Sunday, December 26, 2010

Baby Boom Theory


Perasan tak, kalau berjalan shopping kat Sogo ke, Masjid Jamek ke, kat opis ke, adalah musim-musim semua orang tengak pregnant? Perut semua dah besar-besar. Tunggu masa je. naik LRT kiri kanan orang mengandung. Beli makanan, kiri kanan orang mengandung. Rata-rata mereka adalah yang kandungan berusia 6 atau 7 bulan. Bulan 2 atau 3 dijangka bersalin.


Kenapa ye?

Kalau bulan 2 atau 3 jangka bersalin, maksudnya, ‘terjadi’ dalam bulan 5, 6 dan 7.

Bulan 5 dan 6, adalah cuti sekolah. Cuti sekolah, remailah yang kahwin. Bukan cikgu pun kahwin bulan 6. Tak paham betul.


2 minggu lepas kahwin, masing-masing update dalam Facebook ‘Alhamdulillah’. Paham la maksudnya apa kan. Dah mengandung la tu. pantas betul.


Ramai yang macam tu. mostly. Itu yang nampak di Facebook. Kawan-kawan kita. Orang office yang dah lama kahwin macam mana plak?


Ok, bulan 6 cuti sekolah. Jadi keluar pergi kerja boleh lambat sikit. Boleh bangun lambat sikit. So, malam boleh tidur lambat sikit. Tidur lambat, paham-paham la buat apa. Hehe.


Tak pun, cuti sekolah, boleh bawa anak-anak pergi bercuti. Bila bercuti, fikiran tenang dan damai. Terjadilah honeymoon lagi sekali. Hehe.


Jadi, tidak hairanlah sekarang musim mengandung. Bulan 2 dan 3 nanti akan sibuklah wad bersalin. Nak selamat, nak proper delivery, carilah swasta. Jika tidak, penuhla wad bersalin kerajaan, ada juga yang bersalin di luar wad je gara-gara wad penuh. Lagi-lagi bila musim perayaan Tahun Baru Cina, doctor dan misi pun nak bercuti juga. Check pun ala kadar sahaja. Nahas anak yang baru dilahirkan nanti. Jangan sampai ada yang meninggal gara-gara tersekat ruang pernafasan akibat dijaga oleh misi yang masih dalam pembelajaran.


Beringat ye. Bukan nak menakutkan, tapi 3 tahun berkawan dengan orang-orang berpengalaman, buat diri sendiri rasa cuak.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin