Thursday, December 23, 2010

Marry me, Mary a.k.a Mary Stayed Out All Night (MSOAN)



KBS korea tengah airing cerita ni sebenarnya. namun, KBS kat Malaysia akan start 20 Dec. uih, lambatnya. Sekarang dha episode 11 rasanya. Hari tu seharian download dari episode pertama sampai 9. Huuhu.


Heronya mestilah Jang Geun Suk (Youre beautiful, Murderers in Itaewon) dan Moon Geun ?? (Innocent Step, Cinderella Step Sister).


Mulanya nak bersabar sampai airing kat Malaysia. Tapi bila tengok Jang Geun Suk je, aduhai tak boleh tahan dah. Huhu.


Cerita ni menarik, sebab biasanya kalau ada dua hero, mesti one of them sangat baik, macam Ji Hoo dalam Boys Over Flower dan Shin Woo dalam Youre Beautiful. Tapi cerita ni lain sikit.


Ia nya tentang Wi Mae Ri yang kematian emak sajak umur 4 tahun duduk dengan ayahnya yang banyak gila masalah kewangan. Kesian Mae Ri. Mae Ri terlanggar Moo Kyul yang mana dia terpaksa dapatkan ‘Waiver of Responsibility’ dari Moo Kyul yang juga penyanyi indie rock supaya Moo Kyul tak menuntut sebarang pampas an dari nya di kemdudian hari.


Then, start la Moo Kyul yang baru hilang rumah untuk lepak ngan Mae Ri atas alasan, badan dia lebam sebab Mae Ri langgar. Isk. Sampai ayah Mae Ri ingat Moo Kyul adalah boyfriend nya.


Ayah Mae Ri terjumpa kawan lamanya yang kaya, yang nak menjodohkan Mae Ri dan anaknya Jung In. Jung In di paksa berkahwin dengan ugutan ayahnya akan tarik investment jika enggan berkahwin dengan Mae Ri. Mae Ri tak nak sampai sanggup menipu ayahnya bahawa dia dah berkahwin dengan Moo Kyul. Ayahnya yang sudha termakan budi, mendesak untuk Mae Ri dan Moo Kyul bercerai (walhal tak kawin pun). Malang bertimpa, ayahnya curi ID Mae Ri dan mendaftar perkahwinan Mae Ri dan Jung In secara sah. Jadi, physically Moo Kyul dan Mae Ri berkahwin, Mae Ri dan Jung In adalah sah secara undag-undang.


Lalu, terjadilah kontrak 100 hari. Yang mana, Mae Ri perlu membuat decision untuk pilih Jung In atau Moo Kyul pada hari ke 100.


Selebihnya, kita tengok sama-sama ye di KBS world, Isnin dan selasa, jam 9 malam.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin