Tuesday, October 12, 2010

ouch! Rozita che Wan



Dulu minat juga kat minah ni. sebab dia cantik. Sangat suka tengok dia dalam Diari Ramadhan Rafique. Polos je. make up pun tak heavy. Tak der make up 3 inchi, dengan blu mata palsu macam unta di padang pasir, tak der rambut sanggul besar-besar, tiada anting-anting sebesar hula hop atau seperti lampu chandelier di rumah mak datin. Simple. Tapi cantik sangat. Rasa dia lah melayu paling cantik.


Kecantikkannya di puji-puji. Assetnya di perkatakan. Entah mengapa, sejak dari hai itu, menjadi-jadi pulak cara pemakaian nya. Dress labuh dengan purdah, sudah cantik. Namun dirosakkan dengan skirt sependek lutut (atau peha?). aduh. Teruknya. Fesyen nya sekarang hanya skirt. Skirt kembang, skirt pendek, semua disauknya. Kalau pun sikirt tu labuh (paras lutut), baju diatas nya pasti ala-ala untuk menonjolkan asset kembarnya itu.

Tengok cover EH! Bulan Oktober ni? tengok dia sebagai cover, teringin juga nak beli. Angkat sikit dari rak kedai mamak tu. aduh! Dress pendek off shoulder berwarna pink. Cuma cukup-cukup tutup kembar nya dan sedikit peha montoknya. Terus padam niat nak beli. Sebab kecewa sangat. Sebelum ini, gambar ersebut sekadar berada dalam majalah. Cover, rasanya masih mampu dipandang. Tapi kalau baju sekerat tu boleh dijadikan sebagai cover, apa jenis manusiakah Rozita ni? cover Cosmopolitan yang ada artis Hollywood pun tak seteruk itu pakaian nya. Bayangkan, betapa malunya saya yang bertudung ni nak baca EH! Yang ber coverkan ala-ala separa bogel itu. Tak tahu malukah? Walau tak malu pada orang sekeliling (yelah, sebab awak artis jelita kan), malulah pada anak-anak awak yang dah besar panjang tu. sudah masuk asrama penuh di Kuantan pun.


Wahai Rozita, kecantikan tu anugerah Tuhan. Namun ada sesetengah anugerah Ilahi itu, perlu disimpan rapi. Bukan makin dperkatakan, makin galak di tunjukkan. Anehnya manusia cantik ini

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin