Thursday, October 14, 2010

another trip

Adoyai.. badan rasa seram sejuk ni. tolonglah jangan demam. Tolonglah. Ini mesti sebab baru balik dr Cameron. Ke sebab terover exercise semalam. Gara-gara takut tak muat baju pengapit bulan 11 nanti, terpaksalah bersenam terlebih, makan terkurang. Huhu.
Esok nak pergi Kemaman, insyaAllah. Abang Noha kawin. Dulu pergi Abang Marissa kawin, jadi turn Noha plak. Lagipun dah lama tak berjumpa kawan-kawan terbaik ni. dah lama tak travel jauh. Rindu zaman muda-muda. Travel ke Cameron, ke Langkawi, Ulu Yam. Sekarang semua sudah sibuk bekerja, sibuk dengan hal family masing-masing yang menuntut perhatian lebih, sibuk dengan suami.


ke cameron tahun 2008 dengan wina (masih single time tu), sue dan noha

Tak dinafikan, bila ada kawan yang sudah bekeluarga, beransur-ansur, Jalan cerita hidup kawan yang belum berkahwin juga boleh berubah. Tak banyak, mungkin sikit terkesan juga. Paling mudah, dulu bila keluar, kami akan cuba untuk tidak bawa BF memasing. Kalau boleh biarlah Girls day out only.

dengan myza dan marissa- lets gossip-gossip

Boleh gossip, sembang lama-lama, shopping tanpa risau si dia keseorangan. Bila bersuami, mestilah dia dibawa bersama. Kami yang belum bersuami mestilah rasa err sedikit tidak best. Jadi, akhirnya jarang la dapat jumpa. Bukan lagi jarang, dari hari dia kahwin belah lelaki (awal bulan 6), sampai hari ni, bulan 10 saya tidak jumpa dia. walhal territory rumah kami adalah Shah Alam. Noha dan myza, adalah juga kami berbuka bersama. Seronok dapat lepak sama. Jadi, harapnya trip ke Kemaman ni dapat mengembalikan keremajaan kami. Haha.

Sekarang saya sudah redha dengan kawan karib yang akan meninggalkan zaman single. Sudah faham, keakraban tidak akan jadi seperti dulu lagi. Saya dah okey dengan itu. janganlah berjanji takkan berubah. Semua manusia berubah, setiap detik.
bersama nurul di Danga Bay
Saya pun sedang cuba merangka plan 5 tahun akan datang. Hehe. Menarik jugak plan tu. tapi risau pulak mak saya mengamuk. Hahaha. Antara plan terbaik adalah memiliki apartment sendiri tahun depan. Syoknya. Boleh gubah-gubah ikut suka hati sendiri. Nak cat kaler merah, purple atau hijau pun tak da orang kesah. Lain-lain, insyaAllah menamatkan zaman bujang, kalau ada jodoh la. thee..;P




















No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin