Friday, December 31, 2010

anh -nyong 2010

2010 semakin menutup tirai. Sekejap je masa berlalu. Sungguh terasa cepat.

· Dalam tak sedar, sudah hampir setahun berpindah ke bangunan baru.

· Dalam tak sedar, sudah setahun juga saya tinggal di rumah si dia, menjaga harta nya.

· Dalam tak sedar, umur sudah merapati 27 tahun, meninggalkan 26 tahun yang matang

· Dalam tak sedar, kawan baik sudah mendirikan rumah tangga. It was a wonderful, tiring and awesome moment.

· Dalam tak sedar, projek dua tahun sudah tamat, namun kembali untuk projek seterusnya.

· Dalam sangat-sangat sedar, impian ke Korea hampir menjadi nyata.

Apa harapan untuk tahun depan ye.

Paling besar adalah harapnya, planning kami ‘approve’ dari Nya. Amin. Mudahan di permudahkan segalanya.

Thursday, December 30, 2010

Cepatnya masa

Hujung tahun 2010 semakin hampir. di kala-kala inilah, projek nak masuk. Time line mesti on schedule. Tak boleh nak anjak-anjak dah. Yang teruknya orang yang berada dalam projek. Terpaksa squeeze semuanya agar Project Manager dapat memenuhi KPI sendiri. Bila mental dan fizikal dah bersedia nak harung cabaran, called off pula. Sabar je la. Habis segala testing yang dibuat dalam seminggu kena re-test. Sakit betul.

Rasanya bulan 12 ni macam tak menyempat-nyempat untuk diri sendiri. Ada sahaja aktiviti harus dipenuhi. Awal tahun sibuk dengan mak yang duduk kat rumah sekejap dalam seminggu. Bestnnya tak tau nak cakap apa. Lupa sekejap kat pakwe. Maaf la ye. Walau kat office mengejar testing macam orang gila, tapi best bila kat rumah ada mak yang dah siap-siap masak. Malam-malam dapat tidur dengan mak. Best sangat.

Bulan 12 juga, dua kali balik kampung dalam masa seminggu. Heaven sekejap. Sibuk mendownload Marry Me Mary. Hehe. Sibuk menatap siaran-siarann Korea yang ada kat TV. Sibuk sambung buat manual (dan blog) kat office. Hehe. 2 hujung minggu pertama, balik kampung. Minggu ketiga pula ada Training 2 hari 1 malam di Hotel Putra, KL. Sedih, hasrat hati nak ber qiamualai secara sempurna dengan ustaz yang pandai, tak kesampaian. Semua gara-gara, participant lain yang tak member komitment. Terkilan sangat. Nak buat sendiri, rasa berat je. isk.

Bilik bersepah, tak tau nak cakap apa. Kena cari weekend yang best untuk kemaskini bilik dan diri. Exercise dah lama tak buat. Novel ada 3 biji lagi belum habis.

Dalam tak sedar, esok adalah hari terakhir 2010.

Selamat tinggal. Adios. Goodbye. Annyong.

Tuesday, December 28, 2010

Rain dan Jang Geun Suk

Mula mengenal cerita Korea adalah kerana Full House. Kenal Rain sebagai Lee Yung Zhi; yang sombong, dress up pelik gila, yang sepet matanya, yang bila senyum, terus tak Nampak mata dah. Rain yang tinggi.

Search segala lagu dan klip video. Suka tengok dia menari dalam Sad Tango. Sangat versatile dan banyak kelebihan. Kemudian, cari filem yang pernah dilakonkan. Apa pencapaian nya.

Sampai Rain di nobatkan antara orang paling berpengaruh 2007 dalam majalah Time. Kagum. Dia bukan dari keluarga yang berada. Tidak juga mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Namun, masih mampu Berjaya. Dia bekerja keras dan komited. Kagum.


Sedih bila Rain pernah mengatakan, ada kalanya diri nya terasa terlalu sunyi sampai hampir membunuh diri ketika berada di Hollywood untuk menjayakan Ninja Assasin.



Masa berlalu. Rain sudah 28 tahun. Tapi masih belum menyertai Military Service. Isk.


Kemudian, saya mula mengenali seorang demi seorang pelakon Korea, dan penyanyi juga.


Mengenali Jang Geun Suk dan Lee Min Ho. Dua pelakon geenrasi baru. Masih muda. JGS berumur 24 tahun, dan LMH 21 tahun.

Akhirnya saya simpulkan, saya suka JGS LEBIH dari saya menyukai LMH.

JGS juga tidak mempunya pencapaian akademik yang tinggi seperti Rain. Namun dia berbakat besar. Dia juga berusaha keras untuk terus berada di bidang hiburan Korea yang sengit.

Dari watak-watak tempelan yang kecil, kepada pelakon pembantu dalam filem Do Re Mi Fa So La Ti Do. Serius tak dapat cam JGS dalam filem tersebut. Dan dia begitu comel dalam Baby and Me.


JGS juga jadi watak sampingan dalam Hong Gil Dong (saya belum berkesempatan menonton). Begitu juga dalam Beethoven Virus. Sebenarnya watak Gu Jun Pyo adalah untuk JGS. Namun, dia memilih Beethoven Virus sebab dia yakin dia mampu belajar benda dan perkara dengan pelakon veteran ketika berlakon dalam Beethoven Virus. Kemudian, baru dia bersedia untuk watak Hwang Tae Kyung dalam You’re Beautiful.


Tidak diam begitu sahaja,dia juga melakonkan banyak iklan dan juga menjadi penyanyi untuk iklan-iklan Samsung Yepp.

Tahun 2010, JGS mara setapak lagi dengan drama terbaru, Marry Me Mary yang masih lagi dalam penggambaran dan sedang ditayangkan di KBS World (Malaysia), setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.03 malam.


JGS tidak kisah melakonkan watak yang pelbagai dengan dressing yang pelbagai. Selamba sahaja menari tarian yang ntah apa-apa dalam Youre Beautiful. Khabarnya, filem terbaru You’re My Pet akan keudara tahun depan.


Jadi, boleh saya simpulkan disini, tak mustahil Jang Geun Suk akan mencapai pencapaian yang sama dengan Rain suatu hari nanti.


Fighting!

Sunday, December 26, 2010

Baby Boom Theory


Perasan tak, kalau berjalan shopping kat Sogo ke, Masjid Jamek ke, kat opis ke, adalah musim-musim semua orang tengak pregnant? Perut semua dah besar-besar. Tunggu masa je. naik LRT kiri kanan orang mengandung. Beli makanan, kiri kanan orang mengandung. Rata-rata mereka adalah yang kandungan berusia 6 atau 7 bulan. Bulan 2 atau 3 dijangka bersalin.


Kenapa ye?

Kalau bulan 2 atau 3 jangka bersalin, maksudnya, ‘terjadi’ dalam bulan 5, 6 dan 7.

Bulan 5 dan 6, adalah cuti sekolah. Cuti sekolah, remailah yang kahwin. Bukan cikgu pun kahwin bulan 6. Tak paham betul.


2 minggu lepas kahwin, masing-masing update dalam Facebook ‘Alhamdulillah’. Paham la maksudnya apa kan. Dah mengandung la tu. pantas betul.


Ramai yang macam tu. mostly. Itu yang nampak di Facebook. Kawan-kawan kita. Orang office yang dah lama kahwin macam mana plak?


Ok, bulan 6 cuti sekolah. Jadi keluar pergi kerja boleh lambat sikit. Boleh bangun lambat sikit. So, malam boleh tidur lambat sikit. Tidur lambat, paham-paham la buat apa. Hehe.


Tak pun, cuti sekolah, boleh bawa anak-anak pergi bercuti. Bila bercuti, fikiran tenang dan damai. Terjadilah honeymoon lagi sekali. Hehe.


Jadi, tidak hairanlah sekarang musim mengandung. Bulan 2 dan 3 nanti akan sibuklah wad bersalin. Nak selamat, nak proper delivery, carilah swasta. Jika tidak, penuhla wad bersalin kerajaan, ada juga yang bersalin di luar wad je gara-gara wad penuh. Lagi-lagi bila musim perayaan Tahun Baru Cina, doctor dan misi pun nak bercuti juga. Check pun ala kadar sahaja. Nahas anak yang baru dilahirkan nanti. Jangan sampai ada yang meninggal gara-gara tersekat ruang pernafasan akibat dijaga oleh misi yang masih dalam pembelajaran.


Beringat ye. Bukan nak menakutkan, tapi 3 tahun berkawan dengan orang-orang berpengalaman, buat diri sendiri rasa cuak.

Thursday, December 23, 2010

Marry me, Mary a.k.a Mary Stayed Out All Night (MSOAN)



KBS korea tengah airing cerita ni sebenarnya. namun, KBS kat Malaysia akan start 20 Dec. uih, lambatnya. Sekarang dha episode 11 rasanya. Hari tu seharian download dari episode pertama sampai 9. Huuhu.


Heronya mestilah Jang Geun Suk (Youre beautiful, Murderers in Itaewon) dan Moon Geun ?? (Innocent Step, Cinderella Step Sister).


Mulanya nak bersabar sampai airing kat Malaysia. Tapi bila tengok Jang Geun Suk je, aduhai tak boleh tahan dah. Huhu.


Cerita ni menarik, sebab biasanya kalau ada dua hero, mesti one of them sangat baik, macam Ji Hoo dalam Boys Over Flower dan Shin Woo dalam Youre Beautiful. Tapi cerita ni lain sikit.


Ia nya tentang Wi Mae Ri yang kematian emak sajak umur 4 tahun duduk dengan ayahnya yang banyak gila masalah kewangan. Kesian Mae Ri. Mae Ri terlanggar Moo Kyul yang mana dia terpaksa dapatkan ‘Waiver of Responsibility’ dari Moo Kyul yang juga penyanyi indie rock supaya Moo Kyul tak menuntut sebarang pampas an dari nya di kemdudian hari.


Then, start la Moo Kyul yang baru hilang rumah untuk lepak ngan Mae Ri atas alasan, badan dia lebam sebab Mae Ri langgar. Isk. Sampai ayah Mae Ri ingat Moo Kyul adalah boyfriend nya.


Ayah Mae Ri terjumpa kawan lamanya yang kaya, yang nak menjodohkan Mae Ri dan anaknya Jung In. Jung In di paksa berkahwin dengan ugutan ayahnya akan tarik investment jika enggan berkahwin dengan Mae Ri. Mae Ri tak nak sampai sanggup menipu ayahnya bahawa dia dah berkahwin dengan Moo Kyul. Ayahnya yang sudha termakan budi, mendesak untuk Mae Ri dan Moo Kyul bercerai (walhal tak kawin pun). Malang bertimpa, ayahnya curi ID Mae Ri dan mendaftar perkahwinan Mae Ri dan Jung In secara sah. Jadi, physically Moo Kyul dan Mae Ri berkahwin, Mae Ri dan Jung In adalah sah secara undag-undang.


Lalu, terjadilah kontrak 100 hari. Yang mana, Mae Ri perlu membuat decision untuk pilih Jung In atau Moo Kyul pada hari ke 100.


Selebihnya, kita tengok sama-sama ye di KBS world, Isnin dan selasa, jam 9 malam.

Wednesday, December 22, 2010

Pernah tak…

Kita rasa suara kita comel, tapi sebenarnya annoying gile.

Kita rasa badan kita cantik boleh jadi model, tapi sebenarnya saiz biasa sahaja.

Kita rasa rambut kita cantik, sebab tu boleh kembang, lepaskan rambut. Tapi sebenarnya, orang pandnag pun takut, kot-kot ada lebah tersangkut.

Kita rasa kita wangi sebab pakai perfume hara ratus-ratus, tapi sebenarnya bau nya sangat kuat sampai orang boleh pengsan.

Kita rasa baju yang kita pakai pergi opis sangat sophisticated, tapi mungkin orang memandang ‘apa ke poyo sangat orang tu?’.

Kita rasa kita ada bakat memimpin, tapi sebenarnya nak memimpin diri sendiri pun goyah.

Kita rasa kita sudah banyak pahala yang dibuat, walhal banyak juga dosa yang tak Nampak.

Kita rasa kita sudah habis bagus berpakaian, sampai memandang orang lain dengan jelik.

Kita rasa kita ada pemandu yang terer dan bagus, sampai habis semua orang kena maki, padahal kita tak tahu orang lain maki kita macam mana.

Kita rasa hidup kita teruk, padahal, bila direnung, alangkah bertuahnya hidup kita berbanding orang lain.

Bila-bila saya mendengar kisah hidup orang lain, tentang perihal perangai manusia yang lain, saya bersyukur sangat apa yang saya ada hari ini.

Walau tak kaya untuk duduk rumah harga berjuta, besar bagai mahligai, saya suka rumah teres setingkat 3 bilik itu sebab it’s home, bukan house. Its full with love, not empty with no feeling.

Walau setakat ini hanya boleh pakai BKD comel tu je, tapi seronok sebab dengan BKD saya angkut family berjalan merata.

Walau kadang-kadang ada masanya keluarga perlukan bantuan, saya syukur, Allah lapangkan akaun saya.

Walau kekasih hati tak kerja Engineer seperti dalam degreenya, tapi alhamdulilah dia bukan jenis yang boros dan orang yang kuat berusaha.

Apa lagi yang saya mahukan? Cuma minta semuanya dipermudahkan dan sentiasa hati ini di landasan yang benar.

Thursday, December 9, 2010

Terima kasih kepada auto draft

Saya bukan la orang yang rajin untuk berblogging setiap masa. Kalau nampak sentiasa ada post tu, itu nama nya teknologi bernama Auto draft. Bila ada idea, tulis banyak-banyak topic yang terlintas di fikiran atau ada yang asyik bermain difikiran, atau benda yang nak diluahkan dalam sekali harung. Kadang-kadang sampai 6 post sekali tulis. So, buat la auto publish, pilih tarikh yang elok-elok untuk published. So, taraa.. walau tengah kat laut yang tak de coverage internet, orang yang ada internet boleh baca post kita yang baru di published kan. Terima kasih banyak kepada auto draft. Hehe. So, kalau nampak ada posting terbaru kul 3.30petang di hari khamis begini, bukan bermakna saya mengulor ok!

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram

1 Muharram menjengah diri. Tahun baru sudah bermula untuk umat Islam. Sama-sama menghayati peristiwa awal muharam.

Rasanya baru sangat lagi buat wish ni. huhu.

salam 1 Muharram

Thursday, December 2, 2010

Harry Potter and the Deathly Hollows - part 1



Buat pertama kali dalam sejarah kehidupan, saya menonton movie yang sama di pawagam yang tidak sama bersama dengan orang yang tidak sama juga. Huhu.


3 kali menonton Harry Potter.


Huh.


Dengan Ain dan Ema.

Dengan Nurul dan suami dan Oyin.

Dengan Hemi dan Marissa.

Puas hati. Memang berbaloi tengok banyak kali.

Walau banyak kali, masih suka.



Suka tengok bagusnya mereka berkorban demi Harry dengan sanggup minum Polijus untuk jadi 7 Harry yang terbang meninggalkan rumah Privet Dive.


Suka tengok Fred and George yang dah besar dan masih boleh berlawak walau cedera parah.

Cantiknya Ginny walau muncul sekejap Cuma.

Matangnya Hermoine berfikir.

Kelakarnya Harry ketika cuba menceriakan Hermoine.

Menakutkan betul Hocrux dan ular Nagini milik Voldermolt.



Kesimpulannya, mengapa lambat sangat untuk Part 2? Isk. Bencila.

Wednesday, December 1, 2010

K.O.R.E.A


Sejak awal bulan November, rasa gembira sangat membayangkan Korea. Bukan apa, hasrat hati yang dah lama tersemat untuk melawat Korea, insya Allah sudah hampir pasti tercapai.


Walau jauh lagi bulan Jun 2011 tu, tapi persiapan awal harus dilakukan. Oh, tolonglah jangan ada apa-apa halangan atau projek yang menghalang, mesti sedih gila.


Saya dan adik amek package tour muslim. Asalnya rm3800. Tapi selepas beberapa amendment dibuat, jadi rm2900, 6 hari 5 malam. Tempat menarik nak pergi?


Erm.. antaranya:


· Nami Island - Lawatan di Nami Island yang menjadi tempat pengambaran filem ‘winter sonata’. Makan tengahari.


· Melawat perkampungan Yangju MBC”DaeJangGaeum”.


· Mt.Soraksan - lawatan dimulakan ke Mt.Soraksan National Park-menaiki cable car.


· Ladang Teddy Bear,


· Pasar Ikan Daepohaeng dan


· Ladang Herba Bongyeong.


· Everland - Everland merupakan taman tema yang tercantik di Korea. Ianya seakan-akan movie world di Gold Coast, Australia.


· Ice Galley (termasuk Ice Bar, DIY, minuman Ice Cup).


· Istana Kyongbok (dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun dan merupakan istana utama raja).


· National Folklor Museum,


· National Ginseng Shop,


· Amethyst Factory (batu berwarna ungu)


· The Face Shop - mari kita beli set muka untuk Nampak cantik dan mulus mcm orang korea.. huhu.


· melihat sesi Kimchi dan memakai Kostum Tradisional Korea dan


· membeli belah di pasar terkenal di Korea iaitu ‘Dongdaemun Market’ disini terkenal dengan tempat membeli kerongsang untuk orang perempuan.



Sekarang tengah survey ‘what to buy?’ and must buy.. hehe. Apa yang tiada di Malaysia, yang boleh dapat di Korea sahaja? Teringin nak beli hanbok. Tapi macam mahal gila je. huhu. Dapat doll hanbok pun ok la kot.


Fuh. Sekarang dah kena belajar cakap korea sikit-sikit. Nak minta kurang harga ke.. hehe.



Anhnyahasayo, ah jumma!


Kuhpi chu seyo?


Jalgayo


Ahnnyong!


Hehehe… tak sabarnya! Harap-harap Korea kembali stabil pada bulan 6 tersebut. Moga-moga.



p/s: nak pi korea juga? Pastikan ambil yang Muslim punya tour tau. Unless tak kisah makan apa sahaja .. boleh klik sini : www.umrahabusamah-aishah.blogspot.com


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin