Wednesday, November 24, 2010

pandang belakang sekejap

Untuk maju, kita harus memandang ke hadapan.

Teringat iklan petronas, tentang dua budak lelaki yang nak beli kasut, tapi tak cukup duit. Kemudian datang seprang pakcik yang naik merc, yang tempang kakinya. Bercerita pasal hal dulu-dulu. Bagaimana dia dapat pertlongan dari orang sekeliling.

Last dialog pakcik tu cakap, untuk maju, kita harus memandang ke hadapan.

Betul.

Tapi kadang kala, kita harus juga menjeling atau berhenta sekejap untuk mengimbas hal masa lampau. Mungkin ada sesuatu yang mampu kita pelajari di masa lampau untuk terus maju di masa hadapan.

Ada juga yang stuck di masa lalu. Tidak mahu berubah sebab yakin, itulah zaman terbaik nya.

Kadang-kadang, saya juga stuck dizaman 97-2001. Zaman alam persekolahan. Saya belajar erti bsahabat dan kawan. Saya belajar memperkasakan diri. Saya belajar erti cinta monyet. Saya belajar erti obsess. Saya belajar erti cita-cita dan impian. Segalanya di situ. 5 tahun yang bermakna. Dan tetap bermakna sampai sekarang sebab ia memberi saya harta yang tidak ternilai. Sahabat. Bagusnya sahabat masih bertanya khabarwalau sudah berkeluarga. Hebatnya sahabat saya itu masih bertanya khabar walau jauh di luar Malaysia. Kadang-kadang bila saya rasa sukarnya nak mencari kawan, saya nak sangat reverse ke zaman sekolah. Zaman 1998. Zaman ketika berkawan susah senang. Zaman berkawan tak peduli status anak datuk atau tidak berupaya. Memori itu membuatkan saya jadi kuat semula untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Sebab itu, kita harus juga menjengah memori lama untuk terus bertahan menghadapi masa depan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin