Tuesday, October 5, 2010

Cantik itu menakutkan II

Bermacam cara manusia buat untuk cantik. Cantik itu perlu. Sebab orang pandang orang yang cantik je. Orang bagi kerja pada orang yang cantik je. Orang layan baik pada orang yang cantik je. Lelaki mahu mengorat perempuan cantik je. Perempuan mahu layan lelaki yang handsome je. Sakit, tapi benar.

Kurus itu cantik. Putih itu cantik. Rambut lurus itu cantik. Hidung mancung itu cantik. Bulu mata lebat dan lentik itu cantik. Pakai baju ikut badan yang slim itu cantik.

Semua orang nak cantik. Justeru, bermacam cara dibuat untuk cantik.

Make up - seharusnya. Siapa yang tidak pakai bedak walau bedak bayi sekalipun? Mesti pakai juga kan? Bezanya Cuma tebal atau nipis. Make up ala Diva atau ala nude. Mascara untuk bulu mata Nampak Panjang macam unta padang pasir, blusher untuk Nampak ayu. Hehe. Saya juga make up. Ala diva ke? Entah..

Slimming centre - ramai yang pergi kan. Berhasil atau tidak, tepuk dada Tanya berat badan. Seriously, untuk long term slimming centre bukan caranya. Berhabis duit, pasti. Makan disekat, pasti. Tidak ada slimming centre yang tidak menyekat pelanggannya dari makan. Mesti ada. Gambar di majalah dan di poster, banyak diedit. Perhati betul-betul dibahagian pinggang dan punggung. Boleh Nampak cacat potong gambar nya. Gambar sebelum dan selepas di ambil pada hari yang sama. Diberi baju besar, digemuk kan dengan photoshop. Kalau ada yang real pun, pasti diambil ketika baru bersalin. Serious, baru bersalin siapa yang terus kurus seperti sebelum kahwin?

Liposuction - kalau saya banyak duit, nak juga buat. Hehe. Namun mendengar berbagai kisah kematian ekoran dari liposuction ni buat terpikir sendiri, kalau lepas lemak disedut, kemudian mesti bahagian tersebut menggeleber kan? Isk. Buruknya.

Pembedahan plastic - potong lemak, buat hidung bagi mancung, buat mata bagi besar sikit. Isk. Best la juga. Dapat muka yang kita nak, badan yang kita nak. Macam cerita 200 Pounds Beauty tu. 100% berubah. Bila wajah berubah, perangai pun berubah la ye?

Kadang-kadang saya terpikir, ada sesetengah pasangan sanggup mendedahkan badan pasangan untuk tontonan awam. Tidak suka pasangan nya menutup aurat atau lekuk badan yang seharusnya esklusif untuk dirinya. Kalau berpakaian, biarlah mengikut badan, pakai baju besar sikit dari saiz badan tak lawa. Hodoh. Macam budak kecil. Alahai, kalau pasangan menutup aurat, awak dapat pahala juga kan? Dan kalau dia buka auratnya sebab kamu, baguslah, share la saham masing-masing ye.

Benarlah, cantik itu menakutkan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin