Saturday, November 6, 2010

cerita korea itu..

Saya tertanya-tanya sendiri, apa yang membuatkan saya addicted dengan Korean Entertainment. Macam mana saya boleh tengok drama nya dengan berbagai emosi sedih, menangis, gelak-gelak dan terawang sendiri.

Berbeza dengan cerita Hollywood, saya rasa cerita cinta korea lagi ikhlas. Bukan melibatkan seks. Ada juga, tapi bukan nya hari-hari dan harus. Saya tidak tahu realitinya di korea macam mana, tapi baguslah ia tidak diapparkan di Televisyen sepertimana Hollywood buat. Terlalu banyak adengan ranjang, adengan tidak berbaju, adengan ‘seolah-olah sangat puas’. Isk. Baru berjumpa dan kenal seminggu terus angkut ke atas katil. Jadi, aila cinta antara mereka berlaku masalah, ia tidak mendatangkan sebarang emosi sedih. Sebab lepas tu, akan jumpa ornag lain dan make love lagi. Its so easy to get and forget.

Compare to cerita korea, boleh Nampak betapa susahnya untuk dapatkan cinta sejati tu, dari bermusuhan dan berbagai insiden menyakitkan hati, perlahan-lahan awak akan Nampak kebaikan hati sesorang itu. Hormatnya pada warga tua, lain dengan cerita Hollywood yang sesuka hati memaki hamun manusia lain. Cerita korea juga banyak menonjolkan nilai murni yang boleh kita belajar dan amalkan.

Lawak komedi cerita korea juga tak plastic atau lucah macam cerita Hollywood mahupun cerita melayu. Lawak nya tersendiri. Even BF saya yang pernah meng kondem cerita korea juga, mengaku lawak korea lain, dan lawak gila sampai dia yang tengah warded masa tu boleh ketawa ngekeh-ngekeh. Hehe.

Cerita korea tidak memerlukan solekan yang tebal dan plastic amcam cerita melayu. Obviously, orang banguntidur tak pakai mascara atau bulu mata palsu.. cerita malayu, perghh, siap ber eye shadow plak tu. cerita korea, plain je. kalau ada pun lipstick sikit. Watak jahat, mesti pakai makeup

tebal seab nak menampakkan lagi cantik dan lagi berani berbanding heroin.

Cerita korea mampu mengubah watak yang walau tak hensem mahupu comel, bila lama-lama kita tengok jadi comel plak. Mungkin kerana watak yang dibawa menyebabkan kita jadi terpaut.

Cuba bandingkan cerita cinta agung Kasyah dan Ayu dengan Jandi dan Junpyo.

2 comments:

ankowada said...

cik, mari datang sini duduk dengan sy sebulan. mari!

hanys said...

kalau lah boleh wada.. isk. tapi kang tak bergaji plak.. silap2 dapat surat berehenti keje.. hehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin