Thursday, October 7, 2010

bizi.dizzy.i like it

Minggu ni tersangat la sibuknya. Hari selasa balik kerja 10malam sebab berada dicawangan untuk installation device baru. Huh. Dengan jammed nya. Rasa nak gigit-gigit je strereng kereta. Dah habis CD Korea dalam kereta tu nyanyi.

Rabu malam juga, sangat bz dan penat gila. Pas habes keja, sampai umah dalam 7.20, mandi, terus saya buat kek batik 2 adunan untuk majlis raya opis saya hari ni. saya rush gile, siap kul 8. nasib baik ok kek tu. Dahla ada orang mengidam nak makan. Kesian pula, walau bukan mengandung. Huhuu.

Pukul 8 je, terus saya bekejar ke KL, since ayah ada kursus di KL. Dari tengahari call saya dan ain, tapi kami amat-amat sibuk nak melayan nya.. huhu. Tapi sampai rumah kul 7.20 malam tu, baru sedar, apalah sangat penat, kalau ayah seorang pun tak boleh layan.. isk. kang sedih plak, time mak saya datang, kitorang layan. time dia, kitorang semua bz. Bawak la ayah ku itu pergi makan Pizza Hut, kul 10 gerak balik. gile penat. sampai umah kul 10.30, saya buat plak cupcake. pergh, sambil buat keje opis, sambil siapkan cupcakes tu. kul1 lebih baru dapt tido.. nasib kerja sempat habis, untuk jamuan pun sempat siapkan.

Bila beres semua benda, terasa lega.

Lega dapat tunaikan tanggungjawab sebagai anak.

Lega dapat tunaikan permintaan kawan yang teringin sangat nak makan kek batik.

Lega dapat tunaikan tuntutan kerja yang mana diperlukan untuk kegunaan cawangan.

Huh. Lega. Walau penat, tapi berbaloi bila ayah saya happy dapat lepak ngan anak perempuannya makan pizza, happy tengok kawan saya tu melahap kek batik (hehehe), happy cupcake saya licin dan dikomen baik punya, happy bila orang cawangan mampu meneruskan rutin di cawangan.

Penat, tapi saya gembira dapat buat apa yang saya suka. Saya suka bila orang suka dengan apa yang saya buat.

Oh, esok saya akan balik kampong! Seronoknya! Gila happy macam duk Korea, kan Wada? Haha. Adahal duk KL je pun, balik konpem tiap-tiap bulan. Tapi lately dah rindu mak sangat. Time goreng mee pun,dengar bunyi kuali, terus rindu mak. Saya dan Ain nak bawak family jenjalan di Cameron Highlands. Yippi. Ain sponser apartment. Saya, duit minyak dan makan. Bawak dua family. Ok, nanti sambung cite. Cuma nak bagitau, next week pun akan bercuti lagi ke Kemaman, sebab ada wedding my best friend. Err..best friend kawin. Hehe. Then,balik dari kemaman, ada wedding orang bank pulak. Tak pergi nanti, ecik hati. Geng kamceng bila buat training.. huhu.

Kemudian, ada dua minggu untuk relaks before Nurul’s wedding. Oh, baju kawin nya saya belum cari.. isk.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin