Friday, November 26, 2010

It’s HIS birthday!

26.11.2010. genap sudah dia berumur 27 tahun. Happy Birthday my dear.

Mari, mari I belanju U makan cake sedap. Mahu? Kemudian kita jenjalan kat I-City. Harap-harap U tak sibuk ye. Tapi kalau U sibuk, tak pe. Saya memahami. Cari duit banyak-banyak. Tahun depan kita kawin ek. Hahahaha.

Walau hari ini birthday U, I nak buat wish juga la. Semoga U masih menjadi U untuk 5 tahun akan datang. Dan I tahu, U akan tanya, kenapa 5 tahun je? kenapa tak minta selamanya.

Sebab I tau bukan senang U nak kekal begini untuk selamanya. Cukupla 5 tahun. Nanti I minta lagi 5 tahun. Sebab sepanjang 5 tahun ini, I suka U yang 5 tahun ini. Semakin matang. Semakin mampu berfikir dengan tenang. Semakin mampu menerima nasihat dengan baik. Semakin lovable. Hehe.

Terima kasih sebab menjadi kekasih dan sahabat baik kepada I. terima kasih kerana berusaha menjadi abang kepada adik-adik I. terima kasih sebab berada bersama I tak kira time suka atau sedih.

Cliché.

Tapi itulah hakikat. Bukan senang mahu mencari orang yang mampu mendengar cerita berulang kali, cerita panjang lebar dan kesedihan sambil menangis tersedu-sedu. Yang mampu menghadap kegilaan kekasih nya ini kepada K-pop. Walau dia tak suka sangat, tapi, tidak malarang atau mencerca buat saya happy. Layan je bila tiap malam saya cakap ‘sarangae’.

Sebagai kekasih yang berdedikasi, I support U. I put my trust on U. jadi, mari kita sentiasa begini ( dan lebih baik) untuk 5 tahun akan datang, ye sayang.

Saegil chukka hamnida!

p/s: walau tak dapat jenjalan di I-city pada hari kejadian, ayah’s treat was great. And its an honor for me to have a birthday dinner with your family..

Wednesday, November 24, 2010

pandang belakang sekejap

Untuk maju, kita harus memandang ke hadapan.

Teringat iklan petronas, tentang dua budak lelaki yang nak beli kasut, tapi tak cukup duit. Kemudian datang seprang pakcik yang naik merc, yang tempang kakinya. Bercerita pasal hal dulu-dulu. Bagaimana dia dapat pertlongan dari orang sekeliling.

Last dialog pakcik tu cakap, untuk maju, kita harus memandang ke hadapan.

Betul.

Tapi kadang kala, kita harus juga menjeling atau berhenta sekejap untuk mengimbas hal masa lampau. Mungkin ada sesuatu yang mampu kita pelajari di masa lampau untuk terus maju di masa hadapan.

Ada juga yang stuck di masa lalu. Tidak mahu berubah sebab yakin, itulah zaman terbaik nya.

Kadang-kadang, saya juga stuck dizaman 97-2001. Zaman alam persekolahan. Saya belajar erti bsahabat dan kawan. Saya belajar memperkasakan diri. Saya belajar erti cinta monyet. Saya belajar erti obsess. Saya belajar erti cita-cita dan impian. Segalanya di situ. 5 tahun yang bermakna. Dan tetap bermakna sampai sekarang sebab ia memberi saya harta yang tidak ternilai. Sahabat. Bagusnya sahabat masih bertanya khabarwalau sudah berkeluarga. Hebatnya sahabat saya itu masih bertanya khabar walau jauh di luar Malaysia. Kadang-kadang bila saya rasa sukarnya nak mencari kawan, saya nak sangat reverse ke zaman sekolah. Zaman 1998. Zaman ketika berkawan susah senang. Zaman berkawan tak peduli status anak datuk atau tidak berupaya. Memori itu membuatkan saya jadi kuat semula untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Sebab itu, kita harus juga menjengah memori lama untuk terus bertahan menghadapi masa depan.

Monday, November 22, 2010

Roda

RoHidup ni ibarat roda. Cliché kan?
Tapi betul la. Kita tak selalu berada di atas, gah menjunjung pangkat, harta dan kesenangan yang ada. Kita juga aka nada masanya berada di bahagian tepi roda, menanti untuk jatuh. Dan akhirnya berada di bawah roda. Terjatuh. Di hempap dengan keangkuhan sendiri. Semua akan merasa. Cuma lama atau tidak kita tidak tahu.
Mungkin kita akan dapat duk agak lama di atas roda itu. Bertahun-tahun. Sampai ada anak. Kemudian terjatuh sekejap.. mungkin jatuh tidak ketika roda berada dalam lopak yang dalam. Cuma jatuh ketika roda berada diatas rumput yang hijau dan empuk. Sakit sikit la. Tapi masih boleh selesa. Tak lama, kemudian naik balik ke atas.
Ada juga yang sekejap sahaja berada di atas. Gah sekejap. Mendabik dada dengan harta, takhta dan wanita. Tiba-tiba jatuh, terus ke bawah. Jatuh pulak ketika roda sedang berada dalam lopak yang dalam dan berlumpur berselut. Susahnya nak keluar semula. Berhempas pulas. Ambil masa untuk loloskan diri. Ambil masa untuk naik semula.
Semua kita akan rasa.
Sebab itu, berbuat baik la kepada sesiapa pun. Sebab tidak mungkin kita akan berada di atas selamanya. Waras hari ini, tidak mustahil esok kita ditangkap dan dimasukkan ke wad sakit jiwa. Boleh ketawa dengan sepuas hati hari ni, tidak menjanjikan hari yang bahagia untuk esok.

Friday, November 19, 2010

si helaian putih

Cuba selak-selak helaian rambut kamu yang cantik ala rebonding di depan cermin sebelum tidur.

Jumpa tak si dia yang berwarna putih? Atau si dia yang separa putih, separa perang.

Saya jumpa. Kadang-kadang berhelai-helai. Dapat dicabut. Kadang tak dapat dicabut sebab pendek. Rasanya si putih ni dah datang menjenguk sejak saya kerja. Tak tahu apa puncanya. Stress. Umur makin meningkat atau masalah rambut itu sendiri.

Stress, saya rasa menjadi antara factor utama juga. Di kala-kala saya sibuk mengejar dateline manual dan sibuk dengan kerenah training, si putih menjenguk agak kerap.

Mungkin juga sebab rebonding. Rambut yang hitam menjadi keperang-perangan. Bukan sebab coloring. Saya tak color pun. Tapi, semakin jelas perang nya. Erm. Perang ni bakal kea rah putih plak la lepas tu. maybe sebab rebonding kot. Kena inai rambut ni.

Bila tengok si putih ni, agak terasa ke tua annya. Jadi kurang semangat sikit.

Tapi bila mengenangkan si putih muncul kerana otak yang berfikir ligat dan mampu mencari solusi masalah, saya tenang sendiri. Rasa, si putih muncul sejajar dengan kematangan berfikir. Hehe. Harap-harapla.

Thursday, November 18, 2010

Kerana stress, saya gemuk


Kenapa orang selalu cakap, wah, berisi sekarang, mesti senang hati kan?


Itukah yang sebenarnya? senang hati, akan makan lebih. Susah hati makan kurang?



Tak.


Semakin banyak saya susah hati, semakin banyak stress dihimpun di bahu saya, semakin banyak saya boleh makan. Saya stress, saya nak marah, tapi tak boleh lepas. Saya nak nangis, tapi tak boleh lepas juga. Jadi, saya makan. Saya marah makanan itu sampai saya boleh makan dengan selahapnya.


Contoh paling senang, saya sibuk dengan manual dan training. Dah la schedule tight, boss selalu remind. Datang pulang trainee yang duk asyik tanya soalan-soalan yang cukup merangsangkan deria sensitive. Nak marah tak boleh, sebab staff dan ibaratnya mereka itu adalah student dan juga customer kita. Jadi, dengan hidangan yang sedap, dan tak sedap, saya akan makan semua course meal. Dari breakfast sampai minum petang, cukup rutin yang sama 6 hari, badan naik 5 kg. ironic gila.


Begitu juga bila saya stress pasal organizational chart baru yang menampakkan saya ditempatkan di tempat lain. Yang saya tak yakin dah approve ke belum. Yang saya rasa, mana kerja saya kena buat? Saya nak buat kerja, bukan duk melangut tak der kerja. Stress bila saya dilambung ke kiri dan ke kanan. Menyakitkan hati. Terus lapar bila asik pikir hal macam ni. terus baham apa je yang ada atas meja. Rasanya ayam golek seekor pun mampu saya habiskan. Gila.


Dah saya masih lapar. Huhu.


Tapi saya pernah lalui hari yang perit, yang buat saya mati selera makan. Saya rasa, itu amarah yang lebih tinggi degree nya. Amarah dan kecik hati yang agak dalam. Beberapa hari juga saya hilang selera makan. Makan apa yang ada depan mata. Tiada rasa nak makan ayam percik ke, ikan masak ayam ke. ada roti, makan je la. Ada air lai chi kang, minum sahaja. Tanpa ada rasa apa-apa.



Saya kurus sebab saya happy. Hehe. Betul, saya biasa lapar before jumpa kekasih hati. Bila jumpa dia, nak makan pun tak lalu sebab dah kenyang. Sebab dapat jumpa dia. tapi pas dia hantar, lapar balik. Hahaha.



Akhir kata, saya gemuk sebab saya makan hati berulam jantung. Sebab saya kecik hati dan kecewa dan stress. Isk.


Jadi, tolong buat saya gembira ok, supaya saya boleh senyum dan cantik selalu.

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

Salam Aidil Adha

Salam Hari Raya Haji

Salam Hari Raya Qorban

Walau apa pun nama yang diberi untuk 10 Zulhijjah ini, semoga kita sedar dan redha dengan apa yang kita korbankan untuk mengecap nikmat hidup dengan lebih sempurna.

Mungkin kita lihat pengorbanan kita sangat berat berbanding dengan mereka yang lain. Tapi kita tak tahu kondisi mereka. Semua pengorbanan itu berat. Sebab itu namanya pengorbanan. Bukan senang nak berkorban. Ia memerlukan hati yang kuat dan tabah.

Monday, November 15, 2010

Nurul dan Fazli

Selamat sudah sahabat saya ni mendirikan rumah tangga. Berbanyak tahniah. Berjuta doa selamat untuk kebahagian rumah tangga kamu kelak. Moga pilihan ini yang terbaik buat kamu. Mmmuah.


Dalam lipatan sejarah kehidupan saya, inilah kali pertama jadi made of honor a.k.a pengapit pengantin. Ni gila-gila punya tahap pengapit, ok. Sila on call selalu, pastikan apa sahaja yang diminta pengantin tercapai. Huh. Gila sekejap. Penat. Tapi puas hati dapat melayan sahabat saya ni. berkampung, berkhemah (ceh ayat) di rumah Nurul sejak hari Jumaat, saya tolong buat goodie bag untuk 1500 tetamu. 500 special yang banyak skit barang nya, yg untuk vip, vvip dan orang kenamaan yang tidak bernama. He. Seribu yang lain untuk orang –orang ‘biasa’. Saya menyumbangkan 200 goodie berisi candy dan lollipop untuk budak-budak. Licin! Buat 1500 goodie ni, berpeluh gak la ketiak. Sakit gak la kaki membongkok, menyusun barang. Huhu. Turn off rasa nak kawin sekejap. Hehe. Gila banyak kerja kawin ni. tu tak termasuk lagi dengan sembelih-sembelih, masak memasak, kuih-kuihan, pulut-pulutan, telur-teluran dan segala macam yang lain. Huh. Since dah jadi macam ahli keluarga, sibuk jugak la saya melayan orang yang datang, atau minta barang untuk urusan memasak. Mencari barang yang tak cukup kat pasar. Inaikan tangan pengantin sampai dekat-dekat pukul 2 pagi. Anehnya, tangan n jemari pengapit ni lagi merah dari tangan pengantin, walau saya Cuma tolong pakaikan je. isk. Nurul nyer plak yang tak berapa nak merah. Aduhai. Sampai ada yang silap sangkakan saya pengantin nya. Isk.


Malam nikah, saya kena iring Nurul ke tempat nikah. Eh, ingatkan tak perlu. Duduk la saya bersimpuh belakang pengantin sambil pegang cincin, sambil kena tujah ngan bebudak anak dari pihak lelaki. Adeih.. Kebas weh kaki ni dengar segala macam apa ntah orang tu bacakan untuk pengantin. Tanggungjawab suami dan isteri. Puh.


Since Nurul ni orang Negeri Sembilan, banyak jugak la adat istiadat yang kena ikut. Menarik juga. Menakutkan pun ada. Hehe.


Kesian juga pengantin sebab tak makan malam lagi. Pas nikah, saya sibuk bawak pengantin cari mak, pakteh dna makteh pengantin. Siap suh salam semua orang yang kat dapur. Huhu. Jadi macam mak-mak plak. Pastu sesi bergambar , tukar baju, bergambar lagi. Sampai dekat kul 11, baru pengantin boleh makan. Kesian. Pengapit ni plak, dah tak mampu nak makan. Sebabnya, dah penat kot. Makanan dah tak boleh masuk. Keduanya, rasa macam kena indigestion. Makan banyak sangat kuih koci yang sedap dan panas masa buat bunga telor kot. Hehe. Malam tu saya, Nurul dan Oyin tidur macam tak sedarkan diri dah. Tapi pepagi esoknya, pukul 7 je, orang dah berbunyi, anak dara oii, bangunlah. Huhu.


Nurul bersiap-siap kena make up dah. Saya pi pasar lagi, buat goodie bagi mana yang belum sempurna. Kul 12 mandi dan siap-siap ready untuk jadi pengapit. Bawak Nurul keluar dar rumah, she hold my arm, sebab takut terjatuh. Its such a precious moment.


Makan tengahari saya pun terpaksa delayed. Pengantin dah boleh lega dah sebab melantak masa makan beradab. Ceh.


Sampai petang, time pengantin sibuk bergambar, saya dan oyin dah terlelap sekejap. Ingatkan dalam kul 8, boleh la gerak balik. Tapi majlis potong kek birthday dan bukak hadiah sampai ke kul 10. Huh. Cuak gak nak ikut balik Jalan kampung tu. dah la kak sherry citer ‘baik’ punya kisah hantu. Huhu. Tapi nasib baik, masuk PLUS, kereta banyak, safely reach home at 11.30.. esoknya nasib amek cuti sebab tau akan sangat penat. Sampai kul 10 pagi baru boleh bangun. Hehe.


Walau penat macam mana pun, itu adalah saat terbaik. Mendengar sendiri ijab dan Kabul sahabat saya, buat saya sedih dan terharu. Bila nurul cakap, awak, kita dah kawin. Sebenarnya saya sedih, dan gembira juga. Sedih sebab, saya tahu, perjalanan hidup kami dah berubah. Dia akan bawa haluan dengan keluarga baru. Sedikit sebanyak, akan ada terkesan pada persahabatan kami. Saya bagi tahu Nurul, awak dah ada 3 keluarga untuk dijaga hati dan lain-lain keperluan. Jagalah elok2. Jangan sampai ada yang berkecil hati. Lagi-lagi pakteh dan makteh yang menjaga awak dengan sepenuh jiwa raga. Awak dah ada suami yang awak kena jaga maruahnya.


p/s: tentang diri saya, cukup-cukupla ditanya soalan yang sama.. macam dah habis modal berborak. Allah maha besar, He knows the best for me, for us. walau berusaha macam mana pun, tapi jika belum jodohnya, janganlah dipaksa. harap mengerti. and honestly, saya tidak pernah terasa atau berkecil hati jika kawan saya mahu kawin dulu, bahkan saya sedia menolong.. cuma berkecil hati jika dipinggirkan dan menjadi orang terakhir tahu..

Saturday, November 13, 2010

Hukum lelaki memakai emas putih dan platinum

sekadar berkongsi, agar rumah tangga yang baru dibina tidak berlandaskan sesuatu yang haram.. artikel di bawah saya dapatkan dari laman web JAIS. boleh klik dan baca terus dari sana jika was-was.

Hukum lelaki memakai emas putih dan platinum

Assalamualaikum wrm wrbt.

1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?

2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Saturday, November 6, 2010

cerita korea itu..

Saya tertanya-tanya sendiri, apa yang membuatkan saya addicted dengan Korean Entertainment. Macam mana saya boleh tengok drama nya dengan berbagai emosi sedih, menangis, gelak-gelak dan terawang sendiri.

Berbeza dengan cerita Hollywood, saya rasa cerita cinta korea lagi ikhlas. Bukan melibatkan seks. Ada juga, tapi bukan nya hari-hari dan harus. Saya tidak tahu realitinya di korea macam mana, tapi baguslah ia tidak diapparkan di Televisyen sepertimana Hollywood buat. Terlalu banyak adengan ranjang, adengan tidak berbaju, adengan ‘seolah-olah sangat puas’. Isk. Baru berjumpa dan kenal seminggu terus angkut ke atas katil. Jadi, aila cinta antara mereka berlaku masalah, ia tidak mendatangkan sebarang emosi sedih. Sebab lepas tu, akan jumpa ornag lain dan make love lagi. Its so easy to get and forget.

Compare to cerita korea, boleh Nampak betapa susahnya untuk dapatkan cinta sejati tu, dari bermusuhan dan berbagai insiden menyakitkan hati, perlahan-lahan awak akan Nampak kebaikan hati sesorang itu. Hormatnya pada warga tua, lain dengan cerita Hollywood yang sesuka hati memaki hamun manusia lain. Cerita korea juga banyak menonjolkan nilai murni yang boleh kita belajar dan amalkan.

Lawak komedi cerita korea juga tak plastic atau lucah macam cerita Hollywood mahupun cerita melayu. Lawak nya tersendiri. Even BF saya yang pernah meng kondem cerita korea juga, mengaku lawak korea lain, dan lawak gila sampai dia yang tengah warded masa tu boleh ketawa ngekeh-ngekeh. Hehe.

Cerita korea tidak memerlukan solekan yang tebal dan plastic amcam cerita melayu. Obviously, orang banguntidur tak pakai mascara atau bulu mata palsu.. cerita malayu, perghh, siap ber eye shadow plak tu. cerita korea, plain je. kalau ada pun lipstick sikit. Watak jahat, mesti pakai makeup

tebal seab nak menampakkan lagi cantik dan lagi berani berbanding heroin.

Cerita korea mampu mengubah watak yang walau tak hensem mahupu comel, bila lama-lama kita tengok jadi comel plak. Mungkin kerana watak yang dibawa menyebabkan kita jadi terpaut.

Cuba bandingkan cerita cinta agung Kasyah dan Ayu dengan Jandi dan Junpyo.

Friday, November 5, 2010

another wedding

ops. Autodraft lagi.

sepatutnya sudah berada di rumah Nurul Ziriah Mohd Zamry as her Made of Honor.. hahaha. cute je saya jadi pengapit kot. haha. tak pernah jadi pengapit ni. takut. cuak. takut memalukan pengantin. isk.

Thursday, November 4, 2010

Kekasihku adalah Musang berekor sembilan


Baru berjaya menghabiskan My Girlfriend is Gumiho hari ahad lepas. Gu-miho maksudnya musang berekor sembilan (none tailed fox). Makan masa seminggu juga untuk habiskan 16 cd. Almaklumlah, dah tak muda lagi seperti zaman-zaman UIA dulu. Mampu marathon 16 cd dalam satu hari. Tak buat apa dah. Duk dalam blik, beli makanan siap-siap, tengok dari pagi sampai pagi esoknya. Hehe. Gelak sorang-sorang. Nangis-nangis tengah –tengah malam. Memori.



Sekarang, mampu tengok 2 cd je, pas balik kerja sebab badan dah tak larat. Tapi sabtu dan ahad, pulun habiskan dengan Ain. Gelak-gelak dan rasa comel gilerrrrrr Shu Min Ah tu! walau ada jarak umur dengan Seunggi, tapi tak Nampak pun. Senyum je. memang membawa imej Gumiho yang tak menyeramkan. Cuma sampai part dia sangat marah, dan hamper membunuh Noona, memang Nampak menyeramkan. Cerita ni charming sangat. Rasa terbua je. rasa happy je.



Suka tengok Mi Ho yang sangat happy bila dapat makan daging lembu. Sambil tangan dia tergawang-gawang nak menceritakan betapa sedapnya daging tu. suka tengok Mi ho cakap kat Dae Woong ‘ Woong-ah, na domo domo domo domo chua he’, smbil buat tangan ala-ala menjetik tak jadi. .. hehehe. sampai last 3 episod, part dimana Mi Ho semakin hampir dengan hari kematiannya, rasa sedih sangat. Macam mana Dae Woong tahan hati sebab tinggal sehari lagi. Mengalir-ngalir air mata ni. memang tak tahan. Walau tahu,ada GodMother yang akan tolong, tapi sampai sudah GodMother tak release Mi Ho untuk hidup dengan Dae Woong. Bila time Mi Ho hilang dari Dae Woong, sedih nya. Sedih sangat. Bila Dae Woong dah macam orang gila, Nampak van yan hampir langgar dia pun tak lari, dan akhirnay kena langgar, dan tiba-tiba hujan di waktu panas (fox rain) yang menandakan Mi Ho turut bersedih.



Memang touching. Dan part paling best bila Mi Ho muncul kembali ketika eclipse (whereas heaven go crazy for a while). Lega bukan kepalang. Haa. Lega dan sekaang rasa macamdiawangan bila dengar lagu ost My Girlfriend is Gumiho, especially Losing My Mind, by Seunggi dan rasa terharu bila dengar Fox Rain. Herm..



Next, cerita apa ye?


Wednesday, November 3, 2010

Officially

Officially tiada lagi hubungan dengan Maxis! Berjaya terminate broadband (yang sampai sudah tak boleh connect!), dan juga postpaid Maxis yang kerjanya asik masyuk sangat meng charge atas perkara yang tak logic. Bayangkan, setakat guna 90MB internet through handphone, Maxis charge seratus lebih. Itu untuk internet sahaja ok. Gila mabuk.

Tapi number remain, sebab switch to Digi. Hehe. Pintar. Tak eprlu susah-susah menghantar sms ‘ni nombor baru saya’.. broadband je saya pergi Maxis Centre kat TTDI, bawak Broadband untuk pulang. Kenapa saya tak puas hati dengan Maxis Broadband?

1. Saya pakai maxis sejak umur 17 tahun, sampai 26. Loyal. Tak pernah tukar. Sayang Maxis sangat.

2. Saya pakai broadband maxis sejak dr mula ia diperkenalkan. Sejak rupanya besar dan agak hodoh, pada harga 138, dpt rbet, jd 108.

3. Saya tukar kepada USB, dr 108, dapat rebet jadi 88. Kena bayar activation fee rm100. Layan je walau diawal2, maxis kata itu deposit. Last2 jadi activation fee, means tidak dikembalikan. Layan je walau maxis tunggu suara kat dlm phone.

4. Sekarang, semua pelanggan baru menikmati rm68, rebet rm48. Saya? Masih rm88. Bila tanya, kalaus aya terminat postpaid, saya kena bayar Rm108. Bila tanya mcm mana nak dapat yang murah, diarah tukar di maxis centre. Still kena bayar activation fee rm100. WHAT THE HECK?!!

Saya loyal, tak pernah switch to mana-mana network. This is what I get? Maxis charge apa sahaja ke dalam akaun. Sabar je.

Nekad, pada pagi sabtu lepas, ke Digi centre di One Utama. Hasrat utama nak tukar ke prepaid Digi je, nak remain number sebab pakai TAP Bank Islam. Tapi org Digi promote postpaid, unlimited internet surfing Rm68, bill ikut berapa banyak call atau SMS. Fikir-fikir sekejap, call n SMS boleh pakai 2nd handphone celcom sebab lagi murah. Hehe. Ok. Done.within 24h, akan jadi Digi dan kena tukar simcard.

Pastu pergi Maxis Centre kat TTDI plak, nak pulang broadband. Senang je orang Maxis, yes, miss? I want to terminate Broadband, sambil serahkah box berisi modem (Maxis gila babi kedekut, kena pulang modem ok). He filled up some form, asked me to sign, and walla! Its done. Officially terminate Maxis Broadband. Kalau ada soklan, kenapa nak terminate miss, memang habis saya akan buat luahan hati dan perasaan dan mungkin juga sambil nangis-nangis terasa ngan Maxis. Huh. Namun, Maxis ibarat mengatakan ‘huh, terminate la, ada aku kesah?’. CIS.

Akhir kata dari saya, sila jangan pakai Maxis. Menyusahkan dan asyik kena tipu. Cukupla dengan Astro yang tak habis-habis caj kita dengan pelbagai bayaran tambahan, dengan servis ntah apa-apa. Huh.

Monday, November 1, 2010

Pack

Fuh! Bagi ruang bernafas sikit, ye! Bernafas menggunakan blog. Hehe. Lega sikit. Tapi masih ada banyak yang perlu dikerjakan. Project masuk dalam senarai tanpa had. Bertubi-tubi. Kerja yang sedia ada dan yang baru harus di manage sebaik mungkin.

Plan asal untuk bercuti ke Langkawi bulan 12 tidak kesampaian. Harus ditunda ke tarikh lain. Training dan training dan project LIVE , timeline rasa dah pack gila. Harap masih boleh bernafas nanti.

Walau berat dan penat dan tiada masa, perasaan puas tu lagi banyak. Puas dapat menjayakan project untuk kegunaan cawangan yang mana membantu serve customer Bank Islam lebih baik. Mudah-mudahan. Project terbaru melibatkan PTPTN, sama seperti perkhidmatan Tabung Haji di Kaunter Bank Islam. Rasanya pertambahan cawangan Bank Islam yang mendadak tahun ini membuahkan rasa percaya dan yakin syarikat besar kepada Bank Islam. Syukur sangat. Cerita dari cawangan juga menyenangkan hati.

Harapnya terus diberi kekuatan untuk terus berkhidmat di Bank Islam ini. Amin.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin