Thursday, October 14, 2010

Cameron Highlands 2010 - Part 1

Seronoknya bercuti di Cameron Highlands. Lagi seronok sebab dapat bersama-sama keluarga tersayang. Lagi-lagi sebab dua keluarga sekaligus. Memang happening!

Bertolak dari Jerantut seawal 9.30 pagi (awal la sangat, padahal janji kul 9). Melalui Jalan Tembeling, kemudian Mela, Kuala Lipis, berhenti di Sungai Koyan, dan masuk ke perkampungan orang asli, dan sampai ke Ringlet. Dan akhirnya sampai ke Tanah Rata. Saya tak pernah memalui Tanah Rata, tak sangka pula, tempatnya lagi happening. Check in di Alina Apartment 3 bilik, dan 2 bilik air, berharga RM250 semalam, memang berbaloi-baloi. Apartment ni hanya untuk Muslim sahaja, jadi terjamin la segala peralatan memasak. Bukan apa, banyak apartment lain seperti Arabella, tapi cuak la. Apartment Alina ni, siap dengan rice cooker, pinggan mangkuk, peti ais, kuali dan cerek. Memang bestla kalau dapat memasak. Huhu. Cuma kena bawak la brg2 seperti minyak dan sabun mandi dan ubat gigi. Lain-lain semua ada, siap ada extra mattress lagi. TV pula ASTRO ok.

Makan tengahari di apartment, dan solat dan berehat sebentar bersama Kit Kat, kami bergerak berjalan berkereta ke Rose Valley. Huih. Lenguh kaki asik bergambar dan berposing. Rose Valley ni terletak atas dari Brinchang. Dekat dengan Tringkap.

Kat sini, cubalah jangan beli jagung atau Jambu Epal, sebab sangat lain harga dengan di Brinchang.

Kemudian kami ke Raju’s Strawberry. Ni tempat wajib. Walau aiskrim nya agak mahal, tapi sedap dengan strawberry puree nya. Isk. Telan air liur plak.

Kemudian, tak jauh je dari Raju, ada Kea Farm. Park kete, kemudian Jalan. Adeih, masa ni asik terpikir senarai barang yang dipesan oleh orang opis je.. huhu. Keledek, jagung strawberry gemuk. So,lepaskan mak dan adik-adik dan makcik untuk terus berjalan. Makan keledek manis panas-panas, sedap sangat. Makan la juga jagung manis yang dibakar atau direbus. Sedap sangat. Jagung nya cantik sangat. Ada yang jual 9, 10, 12 atau 15 tongkol untuk RM10. Pandai-pandaila memilih. Strawberry juga ada bermacam harga, rupa dan ragam. Ada yang Nampak gemuk di atas, rupanya kecil2 dibawah. Isk, kena tipu. Jahat.

Habis bershoping, gerak pulak ke Pasar Malam Brinchang. Bermacam benda ada dijual di sini. Saya beli pudding Strawberry, sedapnya. Tak sempat nak ambik gamabr, habis lahap. Haha. Cuma tak jumpa aiskrim strawberry home made. Cari jem strawberry yang homemade dan juga tea flavored. Oh, semestinya tea strawberry, tapi tak rasa lagi. Beli juga Tea tarik strawberry. Harum je bau dia. bau strawberry.


Sampai di apartment, semua orang kepenatan. Tapi, sempat lagi masak dinner, makan-makan. Lepak, berborakborak. Penat, tapi seronok sebab dapat mengumpul cerita bersama sepupu. Walau jarak dalam 7 tahun, tapi saya rasa muda je, ok.

hari kedua.. next la

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin