Monday, September 20, 2010

menjadi aku semula

Uh, cuba kembali kepada rutin harian sebagai diri saya yang sebenar-benarnya. Rutin macam masa di Wangsa Maju dulu. Rutin nya sangat simple dan menyenangkan dan menenangkan.

Pergi kerja dengan rasa seronok. Berborak dengan officemate, bercerita hal macam-macam. Tengok TV sambil gelak-gelak atau dengan penuh aksi. Layan cerita korea di hari minggu atau dikala bosan tak da cerita menarik pada malam-malam kerja. Bersenam sambil layan lagu-lagu kegemaran. Menonton wayang bersendirian sambil layan shopping. Berjalan satu OU sensorang pun ok. Makan di Subway sambil baca paper sensorang, no hal. Melepak satu hari pada hari Sabtu berseorangan di rumah, masyuk.

Serasa, saya nak lepaskan semua beban yang saya dengan rela hati pegang. Malas sudah nak berpikir pasal orang lain. Except untuk keluarga (tak boleh buat lewa oii). Jika mahu kerja, teruskan bekerja. Jika sudah tidak larat nak meneruskan, atau dapat better, off you go. Nak sambung study, juga tidak menghalang. Diminta nasihat, diberi secara percuma. Diminta pandangan, juga percuma.

Kenapa ye? Oh, sebab saya dah ada TV LG LCD 32” dengan mini home theatre LG dirumah. Yahoo. Hari-hari mendatang ku seperti berada di dalam taman bunga Bukit Cahaya Seri Alam ketika musim bunga. Berbunga-bunga. Nyah semua masalah. Datanglah kegembiraan...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin