Wednesday, December 1, 2010

K.O.R.E.A


Sejak awal bulan November, rasa gembira sangat membayangkan Korea. Bukan apa, hasrat hati yang dah lama tersemat untuk melawat Korea, insya Allah sudah hampir pasti tercapai.


Walau jauh lagi bulan Jun 2011 tu, tapi persiapan awal harus dilakukan. Oh, tolonglah jangan ada apa-apa halangan atau projek yang menghalang, mesti sedih gila.


Saya dan adik amek package tour muslim. Asalnya rm3800. Tapi selepas beberapa amendment dibuat, jadi rm2900, 6 hari 5 malam. Tempat menarik nak pergi?


Erm.. antaranya:


· Nami Island - Lawatan di Nami Island yang menjadi tempat pengambaran filem ‘winter sonata’. Makan tengahari.


· Melawat perkampungan Yangju MBC”DaeJangGaeum”.


· Mt.Soraksan - lawatan dimulakan ke Mt.Soraksan National Park-menaiki cable car.


· Ladang Teddy Bear,


· Pasar Ikan Daepohaeng dan


· Ladang Herba Bongyeong.


· Everland - Everland merupakan taman tema yang tercantik di Korea. Ianya seakan-akan movie world di Gold Coast, Australia.


· Ice Galley (termasuk Ice Bar, DIY, minuman Ice Cup).


· Istana Kyongbok (dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun dan merupakan istana utama raja).


· National Folklor Museum,


· National Ginseng Shop,


· Amethyst Factory (batu berwarna ungu)


· The Face Shop - mari kita beli set muka untuk Nampak cantik dan mulus mcm orang korea.. huhu.


· melihat sesi Kimchi dan memakai Kostum Tradisional Korea dan


· membeli belah di pasar terkenal di Korea iaitu ‘Dongdaemun Market’ disini terkenal dengan tempat membeli kerongsang untuk orang perempuan.



Sekarang tengah survey ‘what to buy?’ and must buy.. hehe. Apa yang tiada di Malaysia, yang boleh dapat di Korea sahaja? Teringin nak beli hanbok. Tapi macam mahal gila je. huhu. Dapat doll hanbok pun ok la kot.


Fuh. Sekarang dah kena belajar cakap korea sikit-sikit. Nak minta kurang harga ke.. hehe.



Anhnyahasayo, ah jumma!


Kuhpi chu seyo?


Jalgayo


Ahnnyong!


Hehehe… tak sabarnya! Harap-harap Korea kembali stabil pada bulan 6 tersebut. Moga-moga.



p/s: nak pi korea juga? Pastikan ambil yang Muslim punya tour tau. Unless tak kisah makan apa sahaja .. boleh klik sini : www.umrahabusamah-aishah.blogspot.com


No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin