Monday, November 22, 2010

Roda

RoHidup ni ibarat roda. Cliché kan?
Tapi betul la. Kita tak selalu berada di atas, gah menjunjung pangkat, harta dan kesenangan yang ada. Kita juga aka nada masanya berada di bahagian tepi roda, menanti untuk jatuh. Dan akhirnya berada di bawah roda. Terjatuh. Di hempap dengan keangkuhan sendiri. Semua akan merasa. Cuma lama atau tidak kita tidak tahu.
Mungkin kita akan dapat duk agak lama di atas roda itu. Bertahun-tahun. Sampai ada anak. Kemudian terjatuh sekejap.. mungkin jatuh tidak ketika roda berada dalam lopak yang dalam. Cuma jatuh ketika roda berada diatas rumput yang hijau dan empuk. Sakit sikit la. Tapi masih boleh selesa. Tak lama, kemudian naik balik ke atas.
Ada juga yang sekejap sahaja berada di atas. Gah sekejap. Mendabik dada dengan harta, takhta dan wanita. Tiba-tiba jatuh, terus ke bawah. Jatuh pulak ketika roda sedang berada dalam lopak yang dalam dan berlumpur berselut. Susahnya nak keluar semula. Berhempas pulas. Ambil masa untuk loloskan diri. Ambil masa untuk naik semula.
Semua kita akan rasa.
Sebab itu, berbuat baik la kepada sesiapa pun. Sebab tidak mungkin kita akan berada di atas selamanya. Waras hari ini, tidak mustahil esok kita ditangkap dan dimasukkan ke wad sakit jiwa. Boleh ketawa dengan sepuas hati hari ni, tidak menjanjikan hari yang bahagia untuk esok.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin