Thursday, November 18, 2010

Kerana stress, saya gemuk


Kenapa orang selalu cakap, wah, berisi sekarang, mesti senang hati kan?


Itukah yang sebenarnya? senang hati, akan makan lebih. Susah hati makan kurang?



Tak.


Semakin banyak saya susah hati, semakin banyak stress dihimpun di bahu saya, semakin banyak saya boleh makan. Saya stress, saya nak marah, tapi tak boleh lepas. Saya nak nangis, tapi tak boleh lepas juga. Jadi, saya makan. Saya marah makanan itu sampai saya boleh makan dengan selahapnya.


Contoh paling senang, saya sibuk dengan manual dan training. Dah la schedule tight, boss selalu remind. Datang pulang trainee yang duk asyik tanya soalan-soalan yang cukup merangsangkan deria sensitive. Nak marah tak boleh, sebab staff dan ibaratnya mereka itu adalah student dan juga customer kita. Jadi, dengan hidangan yang sedap, dan tak sedap, saya akan makan semua course meal. Dari breakfast sampai minum petang, cukup rutin yang sama 6 hari, badan naik 5 kg. ironic gila.


Begitu juga bila saya stress pasal organizational chart baru yang menampakkan saya ditempatkan di tempat lain. Yang saya tak yakin dah approve ke belum. Yang saya rasa, mana kerja saya kena buat? Saya nak buat kerja, bukan duk melangut tak der kerja. Stress bila saya dilambung ke kiri dan ke kanan. Menyakitkan hati. Terus lapar bila asik pikir hal macam ni. terus baham apa je yang ada atas meja. Rasanya ayam golek seekor pun mampu saya habiskan. Gila.


Dah saya masih lapar. Huhu.


Tapi saya pernah lalui hari yang perit, yang buat saya mati selera makan. Saya rasa, itu amarah yang lebih tinggi degree nya. Amarah dan kecik hati yang agak dalam. Beberapa hari juga saya hilang selera makan. Makan apa yang ada depan mata. Tiada rasa nak makan ayam percik ke, ikan masak ayam ke. ada roti, makan je la. Ada air lai chi kang, minum sahaja. Tanpa ada rasa apa-apa.



Saya kurus sebab saya happy. Hehe. Betul, saya biasa lapar before jumpa kekasih hati. Bila jumpa dia, nak makan pun tak lalu sebab dah kenyang. Sebab dapat jumpa dia. tapi pas dia hantar, lapar balik. Hahaha.



Akhir kata, saya gemuk sebab saya makan hati berulam jantung. Sebab saya kecik hati dan kecewa dan stress. Isk.


Jadi, tolong buat saya gembira ok, supaya saya boleh senyum dan cantik selalu.

3 comments:

umi nadhrah said...

hanys, takyah laa stress stress.. awak tu muda lagi.. enjoy your life the fullest.. go find other jobs if you are unhappy there.. go out and get more experience..

berat badan naik ke turun ke, yang penting sihat & cergas.. kalu kurus tapi byk penyakit buat pe kan..

hanys said...

ngeh.. cuba untuk tidak stress.. senyum sahaja la walau apa pun orang buat kat kita,, isk. :)

armouris said...

info tentang diet di SIHAT SELALU - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin