Monday, November 15, 2010

Nurul dan Fazli

Selamat sudah sahabat saya ni mendirikan rumah tangga. Berbanyak tahniah. Berjuta doa selamat untuk kebahagian rumah tangga kamu kelak. Moga pilihan ini yang terbaik buat kamu. Mmmuah.


Dalam lipatan sejarah kehidupan saya, inilah kali pertama jadi made of honor a.k.a pengapit pengantin. Ni gila-gila punya tahap pengapit, ok. Sila on call selalu, pastikan apa sahaja yang diminta pengantin tercapai. Huh. Gila sekejap. Penat. Tapi puas hati dapat melayan sahabat saya ni. berkampung, berkhemah (ceh ayat) di rumah Nurul sejak hari Jumaat, saya tolong buat goodie bag untuk 1500 tetamu. 500 special yang banyak skit barang nya, yg untuk vip, vvip dan orang kenamaan yang tidak bernama. He. Seribu yang lain untuk orang –orang ‘biasa’. Saya menyumbangkan 200 goodie berisi candy dan lollipop untuk budak-budak. Licin! Buat 1500 goodie ni, berpeluh gak la ketiak. Sakit gak la kaki membongkok, menyusun barang. Huhu. Turn off rasa nak kawin sekejap. Hehe. Gila banyak kerja kawin ni. tu tak termasuk lagi dengan sembelih-sembelih, masak memasak, kuih-kuihan, pulut-pulutan, telur-teluran dan segala macam yang lain. Huh. Since dah jadi macam ahli keluarga, sibuk jugak la saya melayan orang yang datang, atau minta barang untuk urusan memasak. Mencari barang yang tak cukup kat pasar. Inaikan tangan pengantin sampai dekat-dekat pukul 2 pagi. Anehnya, tangan n jemari pengapit ni lagi merah dari tangan pengantin, walau saya Cuma tolong pakaikan je. isk. Nurul nyer plak yang tak berapa nak merah. Aduhai. Sampai ada yang silap sangkakan saya pengantin nya. Isk.


Malam nikah, saya kena iring Nurul ke tempat nikah. Eh, ingatkan tak perlu. Duduk la saya bersimpuh belakang pengantin sambil pegang cincin, sambil kena tujah ngan bebudak anak dari pihak lelaki. Adeih.. Kebas weh kaki ni dengar segala macam apa ntah orang tu bacakan untuk pengantin. Tanggungjawab suami dan isteri. Puh.


Since Nurul ni orang Negeri Sembilan, banyak jugak la adat istiadat yang kena ikut. Menarik juga. Menakutkan pun ada. Hehe.


Kesian juga pengantin sebab tak makan malam lagi. Pas nikah, saya sibuk bawak pengantin cari mak, pakteh dna makteh pengantin. Siap suh salam semua orang yang kat dapur. Huhu. Jadi macam mak-mak plak. Pastu sesi bergambar , tukar baju, bergambar lagi. Sampai dekat kul 11, baru pengantin boleh makan. Kesian. Pengapit ni plak, dah tak mampu nak makan. Sebabnya, dah penat kot. Makanan dah tak boleh masuk. Keduanya, rasa macam kena indigestion. Makan banyak sangat kuih koci yang sedap dan panas masa buat bunga telor kot. Hehe. Malam tu saya, Nurul dan Oyin tidur macam tak sedarkan diri dah. Tapi pepagi esoknya, pukul 7 je, orang dah berbunyi, anak dara oii, bangunlah. Huhu.


Nurul bersiap-siap kena make up dah. Saya pi pasar lagi, buat goodie bagi mana yang belum sempurna. Kul 12 mandi dan siap-siap ready untuk jadi pengapit. Bawak Nurul keluar dar rumah, she hold my arm, sebab takut terjatuh. Its such a precious moment.


Makan tengahari saya pun terpaksa delayed. Pengantin dah boleh lega dah sebab melantak masa makan beradab. Ceh.


Sampai petang, time pengantin sibuk bergambar, saya dan oyin dah terlelap sekejap. Ingatkan dalam kul 8, boleh la gerak balik. Tapi majlis potong kek birthday dan bukak hadiah sampai ke kul 10. Huh. Cuak gak nak ikut balik Jalan kampung tu. dah la kak sherry citer ‘baik’ punya kisah hantu. Huhu. Tapi nasib baik, masuk PLUS, kereta banyak, safely reach home at 11.30.. esoknya nasib amek cuti sebab tau akan sangat penat. Sampai kul 10 pagi baru boleh bangun. Hehe.


Walau penat macam mana pun, itu adalah saat terbaik. Mendengar sendiri ijab dan Kabul sahabat saya, buat saya sedih dan terharu. Bila nurul cakap, awak, kita dah kawin. Sebenarnya saya sedih, dan gembira juga. Sedih sebab, saya tahu, perjalanan hidup kami dah berubah. Dia akan bawa haluan dengan keluarga baru. Sedikit sebanyak, akan ada terkesan pada persahabatan kami. Saya bagi tahu Nurul, awak dah ada 3 keluarga untuk dijaga hati dan lain-lain keperluan. Jagalah elok2. Jangan sampai ada yang berkecil hati. Lagi-lagi pakteh dan makteh yang menjaga awak dengan sepenuh jiwa raga. Awak dah ada suami yang awak kena jaga maruahnya.


p/s: tentang diri saya, cukup-cukupla ditanya soalan yang sama.. macam dah habis modal berborak. Allah maha besar, He knows the best for me, for us. walau berusaha macam mana pun, tapi jika belum jodohnya, janganlah dipaksa. harap mengerti. and honestly, saya tidak pernah terasa atau berkecil hati jika kawan saya mahu kawin dulu, bahkan saya sedia menolong.. cuma berkecil hati jika dipinggirkan dan menjadi orang terakhir tahu..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin