Thursday, December 30, 2010

Cepatnya masa

Hujung tahun 2010 semakin hampir. di kala-kala inilah, projek nak masuk. Time line mesti on schedule. Tak boleh nak anjak-anjak dah. Yang teruknya orang yang berada dalam projek. Terpaksa squeeze semuanya agar Project Manager dapat memenuhi KPI sendiri. Bila mental dan fizikal dah bersedia nak harung cabaran, called off pula. Sabar je la. Habis segala testing yang dibuat dalam seminggu kena re-test. Sakit betul.

Rasanya bulan 12 ni macam tak menyempat-nyempat untuk diri sendiri. Ada sahaja aktiviti harus dipenuhi. Awal tahun sibuk dengan mak yang duduk kat rumah sekejap dalam seminggu. Bestnnya tak tau nak cakap apa. Lupa sekejap kat pakwe. Maaf la ye. Walau kat office mengejar testing macam orang gila, tapi best bila kat rumah ada mak yang dah siap-siap masak. Malam-malam dapat tidur dengan mak. Best sangat.

Bulan 12 juga, dua kali balik kampung dalam masa seminggu. Heaven sekejap. Sibuk mendownload Marry Me Mary. Hehe. Sibuk menatap siaran-siarann Korea yang ada kat TV. Sibuk sambung buat manual (dan blog) kat office. Hehe. 2 hujung minggu pertama, balik kampung. Minggu ketiga pula ada Training 2 hari 1 malam di Hotel Putra, KL. Sedih, hasrat hati nak ber qiamualai secara sempurna dengan ustaz yang pandai, tak kesampaian. Semua gara-gara, participant lain yang tak member komitment. Terkilan sangat. Nak buat sendiri, rasa berat je. isk.

Bilik bersepah, tak tau nak cakap apa. Kena cari weekend yang best untuk kemaskini bilik dan diri. Exercise dah lama tak buat. Novel ada 3 biji lagi belum habis.

Dalam tak sedar, esok adalah hari terakhir 2010.

Selamat tinggal. Adios. Goodbye. Annyong.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin