunang’ orang. Gatal!



Hehe. Sweet 27, Anis.

Friday, August 12, 2011

Poskad dari Korea


Its been 2 months i left Korea. heh. gaya macam sebelum ni duk lama sangat, pastu kena balik Malaysia. haha.


dah dua bulan meninggalkan Korea, masih nak cakap ayat tu.

rindunya kat Korea. rindu kat makannya. walau mulanya susah nak adapt, tapi lama-lama ok. baru teringat ada poskad yang kami 'pos' dari museum. poskad digital. bila tengok-tengok balik gamabr ke Korea, hampir menitik air mata sebab rasa, nak pergi lagi dan nak rasa experience Korea lagi.


kalau korea begini perasaannya, macam mana lah yang baru balik dari Umrah/ Haji tu ye?

Teman Baik!


Teman baik saya sekarang adalah Nescafe O. Nescafe kosong. Dulu selalu minum dengan susu. Tapi lepas insiden , doctor tak bagi minum susu sebab nanti muntah, jadi terminum Nesacfe koosng. Sedap la pula. Lagi kick. Kaww punya. Lagi-lagi bila tengah berpuasa. Minum time sahur. Segar mata. Oh, bestfriend!




Wednesday, August 10, 2011

Malang sesungguhnya memang tidak berbau. kot

hari ni semalam hari-hari biasa, keluar rumah dalam pukul 7.20, turn Marissa punya kereta. sampai traffic light, tunggu turn unutk U turn. tiba-tiba dengar bunyi break mengejut dan bammmm! nampak kereta Myvi kat belah kiri (saya duk kat belah penumang, sila imagine sekarang) macam disodok ekdepan. Dan driver dalam nya macam menjerit. Pastu terasa kereta Marissa tersondol ke belakang. Beristigfar panjang saya. Terus saya panic.


Tengok driver myvi macam suruh saya jangan keluar, dan tunjuk pintu kereta. Dari side mirror saya nampak ada kereta kat belakang kereta Mar. panic.


Saya keluar, rupanya driver Myvi suruh saya bukakan pintu kereta dia sebab dia tak boleh keluar dan belakang kereta nya kemek habis dah jadi Viva. Panic. Tangan dah ketar capai telefon. Telefon polis. Sementara nak dapat connect, dah ngalir-ngalir air mata. Terus teringat kes pecah rumah hamper dua tahun lepas. Macam ni lah. Kena call polis. Tangan ketar tak percay terlibat kemalangan. Its hurt.


Mar pun sama. Kereta dia, kot. Lagilah gelabah.


Rupanya Neo hitam lost control sebab nak elak wira keluar simpang, langgar Myvi. Nak elak hit teruk, terlanggar Exora dan last langgar Neo Marissa.


Aduh. Kereta paling teruk jatuh kepada Pemangsa la. Apa lagi. Dengan tayar pecah, cermin semua habis. Depan remuk teruk. Alhamdulillah, tak ada siapa cedera. Tapi exora ada dua budak kecik, memang menangis terkejut la.


Lama juga tunggu polis. Dari 7.30 pagi, kami ke balai dalam pukul 8.30, hamper 9 kot. Lepas tu pong pang pong pang kat balai, sampai pukul 9 lebih. Hantar kereta ke bengkel, sama dengan kereta pemangsa. Balik rumah, ambil BKD, vroom ke office. Sampai office pukul 11 pagi. Phewww.



Peringatan andai accident:


1. Terus keluar, sebab takut kereta meletup. Walau apa pun jenis kemalangan.


2. Call polis sebab tak nak Jalan jammed teruk sebab kita. Pastikan tiada orang tercedera sebab kena lapor kepada pihak kecemasan.


3. Ambil gambar semua kereta. Semua keadaan.


4. Bertenang, jangan menangis macam saya. Tapi, siapa boleh tahan nervous, ok.



Harapnya ini kifarah dosa. Moga allah permudahkan segalanya bagi kami menjalani hari-hari yang seterusnya.


Wordless Wednesday #07: SELCAS menunggu meeting



Monday, August 8, 2011

Jalan berkali-kali

Saya suka pergi berjalan. Tak kesahlah tempat mahal. Tempat murah. Luar atau dalam Negara. Yang penting tempat tu best. Bila dan suka, saya suka pergi berkali-kali. Hehe.


Macam Kota Kinabalu, Sabah. Saya dah pergi dua kali. Pertama, urusan kerja. Kedua, dengan keluarga. Suka kat Sabah sebab orangnya baik-baik. Sweet sangat. Makanan laut sangat sedap dan murah dan rare ikan nya. Kalau setakat ikan bawal tu, huh, tak payahlah, apa class. Hentam ikan bayan la, baru sedap sehingga menilat tapak kaki~ yum yum. Pearl, dan gelang tu perkara biasa. Boleh dapat juga kat semenanjung walau harga sana jauh lagi murah. Tapi seafood, memang terbaik la kat Sabah. Teringin nak pergi bila dah berdua nanti. Ehem~.


Pantai Kuantan pun seronok pergi berpuluh dan beribu kali. Compare dengan pantai Port Dickson, pantai Kuantan jauh lagi bersih dan best. Angin nya sejuk. Dan makanannya senang dapat dan murah. Apa lagi, pergi Kuanta, dapat bercuti kat Pantai, makan keropok lekor dan sata. Sedap. Tambah pula jelly kelapa~ syahdu je. huhu. Bestnya dapat pergi honeymoon kat Kuantan, sambil berjalan berdua di tepian pantai. Erk~


Cameron Highlands. Tempat yang murah, perjalanan tak ada coting sangat sebab dari Jerantut, tak ada tol. Ajaib kan? Dari KL tol nya mahu cecah rm60 kot pergi balik. Lepak kat apartment 3 bilik, dengan dua keluarga, harga rm250 semalam. Berjalan kat pasar malam hari sabtu kat Brinchang. Makan strawberry sampai kebas mulut. Makan lagi aiskrim strawberry, pure punya. Dengan dadih strawberry. Sedapnya! Beli sayur murah-murah. Sejuk dan nyaman. Minum pula the dan makan skon kat Ladang Teh BOH. Memang heaven. Erm, best kan dapat pergi berdua sambil Jalan-jalan pegang tangan kat ladang teh.. hehe~ gila gatal statement.


Langkawi pun syok pergi berkali-kali. Jauh sikit, tapi berbaloi sebab chocolate nya murah dan rare. Yum yum. Aduh, kira makanan je ye, Norhanis. Tapi memang best la langkawi, dapat pegi island hoping. Oh, langkawi, we are coming again this October. Percutian terakhir kami dengan ain sebagai bujang. Tapi time tu saya dah bertunang *wink*, insya Allah.


Mana lagi tempat happening yang saya suka nak melawat berkali-kali ek.. erm.. KOREA. Memang nak pergi lagi. Sebab best. Tempatnya cantik. Segar. Dan saya nak beli kerongsang cantik dan murah lagi!!


Next year plan nak ke Universal Studio, Singapore. Macam best je. tapi kena prepare awal sebab katanya kena book siap-siap sebelum pergi. Singapore, here I come, before passport expired. Hehe. Sesaper nak join saya? Boleh tengok SNSD punya concert sekali. Wow!


Saya teringin juga nak pergi Vietnam. Kawan-kawan office ni selalu juga ke sana. Tapi atas dasar shopping. Saya nak pergi atas kapasiti bercuti dan melawat tempat bersejarah dan mempelajarai seni dan budaya mereka. Mencuba pakaian tradisi Vietnam, mesti cantik kan? Agak-agak dapat pergi tak before jadi puan? ~~





Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin