Monday, November 1, 2010

Pack

Fuh! Bagi ruang bernafas sikit, ye! Bernafas menggunakan blog. Hehe. Lega sikit. Tapi masih ada banyak yang perlu dikerjakan. Project masuk dalam senarai tanpa had. Bertubi-tubi. Kerja yang sedia ada dan yang baru harus di manage sebaik mungkin.

Plan asal untuk bercuti ke Langkawi bulan 12 tidak kesampaian. Harus ditunda ke tarikh lain. Training dan training dan project LIVE , timeline rasa dah pack gila. Harap masih boleh bernafas nanti.

Walau berat dan penat dan tiada masa, perasaan puas tu lagi banyak. Puas dapat menjayakan project untuk kegunaan cawangan yang mana membantu serve customer Bank Islam lebih baik. Mudah-mudahan. Project terbaru melibatkan PTPTN, sama seperti perkhidmatan Tabung Haji di Kaunter Bank Islam. Rasanya pertambahan cawangan Bank Islam yang mendadak tahun ini membuahkan rasa percaya dan yakin syarikat besar kepada Bank Islam. Syukur sangat. Cerita dari cawangan juga menyenangkan hati.

Harapnya terus diberi kekuatan untuk terus berkhidmat di Bank Islam ini. Amin.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin