Thursday, November 4, 2010

Kekasihku adalah Musang berekor sembilan


Baru berjaya menghabiskan My Girlfriend is Gumiho hari ahad lepas. Gu-miho maksudnya musang berekor sembilan (none tailed fox). Makan masa seminggu juga untuk habiskan 16 cd. Almaklumlah, dah tak muda lagi seperti zaman-zaman UIA dulu. Mampu marathon 16 cd dalam satu hari. Tak buat apa dah. Duk dalam blik, beli makanan siap-siap, tengok dari pagi sampai pagi esoknya. Hehe. Gelak sorang-sorang. Nangis-nangis tengah –tengah malam. Memori.



Sekarang, mampu tengok 2 cd je, pas balik kerja sebab badan dah tak larat. Tapi sabtu dan ahad, pulun habiskan dengan Ain. Gelak-gelak dan rasa comel gilerrrrrr Shu Min Ah tu! walau ada jarak umur dengan Seunggi, tapi tak Nampak pun. Senyum je. memang membawa imej Gumiho yang tak menyeramkan. Cuma sampai part dia sangat marah, dan hamper membunuh Noona, memang Nampak menyeramkan. Cerita ni charming sangat. Rasa terbua je. rasa happy je.



Suka tengok Mi Ho yang sangat happy bila dapat makan daging lembu. Sambil tangan dia tergawang-gawang nak menceritakan betapa sedapnya daging tu. suka tengok Mi ho cakap kat Dae Woong ‘ Woong-ah, na domo domo domo domo chua he’, smbil buat tangan ala-ala menjetik tak jadi. .. hehehe. sampai last 3 episod, part dimana Mi Ho semakin hampir dengan hari kematiannya, rasa sedih sangat. Macam mana Dae Woong tahan hati sebab tinggal sehari lagi. Mengalir-ngalir air mata ni. memang tak tahan. Walau tahu,ada GodMother yang akan tolong, tapi sampai sudah GodMother tak release Mi Ho untuk hidup dengan Dae Woong. Bila time Mi Ho hilang dari Dae Woong, sedih nya. Sedih sangat. Bila Dae Woong dah macam orang gila, Nampak van yan hampir langgar dia pun tak lari, dan akhirnay kena langgar, dan tiba-tiba hujan di waktu panas (fox rain) yang menandakan Mi Ho turut bersedih.



Memang touching. Dan part paling best bila Mi Ho muncul kembali ketika eclipse (whereas heaven go crazy for a while). Lega bukan kepalang. Haa. Lega dan sekaang rasa macamdiawangan bila dengar lagu ost My Girlfriend is Gumiho, especially Losing My Mind, by Seunggi dan rasa terharu bila dengar Fox Rain. Herm..



Next, cerita apa ye?


No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin