Friday, November 19, 2010

si helaian putih

Cuba selak-selak helaian rambut kamu yang cantik ala rebonding di depan cermin sebelum tidur.

Jumpa tak si dia yang berwarna putih? Atau si dia yang separa putih, separa perang.

Saya jumpa. Kadang-kadang berhelai-helai. Dapat dicabut. Kadang tak dapat dicabut sebab pendek. Rasanya si putih ni dah datang menjenguk sejak saya kerja. Tak tahu apa puncanya. Stress. Umur makin meningkat atau masalah rambut itu sendiri.

Stress, saya rasa menjadi antara factor utama juga. Di kala-kala saya sibuk mengejar dateline manual dan sibuk dengan kerenah training, si putih menjenguk agak kerap.

Mungkin juga sebab rebonding. Rambut yang hitam menjadi keperang-perangan. Bukan sebab coloring. Saya tak color pun. Tapi, semakin jelas perang nya. Erm. Perang ni bakal kea rah putih plak la lepas tu. maybe sebab rebonding kot. Kena inai rambut ni.

Bila tengok si putih ni, agak terasa ke tua annya. Jadi kurang semangat sikit.

Tapi bila mengenangkan si putih muncul kerana otak yang berfikir ligat dan mampu mencari solusi masalah, saya tenang sendiri. Rasa, si putih muncul sejajar dengan kematangan berfikir. Hehe. Harap-harapla.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin