Saturday, September 25, 2010

MAGIKA


baru sahaja selesai menonton MAGIKA tengahari tadi. sorang-sorang. sanggup tu. berbaloi tengok cerita ni. memang best sangat. huh. kalau la dapat jumpa adik beradik KRU ni memang nak tabik la. jalan cerita, bagus. pemilihan pelakon, bagus dan menarik . lagu, buat kaki ku mengikut rentak juga. CGI, buat terpegun dan menarik nya!

jalan cerita, malas nak cerita sebab boleh google dimana-mana, cuba disini. apa yang buat cerita cool gila, sebab mentaliti KRU yang cuba menononjolkan dan memperkenalkan dongeng Melayu kepada dunia. kepada generasi muda. kepada anak-anak kecil yang banyak tahu pasal Snow White dari Bawang Putih Bawang Merah, yang lagi tahu pasal Charlie Chaplin dari Pak Pandir dan Mak Andeh. Lagi tahu tentang Sleeping Beauty dari Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Mahsuri dan lagenda lain. lagi tahu tentang Dragon dari Naga Tasik Chini. tentang Incredible Hulk dari Badang, Angle yang terbang-terbang dari Bidadari yang turun mandi, Socreres Apprentice dari Nujum Pak Belalang, lagi arif tentang Fabtastic Four dari Tuah dan adik-beradik.. menarik kan dongeng dan hikayat Melayu kita?

paling menarik pengalaman tengok movie tadi, ada mak dan anak lelaki nya yang berbual tentang watak. dia langsung tak kenal walau seorang watak dari Magika tadi. aduhai, sayangnya khazanah berharga negara ini.

dalam filem ini, KRU banyak menerapkan nilai jangan bermain diwaktu senja kerna waktu senja kita adalah waktu pagi makhlus halus atau jin. juga mengajar, tolonglah jangan nakal seperti Malik. janganlah degil seperti Malik. berbuat baik la sesama adik beradik keran kita saling memerlukan. menariknya, bahagian ini diterjemahkan oleh KRU sendiri dengan menampilkan diri mereka sebagagai 'Pokok Tiga Beradik' yang boleh bercakap dan beremosi. menarik! tontonlah kerana ia adalah filem terbaik malaysia.


Join Facebook MAGIKA sekarang!

1 comment:

Tulip said...

yup....cerita yang menarik kan...saya pun suka sgt citer nie.....=D

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin