Friday, October 1, 2010

Nasi Ulam Pahang

“Kalau disebelah kelantan ada nasi istimewa mereka nasi kerabu. Tapi di sebelah Pahang (Jerantut, Lipis dan kaw. sewaktu dgnnya) ada juga sejenis nasi istimewanya iaitu Nasi Ulam. Biasanya nasi ini, istimewanya di sediakan diwaktu bulan ramadhan khususnya dan bila-bila waktu amnya. Penyediaan nasi ulam pahang ini biasanya di campur bersama bahan atau pucuk2 pokok pilihan dari hutan antara daun pucuk manir, pucuk sekentut, daun kunyit, daun kesom dan banyak lagi (bahan-bahan ini semuanya dimayang dan diracik halus) dan dicampur bersama ikan masin talang yang telah dibakar di mayang halus dan di gaul bersama nasi yang sudah dimasak.(sebaiknya nasi yang masih panas) dan dihidangkan.

Nasi ini sememangnya istimewa bukan sahaja enak tapi berkhasiat.”

Dipetik dari Pahang Community. Yang bawah ni saya punya cerita ye,

Nasi Ulam adalah makanan tradisional dan wakanan wajib ada ketika bulan puasa, espceially di kawasan Jerantut, Kuala Lipis, Raub dan sekitarnya. Bukan senang nak cari segala jenis daun dan ulam yang menjadi rencah utama Nasi Ulam ni. Daun-daun yang dapat tu akan dihiris sehalus dan senipis mungkin. Takkan la buat besar-besar pula, susah nak makan nanti. Selaun daun-daun, ada juga serai yang juga dihiris halus. Mahu merah jugak la tangan menghiris nipis segala daun-daunan tersebut. Ada juga lada hitam yang ditumbuk halus, buat berasa pedas. Juga ada kerisik yang bukan dibeli ye, tapi dibuat bermula dengan mengoreng kelapa sampaila menumbuk lumat..

Selain itu, ikan talang juga di tumbuk halus, daging bakar di siat-siat tidak terlalu halus, tidak juga besar gedabak, ayam panggang biasanya bahagian dada juga di siat nipis.

Kemudian nya, semua di gaul dengan nasi panas. Nasi sejuk tak sedap, macam buat nasi goreng je. Sape punya resepi ntah buat nasi ulam pakai nasi sejuk. Cis.

Biasanya kami juga akan buat gulai lemak cili padi ayam kampung untuk dibuat makan bersama dengan nasi ulam ni sebab nasi ulam tiada bahan berkuah. Bila di makan bersama, pergh! Rasa macam tak ingat dah sekeliling ni.

Resepi nasi ulam ni adalah tradisi dan khazanah berharga buat rakyat Pahang. Susah nak jumpa di tempat lain. Memang istimewa. Harapnya resepi ini disimpan untuk kegunaan kita di masa hadapan. Juga harap dapat belajar sebelum terlambat.

Hati-hati, sebab nasi ulam ni boleh buat badan panas. Mungkin sebab ulam-ulaman dan lada hitam. Jadi, minum air secukupnya.

Gulai lemak ayam kampung. nyum! nyum!

racik-racik serai.

sudah siap diracik halus


gaulkan



siap. sedapnya. nyum. nyum

harapnya tulisan ni akan jadi satu arkib khazanah berharga di masa hadapan.


3 comments:

ankowada said...

anyss,
first time dgr nasi ulam....nak tryyyyyyy!!!! kat kedai2 biase ade jual x?

hanys said...

mestilah takder.. kalau ada pun, ala2 kelantan punya. tak sedaap. :( susah nak dapat. aku dapat makan pun time bulan puasa je.. naper ntah. huhu

CikNaa said...

auwww...lame dah xmakan ni. sedap nyeeee... ;p

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin