Monday, September 27, 2010

newly wed: Taufaq Akbar dan Intan Shakeyra

p/s: sangat suka gambar ini, sebab sangat ikhlas dan loving.

Selamat pengantin baru, sahabat! buat Taufaq Akbar Yahya, semoga menjadi suami yang baik kepada isteri kamu, Intan Shakeyra. semoga kamu beranjak menjadi yang lebih baik, agar masjid yang dibina kian utuh dan mampu berlindung dari malapetaka dan kecelakaan rumah tangga. tiada apa yang aku doakan, selain kebahagian kamu berdoa.

hadiah aku itu, ada maksudnya sendiri.

simpanlah segala kenangan manis kamu berdua dalam album yang biasa-biasa itu. semoga mampu membuat kamu berdua tersenyum menatapnya satu hari nanti. mungkin, ada kalanya kamu berdua bertegang urat, berpatah arang, renung kembali segala kenangan manis itu. ingat kembali apa yang membuat kamu berdua saling tertarik sehingga termetrai nya ijab dan kabul itu. sekeping gambar mampu memberi seribu cerita. mampu ditafsir seribu situasi. mampu menggambarkan perihal diri kita.

akhir kata, semoga berbahagia di dunia dan akhirat, semoga bahagia selamanya..

buat Inta, Taufaq adalah sahabat saya dari ketika berumur 13 tahun lagi. kami membesar bersama. baik buruk Taufaq saya dah faham, walau ramai kenalan yang menjauhkan diri. namun, Taufaq punya hati yang baik. jagalah Taufaq sebaiknya. tiada apa yang menggembirakn dia selain awak, Intan.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin