Sunday, October 24, 2010

Kemaman Trip.sahabat.precious


Alhamdulillah. Selamat pergi ke Kemaman, dan selamat pulang pada hari Sabtu malam, last week. Penat, tapi puas hati dan seronok. Berbaloi. Benarlah bagai dikata, sahabat itu menyenangkan.


Bertolak dari opis jam 1 tengahri, dan keluar ke Tol G0mbak dalam 1.45 petang, berhenti sekejap di hentian Maran mencari makanan dek kelaparan dan panadol. Selamat sampai di Hotel Chukai Utama dalam pukul 5 petang. Perjalanan yang jauh. Tapi tak la memenatkan kaki saya. Huhu. Nuha yang guide kami ke hotel. Check in dan bersihkan diri dan solat jamak Takhir, update sikit-sikit perkembangan diri. Kemudian bergerak ke rumah Nuha, sebab dah janji untuk menghulurkan bantuan di majlis abang nya. Pack kan baulu kecik-kecik ke dalam plastic dan goodie bag. Potong nanas yang aduhai lembapnya la kami buat. Hahaha. Gila la, umur 26 tahun, tapi kami masih terkial-kial. Huhu. Kemudian makan nasi jap, then sambaing pack kan gula-gula pulak. Tengok orang pasang pelamin.


Balik ke Hotel sudah 10 malam. Mandi, dan solat dan tidur. Nak tidor ni, bermacam cerita keluar. Almaklumlah rasa cam dah lama tak jumpa Myza. Esok pagi, bangun pagi, siap-sap dan ke rumah Nuha lagi, untuk bantu apa lagi yang belum siap. Sempat jugak kami breakfast nasi dagang. Erm, not bad la. Tak manis pun, pedas ada la.. sedap. Sampai umah nuha dah kul 9 pagi, kami potong bawang, tomato, lada dan segala apa yang orang nak kami mayang. Gelak-gelak dan bercerita sampai ada makcik jelling-jeling kitorang, isk. Sorry makcik. Terlupa lak ni kampung. Dah la kami dengan ranggi pakai baju lengan pendek dan berseluar jeans. Tapi kami rajin ok. Walau kami duk KL, kami masih boleh berlengas di dapur. Sampai sekarang tangan bau bawang lagi. Huh. Kerja keras sungguh.


Dalam kul 11 lebih, kami balik ke hotel untuk bersiap-siap dan melawa dan check out. Datang semula dalam kul 12.30. tunggu la sampai pengantin sampai. Hijau je saujana mata memandang.


Pukul 2 lebih, bila dah dapat tengok pengantin, kami pun minta diri. Nak blah ke KL. Almaklumlah, kami orang jauh. Sebelum masuk Lebuhraya PAntai Timur –Jabor, kami singgah la nak beli keropok lekor. Cis, kakak penipu. Jual kerepok lekor seringgit, biasanya 70 sen je. puas minta kurang, tak nak bagi juga. Dia kata standard price. Jelling-jeling gak kiedai sebelah, tapi sempat jugak dia cakap, harga sini semua sama je dik. Akak buat yang ni besar, tu yang jual seringgit. Ikan banyak. Adeih, beli jugak la.s ebab dah panas terik gila, tak mampu berfikir dah. Minta free barang pun tak bagi, nak minta free sos pun kedekut. Padahal dah beli banyak tu. geram betul. Tak pe la, rezeki dia, kalau dia menipu, memang dilaknat di akhirat la.


Walau panas, sempat juga kami lepak makan sata kat tepi laut. Huhu. Tapi Myza dan Marissa tak makan sata. Ceh. Kalau makan ramai-ramai barulah syok. Makan plak panas-panas dengan otak-otak sekali, masyuk jee. Nak mandi laut tak kesampaian sebab panas nya ya Rabbi, tersangatla panas.


Gerak balik ke KL, Alhamdulillah selamat sampai dalam kul 7.30 malam. Penat, tapi berbaloi dapat spent masa dengan sahabat-sahabat. Dapat mennunaikan permintaan sahabat untuk ke majlis abangnya. Dapat berkongsi segala cerita duka dan suka. Its such a lovely moments. We share, we learn the lessons, we support and we comfort each other. May happiness belongs to us.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin