Sunday, October 3, 2010

Cantik itu menakutkan

Dia seorang yang halus budi pekertinya. Wajahnya gebu. Nak dikatakan cantik, biasa-biasa sahaja. Tutur kata nya bagus. Dengan orang tua, dia pandai menyusun kata. Dengan sebaya, ramah bergurau senda. Sendanya disulam nasihat. Berunsur keagamaan. Tubuhnya berisi. Namun kebaikan hati dan tindak tanduknya yang molek membutakan sifat fizikal nya. Andai berjumpa dengan lelaki yang baik-baik, mahu sahaja dijodohkan bersama.

Hari berganti. Dia bercinta dengan seseorang. Kandas. Lantas ditunangkan dengan yang lain. Di minta putus dengan pelbagai sebab. Mungkin itu yang terbaik untuknya.

Tahun berganti. Tubuhnya sudah agak susut berbanding dulu. Di tanya rahsia. Pantas di cerita tentang segala yang dibuat dan segala bahan dan ramuan untuk badanya kini. Baguslah. Bagus juga untuk kesihatannya. Bimbang di hinggapi penyakit. Dalam rancak bercerita dan berdemonstrasi, lantas dibuka cerita hatinya sudah berpunya. Mahu diikat hujung tahun. Bagusnya. Dirisik pula siapa dan bila berjumpanya. Kenalan dari sekolah, namun hanya berjumpa semula ketika Ramadhan ini. Terus bersulam kasih, berjanji bagai mahu sehidup semati dan terpatri dialah yang Allah janjikan setelah 10 tahun dihimpit duka bercinta. Oh! Tidak terduga begitu cara pemikirannya. Apa tidak mahu diselidik apa benar pekerjaan nya sebegitu dan 7 tahun menghilang, kemana perginya?

Katanya, dirinya sudah cantik sekarang. Mestilah mahu yang cantik-cantik dan sepadan dirinya. Agak tergamam. Dia sudah tidak seperti dulu. Rancaknya bercerita tentang susuk badan dan lelaki idaman bak sudah lupa tudung besar yang melingkari mahkotanya. Bak sudah lupa, dia tidak seperti itu dulunya. Mahu bercerita tetang lelaki juga amat sukar. Nak memakai pakaian berliku badan juga tidak mungkin. Kini? Aduhai. Benarlah cantik itu menakutkan.

2 comments:

Amalia Jehari~~ said...

i like.... i know who is this....hahahahahahah... tetttt....

hanys said...

hahaha. diam-diam.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin