Saturday, October 23, 2010

TAP from Bank Islam


Apa itu TAP? TAP bermaksud Transact at Palm. Apa yang ditawarkan dari Bank Islam? Lakukan transaksi Internet Banking memalui Handphone anda!

Apa yang Internet Banking @ BIZ Bank Islam boleh lakukan?

Boleh Topup, bayar bill, check baki, check latest transaction, fund transfer.



Namun, jika anda berada di kampung, tiada talian internet, dan anda nak topup, atau nak buat pembayaran bil secepat mungkin. Bagaimana?

Handphone ada, coverage ada, walau tiada GPRS atau 3G (almaklumlah, duk kampung kan). Duit dalam akaun Bank Islam ada.

Jadi, lakukan lah melalui handphone anda! Menggunakan servis terbaru dari Bank Islam, TAP.

Walau tiada kredit, tetap boleh dilakukan sebab caj dikenakan ke atas akaun Bank Islam, bukan ke atas bill/ prepaid and. Menarik kan?



Apa perlu anda buat, mudah sahaja.

Sudah ada akaun Bank Islam? Sudah ada, bagus. Belum ada, sila buat ye. Deposit permulaan RM20 sahaja, tak seperti bank lagi sampai RM250 untuk buka akaun.


Daftar untuk Internet Banking juga, percuma sahaja.


Daftar juga untuk perkhidmatan SMS, apa sahaja transaksi berlaku, duit masuk, duit keluar, akan dihantar SMS, supaya kita sedar duit kita ke mana. Jangan risau, boleh buat pilihan, berapa jumlah untuk dapat notification. Takkan lah RM1 masuk pun, nak kena notify kan. Isk.


Kalau ada Akaun Tabung Haji, juga boleh link kan, agar senang untuk deposit ke akaun TH, melalui transfer dari Bank Islam sahaja.


Kemudian, daftar TAP pula. Oh, caj RM8 sahaja setahun. Anda akan dapat satu kad, ala-ala macam Sim Card, dipanggil mPOD. Tapi sangat nipis, seperti filem. Keluarkan SIM Card dari handphone, beri kepada Pegawai Bank Islam. Dia akan selitkan mPOD di belakang SIM Card, dan masukkan sendiri ke handphone anda. Almaklumlah, anda lagi tahu perangai handphone anda kan. Jangan risau, mPOD dan SIM card akan berpadu sekata, dan muat ke dalam slot SIM Card anda.


On semula handphone dan tunggu beberapa ketika. Anda akan dapat notification SMS untuk pin number. Simpan.


Kemudian, cuba cari di mana letaknya Ikon Bank Islam tersebut. Macam Maxis, ada dalam Easy Access. Celcom pula dalam folder Celcom atau SmartSim. Lain-lain punya Telco, belum berpengalaman lagi.


Bila masuk dalam ikon Bank Islam tersebut, akan diminta pin number sementara 4 digit (ada dibelakang starter Sim). Tukar pin baru. Kemudian, masukkan pula pin number yang diberi melalui sms tadi, 6 digit. Juga tukar, supaya lebih secured. Kemudian, setting nombor akaun dengan memasukkan nombor akaun. Sms notification akan diberi. Kemudian, boleh la bermula untuk buat pertanyaan baki, dan segala macam jenis transaksi. Untuk permulaan, 3 transaksi pertama akan diberi secara percuma. Namun, transaksi ke empat akan mula dikenakan caj RM030, ditolak melalui akaun anda.


Jangan risau tentang security, sebab ada dua jenis security di sini. Lagipun, Alhamdulillah, setakat ini Bank Islam tidak pula diancam masalah keselamatan seperti Maybank .


Menarik kan? Buat masa ini, hanya dimulakan di peringkat staff dahulu. Kemudian, baru akan diwar-warkan kepada customer Bank Islam. Jadi, nantikanlah kemunculannya..!


p/s: Selepas ni, bolehlah start business topup. hehe.


maklumat lanjut klik sini

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin