Tuesday, December 28, 2010

Rain dan Jang Geun Suk

Mula mengenal cerita Korea adalah kerana Full House. Kenal Rain sebagai Lee Yung Zhi; yang sombong, dress up pelik gila, yang sepet matanya, yang bila senyum, terus tak Nampak mata dah. Rain yang tinggi.

Search segala lagu dan klip video. Suka tengok dia menari dalam Sad Tango. Sangat versatile dan banyak kelebihan. Kemudian, cari filem yang pernah dilakonkan. Apa pencapaian nya.

Sampai Rain di nobatkan antara orang paling berpengaruh 2007 dalam majalah Time. Kagum. Dia bukan dari keluarga yang berada. Tidak juga mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Namun, masih mampu Berjaya. Dia bekerja keras dan komited. Kagum.


Sedih bila Rain pernah mengatakan, ada kalanya diri nya terasa terlalu sunyi sampai hampir membunuh diri ketika berada di Hollywood untuk menjayakan Ninja Assasin.



Masa berlalu. Rain sudah 28 tahun. Tapi masih belum menyertai Military Service. Isk.


Kemudian, saya mula mengenali seorang demi seorang pelakon Korea, dan penyanyi juga.


Mengenali Jang Geun Suk dan Lee Min Ho. Dua pelakon geenrasi baru. Masih muda. JGS berumur 24 tahun, dan LMH 21 tahun.

Akhirnya saya simpulkan, saya suka JGS LEBIH dari saya menyukai LMH.

JGS juga tidak mempunya pencapaian akademik yang tinggi seperti Rain. Namun dia berbakat besar. Dia juga berusaha keras untuk terus berada di bidang hiburan Korea yang sengit.

Dari watak-watak tempelan yang kecil, kepada pelakon pembantu dalam filem Do Re Mi Fa So La Ti Do. Serius tak dapat cam JGS dalam filem tersebut. Dan dia begitu comel dalam Baby and Me.


JGS juga jadi watak sampingan dalam Hong Gil Dong (saya belum berkesempatan menonton). Begitu juga dalam Beethoven Virus. Sebenarnya watak Gu Jun Pyo adalah untuk JGS. Namun, dia memilih Beethoven Virus sebab dia yakin dia mampu belajar benda dan perkara dengan pelakon veteran ketika berlakon dalam Beethoven Virus. Kemudian, baru dia bersedia untuk watak Hwang Tae Kyung dalam You’re Beautiful.


Tidak diam begitu sahaja,dia juga melakonkan banyak iklan dan juga menjadi penyanyi untuk iklan-iklan Samsung Yepp.

Tahun 2010, JGS mara setapak lagi dengan drama terbaru, Marry Me Mary yang masih lagi dalam penggambaran dan sedang ditayangkan di KBS World (Malaysia), setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.03 malam.


JGS tidak kisah melakonkan watak yang pelbagai dengan dressing yang pelbagai. Selamba sahaja menari tarian yang ntah apa-apa dalam Youre Beautiful. Khabarnya, filem terbaru You’re My Pet akan keudara tahun depan.


Jadi, boleh saya simpulkan disini, tak mustahil Jang Geun Suk akan mencapai pencapaian yang sama dengan Rain suatu hari nanti.


Fighting!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin