Monday, October 25, 2010

Personal Taste



Sekarang sedang menekur (dah habis sebenarnya) pada Personal Taste, lakonan Lee Min Ho (Boys Over Flower) dan Son Ye Jin. Suka. Rasa happy je. walau ada la juga rintangan dan masalah, tapi ia nya seimbang. Sungguh la, resepi cerita Korea ni susah nak difahami. Jalan ceritanya kadang-kadang berat, kadang-kadang sangat ringan. Kepala pun ringan je bila tengok. Senyum je, bila dorang dalam cerita tu happy. Dan happy nya tak perlu dizahirkan dengan keterlaluan. Benda yang kecil-kecil pun boleh membuatkan saya tersenyum senang dan geli hati. Benda yang sikit punboleh buat hati berat dan menangis mengalir- ngalir air mata. Isk. tapi biasalah,s ampai episod ke 11, dah start kesedihan.. adui..isk.


Suka tengok lakonan Lee Min Ho dalam ni. bertambah matang. Sangat berharap dia aka nada dram seterusnya. Sayang jika bakat yanga da di biarkan macam tu sahaja.

Sunday, October 24, 2010

Kemaman Trip.sahabat.precious


Alhamdulillah. Selamat pergi ke Kemaman, dan selamat pulang pada hari Sabtu malam, last week. Penat, tapi puas hati dan seronok. Berbaloi. Benarlah bagai dikata, sahabat itu menyenangkan.


Bertolak dari opis jam 1 tengahri, dan keluar ke Tol G0mbak dalam 1.45 petang, berhenti sekejap di hentian Maran mencari makanan dek kelaparan dan panadol. Selamat sampai di Hotel Chukai Utama dalam pukul 5 petang. Perjalanan yang jauh. Tapi tak la memenatkan kaki saya. Huhu. Nuha yang guide kami ke hotel. Check in dan bersihkan diri dan solat jamak Takhir, update sikit-sikit perkembangan diri. Kemudian bergerak ke rumah Nuha, sebab dah janji untuk menghulurkan bantuan di majlis abang nya. Pack kan baulu kecik-kecik ke dalam plastic dan goodie bag. Potong nanas yang aduhai lembapnya la kami buat. Hahaha. Gila la, umur 26 tahun, tapi kami masih terkial-kial. Huhu. Kemudian makan nasi jap, then sambaing pack kan gula-gula pulak. Tengok orang pasang pelamin.


Balik ke Hotel sudah 10 malam. Mandi, dan solat dan tidur. Nak tidor ni, bermacam cerita keluar. Almaklumlah rasa cam dah lama tak jumpa Myza. Esok pagi, bangun pagi, siap-sap dan ke rumah Nuha lagi, untuk bantu apa lagi yang belum siap. Sempat jugak kami breakfast nasi dagang. Erm, not bad la. Tak manis pun, pedas ada la.. sedap. Sampai umah nuha dah kul 9 pagi, kami potong bawang, tomato, lada dan segala apa yang orang nak kami mayang. Gelak-gelak dan bercerita sampai ada makcik jelling-jeling kitorang, isk. Sorry makcik. Terlupa lak ni kampung. Dah la kami dengan ranggi pakai baju lengan pendek dan berseluar jeans. Tapi kami rajin ok. Walau kami duk KL, kami masih boleh berlengas di dapur. Sampai sekarang tangan bau bawang lagi. Huh. Kerja keras sungguh.


Dalam kul 11 lebih, kami balik ke hotel untuk bersiap-siap dan melawa dan check out. Datang semula dalam kul 12.30. tunggu la sampai pengantin sampai. Hijau je saujana mata memandang.


Pukul 2 lebih, bila dah dapat tengok pengantin, kami pun minta diri. Nak blah ke KL. Almaklumlah, kami orang jauh. Sebelum masuk Lebuhraya PAntai Timur –Jabor, kami singgah la nak beli keropok lekor. Cis, kakak penipu. Jual kerepok lekor seringgit, biasanya 70 sen je. puas minta kurang, tak nak bagi juga. Dia kata standard price. Jelling-jeling gak kiedai sebelah, tapi sempat jugak dia cakap, harga sini semua sama je dik. Akak buat yang ni besar, tu yang jual seringgit. Ikan banyak. Adeih, beli jugak la.s ebab dah panas terik gila, tak mampu berfikir dah. Minta free barang pun tak bagi, nak minta free sos pun kedekut. Padahal dah beli banyak tu. geram betul. Tak pe la, rezeki dia, kalau dia menipu, memang dilaknat di akhirat la.


Walau panas, sempat juga kami lepak makan sata kat tepi laut. Huhu. Tapi Myza dan Marissa tak makan sata. Ceh. Kalau makan ramai-ramai barulah syok. Makan plak panas-panas dengan otak-otak sekali, masyuk jee. Nak mandi laut tak kesampaian sebab panas nya ya Rabbi, tersangatla panas.


Gerak balik ke KL, Alhamdulillah selamat sampai dalam kul 7.30 malam. Penat, tapi berbaloi dapat spent masa dengan sahabat-sahabat. Dapat mennunaikan permintaan sahabat untuk ke majlis abangnya. Dapat berkongsi segala cerita duka dan suka. Its such a lovely moments. We share, we learn the lessons, we support and we comfort each other. May happiness belongs to us.

Saturday, October 23, 2010

TAP from Bank Islam


Apa itu TAP? TAP bermaksud Transact at Palm. Apa yang ditawarkan dari Bank Islam? Lakukan transaksi Internet Banking memalui Handphone anda!

Apa yang Internet Banking @ BIZ Bank Islam boleh lakukan?

Boleh Topup, bayar bill, check baki, check latest transaction, fund transfer.



Namun, jika anda berada di kampung, tiada talian internet, dan anda nak topup, atau nak buat pembayaran bil secepat mungkin. Bagaimana?

Handphone ada, coverage ada, walau tiada GPRS atau 3G (almaklumlah, duk kampung kan). Duit dalam akaun Bank Islam ada.

Jadi, lakukan lah melalui handphone anda! Menggunakan servis terbaru dari Bank Islam, TAP.

Walau tiada kredit, tetap boleh dilakukan sebab caj dikenakan ke atas akaun Bank Islam, bukan ke atas bill/ prepaid and. Menarik kan?



Apa perlu anda buat, mudah sahaja.

Sudah ada akaun Bank Islam? Sudah ada, bagus. Belum ada, sila buat ye. Deposit permulaan RM20 sahaja, tak seperti bank lagi sampai RM250 untuk buka akaun.


Daftar untuk Internet Banking juga, percuma sahaja.


Daftar juga untuk perkhidmatan SMS, apa sahaja transaksi berlaku, duit masuk, duit keluar, akan dihantar SMS, supaya kita sedar duit kita ke mana. Jangan risau, boleh buat pilihan, berapa jumlah untuk dapat notification. Takkan lah RM1 masuk pun, nak kena notify kan. Isk.


Kalau ada Akaun Tabung Haji, juga boleh link kan, agar senang untuk deposit ke akaun TH, melalui transfer dari Bank Islam sahaja.


Kemudian, daftar TAP pula. Oh, caj RM8 sahaja setahun. Anda akan dapat satu kad, ala-ala macam Sim Card, dipanggil mPOD. Tapi sangat nipis, seperti filem. Keluarkan SIM Card dari handphone, beri kepada Pegawai Bank Islam. Dia akan selitkan mPOD di belakang SIM Card, dan masukkan sendiri ke handphone anda. Almaklumlah, anda lagi tahu perangai handphone anda kan. Jangan risau, mPOD dan SIM card akan berpadu sekata, dan muat ke dalam slot SIM Card anda.


On semula handphone dan tunggu beberapa ketika. Anda akan dapat notification SMS untuk pin number. Simpan.


Kemudian, cuba cari di mana letaknya Ikon Bank Islam tersebut. Macam Maxis, ada dalam Easy Access. Celcom pula dalam folder Celcom atau SmartSim. Lain-lain punya Telco, belum berpengalaman lagi.


Bila masuk dalam ikon Bank Islam tersebut, akan diminta pin number sementara 4 digit (ada dibelakang starter Sim). Tukar pin baru. Kemudian, masukkan pula pin number yang diberi melalui sms tadi, 6 digit. Juga tukar, supaya lebih secured. Kemudian, setting nombor akaun dengan memasukkan nombor akaun. Sms notification akan diberi. Kemudian, boleh la bermula untuk buat pertanyaan baki, dan segala macam jenis transaksi. Untuk permulaan, 3 transaksi pertama akan diberi secara percuma. Namun, transaksi ke empat akan mula dikenakan caj RM030, ditolak melalui akaun anda.


Jangan risau tentang security, sebab ada dua jenis security di sini. Lagipun, Alhamdulillah, setakat ini Bank Islam tidak pula diancam masalah keselamatan seperti Maybank .


Menarik kan? Buat masa ini, hanya dimulakan di peringkat staff dahulu. Kemudian, baru akan diwar-warkan kepada customer Bank Islam. Jadi, nantikanlah kemunculannya..!


p/s: Selepas ni, bolehlah start business topup. hehe.


maklumat lanjut klik sini

‘cerai’ di Facebook

Rasanya bukan benda yang diperkatakan. Terlalu banyak orang mengatakan hal bercerai berai, bertalak, berputus tunang di Facebook.

Umum mengetahu, kita boleh link status kita sebagai ‘single’, ‘in a relationship- with who?’, ‘married- with who?’, ‘engaged- with who?’ and ‘its complicated’. Menjadi masalah dan menambahkan rasa annoying ada lah memain dengan status tersebut. Kalau benar sudah sungle kembali, ok fine. Doesn’t matter. Tapi mesti aka nada banyak comments, bawak bersabar, kenapa weh ko break up, sian nya, sedihnya, bolehla ngorat.. ok, boleh la buka Jalan untuk menjalin hubungan baru. Tapi kalau sekadar nak test power? Apa kes? Hanya kerana maslaah kecil, terus tukar status single. Suka sangat kononnya orang ramai komen. Memanglah realitinya tak break up lagi, tapi macam minta sangat je?? ornag asik duk hantar komen, lama-lama bila orang memperkatakan hal break up tersebut, jadi sunguh akhirnya. Pertukaran status itu satu niat. Niat dizahirkan di Facebook.apa yang dizahirkan di perkatakan. Kata-kata itu doa. Doa itu, jika Allah perkenankan? Tercapai sudha niat kamu kan?

Kalau setakat tukar status yang tenagh bercouple ni, boleh la terima lagi tahap mengadanya. Tapi ada yang bermain dengan status married? Sudha ada 2, tapi hanya kerana gaduh ngan suami malam tadi, terus tukar status single. Kenapa tak tukar kepada widow je? senang cerita, bila suami dah baca, terus kena cerai betul-betul. Padan muka, nak sangat.

Kadang-kadang wonder kenapa orang yang dah bertunang pun suka memain hal macam ni. nak dapat perhatian ke? nak test power, manalah tau kot bila putus tuning ada ramai yang cuba nak masuk line. Begitu kah? Kalau begitulah pemikirannya, ceteknya lah fikiran tu.

Walau hal cerai berai di Facebook ni tak la serius sangat, tapi sesungguhnya sangatla annoying buat kengkawan yang lain. Ok?

Monday, October 18, 2010

Cameron Highlands 2010 - Part 2

Hari kedua, bangun agak awal sebab sejuk. Huhu. Tapi, bestnya udara Cameron ni. nyaman je. sejuk ciptaan Allah ni sangat berbeza dengan sejuk aircond. Breakfast roti telur dan nasi goreng bodoh, tapi sedap. Makan rama-ramai, benda biasa pun rasa sedap je. kul 10 lebih, kami meninggalkan apartment ke KAmpung Taman Sedia, tak jauh dari Tanah Rata, hamper sikit ke Brinchang. Ideanya dissini, setiap rumah ada tanaman strawberry sendiri. Ada perusahaan strawberry, dan anggur sendiri. Jadi, boleh buat muffin strawberry yang tak sempat diambil gambar nya, aiskrim yogurt yang so yummy! Dan juga scones.



Bergerak pula ke Taman Pertanian MARDI yang terletak di kawasan berhampiran Arabella Aprtment dan Hospital. Bestnya tempat ni. Cuma kena bayar sikit la. Untuk dewasa RM3, untuk pelajar RM1.50, untuk budak bawah 6, percuma. Since saya ada aterbawa kad matrik UIA, alang-alang la.. haha.


Kat sini ada bermacam-macam taman. Taman bunga, taman kaktus, taman apple, taman anggur, taman sayur-sayuran. Memang menarik. Apa lagi, sampai hang la handphone sebab asyik bergambar je.





Sebelum akmi turun, mesti la kena singgat di Tea House. Biasa mesti pergi BOH yang jalannya sempit gile nak mati jauh gaung tu. tapi kali ni, kami pergi Bhaarat Tea House. Macam biasalah, hara tea nya outrages sikit. So, kami pilih, Tea Masala. Sedap. Hangat. Rasa lada. Tapi sedap. Huhu. Tak trurn pun ke ladang the sebab dah penat. Tapi sempat lagi ambik gambar permandangan ladang teh.

Bergerak turun ke bawah dalam kul 1.30. berhenti lagi di Sungai Koyan untuk isi minyak kereta, dan isi minyak perut. Hehe. Sampai Jerantut, dalam kul 4. Penat. Kaki berdenyut jugak la. Sebab asyik berjalan dan bergambar dan bershopping. Tapi memang satu percutian yang berkualiti sebab adanya keluarga tu, rasa tak terbayar dengan apa sekalipun.













Friday, October 15, 2010

Ke kemaman

ouch! autodraft lagi.. OTW ke Kemaman di kala ini. for Nuha's brother wedding.. jauh berjalan memenuhi undangan. bila la dapat kenduri Nuha plak. hehe.
insyaAllah, will be back on Saturday.. jalan-jalan cari makang.. huh!

Thursday, October 14, 2010

another trip

Adoyai.. badan rasa seram sejuk ni. tolonglah jangan demam. Tolonglah. Ini mesti sebab baru balik dr Cameron. Ke sebab terover exercise semalam. Gara-gara takut tak muat baju pengapit bulan 11 nanti, terpaksalah bersenam terlebih, makan terkurang. Huhu.
Esok nak pergi Kemaman, insyaAllah. Abang Noha kawin. Dulu pergi Abang Marissa kawin, jadi turn Noha plak. Lagipun dah lama tak berjumpa kawan-kawan terbaik ni. dah lama tak travel jauh. Rindu zaman muda-muda. Travel ke Cameron, ke Langkawi, Ulu Yam. Sekarang semua sudah sibuk bekerja, sibuk dengan hal family masing-masing yang menuntut perhatian lebih, sibuk dengan suami.


ke cameron tahun 2008 dengan wina (masih single time tu), sue dan noha

Tak dinafikan, bila ada kawan yang sudah bekeluarga, beransur-ansur, Jalan cerita hidup kawan yang belum berkahwin juga boleh berubah. Tak banyak, mungkin sikit terkesan juga. Paling mudah, dulu bila keluar, kami akan cuba untuk tidak bawa BF memasing. Kalau boleh biarlah Girls day out only.

dengan myza dan marissa- lets gossip-gossip

Boleh gossip, sembang lama-lama, shopping tanpa risau si dia keseorangan. Bila bersuami, mestilah dia dibawa bersama. Kami yang belum bersuami mestilah rasa err sedikit tidak best. Jadi, akhirnya jarang la dapat jumpa. Bukan lagi jarang, dari hari dia kahwin belah lelaki (awal bulan 6), sampai hari ni, bulan 10 saya tidak jumpa dia. walhal territory rumah kami adalah Shah Alam. Noha dan myza, adalah juga kami berbuka bersama. Seronok dapat lepak sama. Jadi, harapnya trip ke Kemaman ni dapat mengembalikan keremajaan kami. Haha.

Sekarang saya sudah redha dengan kawan karib yang akan meninggalkan zaman single. Sudah faham, keakraban tidak akan jadi seperti dulu lagi. Saya dah okey dengan itu. janganlah berjanji takkan berubah. Semua manusia berubah, setiap detik.
bersama nurul di Danga Bay
Saya pun sedang cuba merangka plan 5 tahun akan datang. Hehe. Menarik jugak plan tu. tapi risau pulak mak saya mengamuk. Hahaha. Antara plan terbaik adalah memiliki apartment sendiri tahun depan. Syoknya. Boleh gubah-gubah ikut suka hati sendiri. Nak cat kaler merah, purple atau hijau pun tak da orang kesah. Lain-lain, insyaAllah menamatkan zaman bujang, kalau ada jodoh la. thee..;P




















Cameron Highlands 2010 - Part 1

Seronoknya bercuti di Cameron Highlands. Lagi seronok sebab dapat bersama-sama keluarga tersayang. Lagi-lagi sebab dua keluarga sekaligus. Memang happening!

Bertolak dari Jerantut seawal 9.30 pagi (awal la sangat, padahal janji kul 9). Melalui Jalan Tembeling, kemudian Mela, Kuala Lipis, berhenti di Sungai Koyan, dan masuk ke perkampungan orang asli, dan sampai ke Ringlet. Dan akhirnya sampai ke Tanah Rata. Saya tak pernah memalui Tanah Rata, tak sangka pula, tempatnya lagi happening. Check in di Alina Apartment 3 bilik, dan 2 bilik air, berharga RM250 semalam, memang berbaloi-baloi. Apartment ni hanya untuk Muslim sahaja, jadi terjamin la segala peralatan memasak. Bukan apa, banyak apartment lain seperti Arabella, tapi cuak la. Apartment Alina ni, siap dengan rice cooker, pinggan mangkuk, peti ais, kuali dan cerek. Memang bestla kalau dapat memasak. Huhu. Cuma kena bawak la brg2 seperti minyak dan sabun mandi dan ubat gigi. Lain-lain semua ada, siap ada extra mattress lagi. TV pula ASTRO ok.

Makan tengahari di apartment, dan solat dan berehat sebentar bersama Kit Kat, kami bergerak berjalan berkereta ke Rose Valley. Huih. Lenguh kaki asik bergambar dan berposing. Rose Valley ni terletak atas dari Brinchang. Dekat dengan Tringkap.

Kat sini, cubalah jangan beli jagung atau Jambu Epal, sebab sangat lain harga dengan di Brinchang.

Kemudian kami ke Raju’s Strawberry. Ni tempat wajib. Walau aiskrim nya agak mahal, tapi sedap dengan strawberry puree nya. Isk. Telan air liur plak.

Kemudian, tak jauh je dari Raju, ada Kea Farm. Park kete, kemudian Jalan. Adeih, masa ni asik terpikir senarai barang yang dipesan oleh orang opis je.. huhu. Keledek, jagung strawberry gemuk. So,lepaskan mak dan adik-adik dan makcik untuk terus berjalan. Makan keledek manis panas-panas, sedap sangat. Makan la juga jagung manis yang dibakar atau direbus. Sedap sangat. Jagung nya cantik sangat. Ada yang jual 9, 10, 12 atau 15 tongkol untuk RM10. Pandai-pandaila memilih. Strawberry juga ada bermacam harga, rupa dan ragam. Ada yang Nampak gemuk di atas, rupanya kecil2 dibawah. Isk, kena tipu. Jahat.

Habis bershoping, gerak pulak ke Pasar Malam Brinchang. Bermacam benda ada dijual di sini. Saya beli pudding Strawberry, sedapnya. Tak sempat nak ambik gamabr, habis lahap. Haha. Cuma tak jumpa aiskrim strawberry home made. Cari jem strawberry yang homemade dan juga tea flavored. Oh, semestinya tea strawberry, tapi tak rasa lagi. Beli juga Tea tarik strawberry. Harum je bau dia. bau strawberry.


Sampai di apartment, semua orang kepenatan. Tapi, sempat lagi masak dinner, makan-makan. Lepak, berborakborak. Penat, tapi seronok sebab dapat mengumpul cerita bersama sepupu. Walau jarak dalam 7 tahun, tapi saya rasa muda je, ok.

hari kedua.. next la

Tuesday, October 12, 2010

ouch! Rozita che Wan



Dulu minat juga kat minah ni. sebab dia cantik. Sangat suka tengok dia dalam Diari Ramadhan Rafique. Polos je. make up pun tak heavy. Tak der make up 3 inchi, dengan blu mata palsu macam unta di padang pasir, tak der rambut sanggul besar-besar, tiada anting-anting sebesar hula hop atau seperti lampu chandelier di rumah mak datin. Simple. Tapi cantik sangat. Rasa dia lah melayu paling cantik.


Kecantikkannya di puji-puji. Assetnya di perkatakan. Entah mengapa, sejak dari hai itu, menjadi-jadi pulak cara pemakaian nya. Dress labuh dengan purdah, sudah cantik. Namun dirosakkan dengan skirt sependek lutut (atau peha?). aduh. Teruknya. Fesyen nya sekarang hanya skirt. Skirt kembang, skirt pendek, semua disauknya. Kalau pun sikirt tu labuh (paras lutut), baju diatas nya pasti ala-ala untuk menonjolkan asset kembarnya itu.

Tengok cover EH! Bulan Oktober ni? tengok dia sebagai cover, teringin juga nak beli. Angkat sikit dari rak kedai mamak tu. aduh! Dress pendek off shoulder berwarna pink. Cuma cukup-cukup tutup kembar nya dan sedikit peha montoknya. Terus padam niat nak beli. Sebab kecewa sangat. Sebelum ini, gambar ersebut sekadar berada dalam majalah. Cover, rasanya masih mampu dipandang. Tapi kalau baju sekerat tu boleh dijadikan sebagai cover, apa jenis manusiakah Rozita ni? cover Cosmopolitan yang ada artis Hollywood pun tak seteruk itu pakaian nya. Bayangkan, betapa malunya saya yang bertudung ni nak baca EH! Yang ber coverkan ala-ala separa bogel itu. Tak tahu malukah? Walau tak malu pada orang sekeliling (yelah, sebab awak artis jelita kan), malulah pada anak-anak awak yang dah besar panjang tu. sudah masuk asrama penuh di Kuantan pun.


Wahai Rozita, kecantikan tu anugerah Tuhan. Namun ada sesetengah anugerah Ilahi itu, perlu disimpan rapi. Bukan makin dperkatakan, makin galak di tunjukkan. Anehnya manusia cantik ini

Saturday, October 9, 2010

Happy Weekend

Ops! Autodraft ye.

Kami dah berada di Cameron Highlands.. nanti akan di upload cerita dan gambarnya. Happy weekend.

Thursday, October 7, 2010

bizi.dizzy.i like it

Minggu ni tersangat la sibuknya. Hari selasa balik kerja 10malam sebab berada dicawangan untuk installation device baru. Huh. Dengan jammed nya. Rasa nak gigit-gigit je strereng kereta. Dah habis CD Korea dalam kereta tu nyanyi.

Rabu malam juga, sangat bz dan penat gila. Pas habes keja, sampai umah dalam 7.20, mandi, terus saya buat kek batik 2 adunan untuk majlis raya opis saya hari ni. saya rush gile, siap kul 8. nasib baik ok kek tu. Dahla ada orang mengidam nak makan. Kesian pula, walau bukan mengandung. Huhuu.

Pukul 8 je, terus saya bekejar ke KL, since ayah ada kursus di KL. Dari tengahari call saya dan ain, tapi kami amat-amat sibuk nak melayan nya.. huhu. Tapi sampai rumah kul 7.20 malam tu, baru sedar, apalah sangat penat, kalau ayah seorang pun tak boleh layan.. isk. kang sedih plak, time mak saya datang, kitorang layan. time dia, kitorang semua bz. Bawak la ayah ku itu pergi makan Pizza Hut, kul 10 gerak balik. gile penat. sampai umah kul 10.30, saya buat plak cupcake. pergh, sambil buat keje opis, sambil siapkan cupcakes tu. kul1 lebih baru dapt tido.. nasib kerja sempat habis, untuk jamuan pun sempat siapkan.

Bila beres semua benda, terasa lega.

Lega dapat tunaikan tanggungjawab sebagai anak.

Lega dapat tunaikan permintaan kawan yang teringin sangat nak makan kek batik.

Lega dapat tunaikan tuntutan kerja yang mana diperlukan untuk kegunaan cawangan.

Huh. Lega. Walau penat, tapi berbaloi bila ayah saya happy dapat lepak ngan anak perempuannya makan pizza, happy tengok kawan saya tu melahap kek batik (hehehe), happy cupcake saya licin dan dikomen baik punya, happy bila orang cawangan mampu meneruskan rutin di cawangan.

Penat, tapi saya gembira dapat buat apa yang saya suka. Saya suka bila orang suka dengan apa yang saya buat.

Oh, esok saya akan balik kampong! Seronoknya! Gila happy macam duk Korea, kan Wada? Haha. Adahal duk KL je pun, balik konpem tiap-tiap bulan. Tapi lately dah rindu mak sangat. Time goreng mee pun,dengar bunyi kuali, terus rindu mak. Saya dan Ain nak bawak family jenjalan di Cameron Highlands. Yippi. Ain sponser apartment. Saya, duit minyak dan makan. Bawak dua family. Ok, nanti sambung cite. Cuma nak bagitau, next week pun akan bercuti lagi ke Kemaman, sebab ada wedding my best friend. Err..best friend kawin. Hehe. Then,balik dari kemaman, ada wedding orang bank pulak. Tak pergi nanti, ecik hati. Geng kamceng bila buat training.. huhu.

Kemudian, ada dua minggu untuk relaks before Nurul’s wedding. Oh, baju kawin nya saya belum cari.. isk.

Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain


Start kerja hari ini dengan lagu-lagu dari Maher Zain. Sudah agak lama dengar tentang dia ni. namun entah kenapa, keraskan hati. Tak mau dengar lagu nasyid. Ada juga dengar dari Mp3 adinda ema, hati terusik. Tapi masih keraskan juga. Tebalnya hitam di hati. Haih.


Namun, download juga lagu-lagu Maher Zain. Save di handphone. Dengar di office. Lagu pertama dan kedua, masih bertahan. Entah kenapa, bila tiba lagu InsyaAllah, hati rasa disiat-siat. Rasa kecilnya diri ini. Allah member bermacam nikmat, namun kenapa masih lalai untuk melahirkan rasa syukur itu. Liriknya dalam bahasa inggeris. Namun dalamnya menusuk kalbu. Dalam bahasa yang biasa, bukan berbunga-buga, Maher menajak kita berfikir sekejap, banyaknya Allah bagi, namun kenapa masih tak Nampak. Tak perlu berfikir panjang, boleh dilihat segenap ruang udara, semuanya dari Dia. kembali kepadaNya, dan Insya Allah, segalanya akan kembali tenang. Aduhai hati. Sedihnya dengan diri sendiri.


Alhamdulillah juga mengajak kita memuji Allah, kerana hanya Dia yang selayaknya. Bukan orang lain. Dia yang member segalanya. Kekayaan, rezeki, wajah yang cantik.


Hati, tetaplah dikau di Jalan yang benar. Luruskanlah Jalan ku.


Jangan terkejut, dalam album maher juga ada lagu Hindustan. Featuring. Dengan saper, tak berapa confirm. Memang menarik dan buat hati tersentak dan berfikir.

Tuesday, October 5, 2010

Cantik itu menakutkan II

Bermacam cara manusia buat untuk cantik. Cantik itu perlu. Sebab orang pandang orang yang cantik je. Orang bagi kerja pada orang yang cantik je. Orang layan baik pada orang yang cantik je. Lelaki mahu mengorat perempuan cantik je. Perempuan mahu layan lelaki yang handsome je. Sakit, tapi benar.

Kurus itu cantik. Putih itu cantik. Rambut lurus itu cantik. Hidung mancung itu cantik. Bulu mata lebat dan lentik itu cantik. Pakai baju ikut badan yang slim itu cantik.

Semua orang nak cantik. Justeru, bermacam cara dibuat untuk cantik.

Make up - seharusnya. Siapa yang tidak pakai bedak walau bedak bayi sekalipun? Mesti pakai juga kan? Bezanya Cuma tebal atau nipis. Make up ala Diva atau ala nude. Mascara untuk bulu mata Nampak Panjang macam unta padang pasir, blusher untuk Nampak ayu. Hehe. Saya juga make up. Ala diva ke? Entah..

Slimming centre - ramai yang pergi kan. Berhasil atau tidak, tepuk dada Tanya berat badan. Seriously, untuk long term slimming centre bukan caranya. Berhabis duit, pasti. Makan disekat, pasti. Tidak ada slimming centre yang tidak menyekat pelanggannya dari makan. Mesti ada. Gambar di majalah dan di poster, banyak diedit. Perhati betul-betul dibahagian pinggang dan punggung. Boleh Nampak cacat potong gambar nya. Gambar sebelum dan selepas di ambil pada hari yang sama. Diberi baju besar, digemuk kan dengan photoshop. Kalau ada yang real pun, pasti diambil ketika baru bersalin. Serious, baru bersalin siapa yang terus kurus seperti sebelum kahwin?

Liposuction - kalau saya banyak duit, nak juga buat. Hehe. Namun mendengar berbagai kisah kematian ekoran dari liposuction ni buat terpikir sendiri, kalau lepas lemak disedut, kemudian mesti bahagian tersebut menggeleber kan? Isk. Buruknya.

Pembedahan plastic - potong lemak, buat hidung bagi mancung, buat mata bagi besar sikit. Isk. Best la juga. Dapat muka yang kita nak, badan yang kita nak. Macam cerita 200 Pounds Beauty tu. 100% berubah. Bila wajah berubah, perangai pun berubah la ye?

Kadang-kadang saya terpikir, ada sesetengah pasangan sanggup mendedahkan badan pasangan untuk tontonan awam. Tidak suka pasangan nya menutup aurat atau lekuk badan yang seharusnya esklusif untuk dirinya. Kalau berpakaian, biarlah mengikut badan, pakai baju besar sikit dari saiz badan tak lawa. Hodoh. Macam budak kecil. Alahai, kalau pasangan menutup aurat, awak dapat pahala juga kan? Dan kalau dia buka auratnya sebab kamu, baguslah, share la saham masing-masing ye.

Benarlah, cantik itu menakutkan.

Sunday, October 3, 2010

Cantik itu menakutkan

Dia seorang yang halus budi pekertinya. Wajahnya gebu. Nak dikatakan cantik, biasa-biasa sahaja. Tutur kata nya bagus. Dengan orang tua, dia pandai menyusun kata. Dengan sebaya, ramah bergurau senda. Sendanya disulam nasihat. Berunsur keagamaan. Tubuhnya berisi. Namun kebaikan hati dan tindak tanduknya yang molek membutakan sifat fizikal nya. Andai berjumpa dengan lelaki yang baik-baik, mahu sahaja dijodohkan bersama.

Hari berganti. Dia bercinta dengan seseorang. Kandas. Lantas ditunangkan dengan yang lain. Di minta putus dengan pelbagai sebab. Mungkin itu yang terbaik untuknya.

Tahun berganti. Tubuhnya sudah agak susut berbanding dulu. Di tanya rahsia. Pantas di cerita tentang segala yang dibuat dan segala bahan dan ramuan untuk badanya kini. Baguslah. Bagus juga untuk kesihatannya. Bimbang di hinggapi penyakit. Dalam rancak bercerita dan berdemonstrasi, lantas dibuka cerita hatinya sudah berpunya. Mahu diikat hujung tahun. Bagusnya. Dirisik pula siapa dan bila berjumpanya. Kenalan dari sekolah, namun hanya berjumpa semula ketika Ramadhan ini. Terus bersulam kasih, berjanji bagai mahu sehidup semati dan terpatri dialah yang Allah janjikan setelah 10 tahun dihimpit duka bercinta. Oh! Tidak terduga begitu cara pemikirannya. Apa tidak mahu diselidik apa benar pekerjaan nya sebegitu dan 7 tahun menghilang, kemana perginya?

Katanya, dirinya sudah cantik sekarang. Mestilah mahu yang cantik-cantik dan sepadan dirinya. Agak tergamam. Dia sudah tidak seperti dulu. Rancaknya bercerita tentang susuk badan dan lelaki idaman bak sudah lupa tudung besar yang melingkari mahkotanya. Bak sudah lupa, dia tidak seperti itu dulunya. Mahu bercerita tetang lelaki juga amat sukar. Nak memakai pakaian berliku badan juga tidak mungkin. Kini? Aduhai. Benarlah cantik itu menakutkan.

Friday, October 1, 2010

Nasi Ulam Pahang

“Kalau disebelah kelantan ada nasi istimewa mereka nasi kerabu. Tapi di sebelah Pahang (Jerantut, Lipis dan kaw. sewaktu dgnnya) ada juga sejenis nasi istimewanya iaitu Nasi Ulam. Biasanya nasi ini, istimewanya di sediakan diwaktu bulan ramadhan khususnya dan bila-bila waktu amnya. Penyediaan nasi ulam pahang ini biasanya di campur bersama bahan atau pucuk2 pokok pilihan dari hutan antara daun pucuk manir, pucuk sekentut, daun kunyit, daun kesom dan banyak lagi (bahan-bahan ini semuanya dimayang dan diracik halus) dan dicampur bersama ikan masin talang yang telah dibakar di mayang halus dan di gaul bersama nasi yang sudah dimasak.(sebaiknya nasi yang masih panas) dan dihidangkan.

Nasi ini sememangnya istimewa bukan sahaja enak tapi berkhasiat.”

Dipetik dari Pahang Community. Yang bawah ni saya punya cerita ye,

Nasi Ulam adalah makanan tradisional dan wakanan wajib ada ketika bulan puasa, espceially di kawasan Jerantut, Kuala Lipis, Raub dan sekitarnya. Bukan senang nak cari segala jenis daun dan ulam yang menjadi rencah utama Nasi Ulam ni. Daun-daun yang dapat tu akan dihiris sehalus dan senipis mungkin. Takkan la buat besar-besar pula, susah nak makan nanti. Selaun daun-daun, ada juga serai yang juga dihiris halus. Mahu merah jugak la tangan menghiris nipis segala daun-daunan tersebut. Ada juga lada hitam yang ditumbuk halus, buat berasa pedas. Juga ada kerisik yang bukan dibeli ye, tapi dibuat bermula dengan mengoreng kelapa sampaila menumbuk lumat..

Selain itu, ikan talang juga di tumbuk halus, daging bakar di siat-siat tidak terlalu halus, tidak juga besar gedabak, ayam panggang biasanya bahagian dada juga di siat nipis.

Kemudian nya, semua di gaul dengan nasi panas. Nasi sejuk tak sedap, macam buat nasi goreng je. Sape punya resepi ntah buat nasi ulam pakai nasi sejuk. Cis.

Biasanya kami juga akan buat gulai lemak cili padi ayam kampung untuk dibuat makan bersama dengan nasi ulam ni sebab nasi ulam tiada bahan berkuah. Bila di makan bersama, pergh! Rasa macam tak ingat dah sekeliling ni.

Resepi nasi ulam ni adalah tradisi dan khazanah berharga buat rakyat Pahang. Susah nak jumpa di tempat lain. Memang istimewa. Harapnya resepi ini disimpan untuk kegunaan kita di masa hadapan. Juga harap dapat belajar sebelum terlambat.

Hati-hati, sebab nasi ulam ni boleh buat badan panas. Mungkin sebab ulam-ulaman dan lada hitam. Jadi, minum air secukupnya.

Gulai lemak ayam kampung. nyum! nyum!

racik-racik serai.

sudah siap diracik halus


gaulkan



siap. sedapnya. nyum. nyum

harapnya tulisan ni akan jadi satu arkib khazanah berharga di masa hadapan.


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin