Friday, November 26, 2010

It’s HIS birthday!

26.11.2010. genap sudah dia berumur 27 tahun. Happy Birthday my dear.

Mari, mari I belanju U makan cake sedap. Mahu? Kemudian kita jenjalan kat I-City. Harap-harap U tak sibuk ye. Tapi kalau U sibuk, tak pe. Saya memahami. Cari duit banyak-banyak. Tahun depan kita kawin ek. Hahahaha.

Walau hari ini birthday U, I nak buat wish juga la. Semoga U masih menjadi U untuk 5 tahun akan datang. Dan I tahu, U akan tanya, kenapa 5 tahun je? kenapa tak minta selamanya.

Sebab I tau bukan senang U nak kekal begini untuk selamanya. Cukupla 5 tahun. Nanti I minta lagi 5 tahun. Sebab sepanjang 5 tahun ini, I suka U yang 5 tahun ini. Semakin matang. Semakin mampu berfikir dengan tenang. Semakin mampu menerima nasihat dengan baik. Semakin lovable. Hehe.

Terima kasih sebab menjadi kekasih dan sahabat baik kepada I. terima kasih kerana berusaha menjadi abang kepada adik-adik I. terima kasih sebab berada bersama I tak kira time suka atau sedih.

Cliché.

Tapi itulah hakikat. Bukan senang mahu mencari orang yang mampu mendengar cerita berulang kali, cerita panjang lebar dan kesedihan sambil menangis tersedu-sedu. Yang mampu menghadap kegilaan kekasih nya ini kepada K-pop. Walau dia tak suka sangat, tapi, tidak malarang atau mencerca buat saya happy. Layan je bila tiap malam saya cakap ‘sarangae’.

Sebagai kekasih yang berdedikasi, I support U. I put my trust on U. jadi, mari kita sentiasa begini ( dan lebih baik) untuk 5 tahun akan datang, ye sayang.

Saegil chukka hamnida!

p/s: walau tak dapat jenjalan di I-city pada hari kejadian, ayah’s treat was great. And its an honor for me to have a birthday dinner with your family..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin