Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain


Start kerja hari ini dengan lagu-lagu dari Maher Zain. Sudah agak lama dengar tentang dia ni. namun entah kenapa, keraskan hati. Tak mau dengar lagu nasyid. Ada juga dengar dari Mp3 adinda ema, hati terusik. Tapi masih keraskan juga. Tebalnya hitam di hati. Haih.


Namun, download juga lagu-lagu Maher Zain. Save di handphone. Dengar di office. Lagu pertama dan kedua, masih bertahan. Entah kenapa, bila tiba lagu InsyaAllah, hati rasa disiat-siat. Rasa kecilnya diri ini. Allah member bermacam nikmat, namun kenapa masih lalai untuk melahirkan rasa syukur itu. Liriknya dalam bahasa inggeris. Namun dalamnya menusuk kalbu. Dalam bahasa yang biasa, bukan berbunga-buga, Maher menajak kita berfikir sekejap, banyaknya Allah bagi, namun kenapa masih tak Nampak. Tak perlu berfikir panjang, boleh dilihat segenap ruang udara, semuanya dari Dia. kembali kepadaNya, dan Insya Allah, segalanya akan kembali tenang. Aduhai hati. Sedihnya dengan diri sendiri.


Alhamdulillah juga mengajak kita memuji Allah, kerana hanya Dia yang selayaknya. Bukan orang lain. Dia yang member segalanya. Kekayaan, rezeki, wajah yang cantik.


Hati, tetaplah dikau di Jalan yang benar. Luruskanlah Jalan ku.


Jangan terkejut, dalam album maher juga ada lagu Hindustan. Featuring. Dengan saper, tak berapa confirm. Memang menarik dan buat hati tersentak dan berfikir.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin