Thursday, September 30, 2010

Its not easy to earn respect



Betul.


Dalam bahasa ibunda, Bukan senang nak dihormati. Tetapi cukup senang untuk disukai, apatah lagi dibenci. Dihormati, adalah untuk jangka masa yang panjang. Disukai, mungkin ketika itu sahaja.


Hormat kerana dia orang atasan.


Hormat kerana dia orang tua dari kita. Umurnya lebih.


Hormat kerana tidak mahu bersikap tidak professional.


Hormat kerana pengalamannya.


Hormat kerana sikap dedikasi nya terhadap kerja.


Hormat kerana pandai menguruskan hal yang remeh, tapi leceh.


Hormat kerana dia menghormati orang lain.



Serius, adakalanya saya hilang hormat terhadap seseorang kerana perangainya/ atau attitude nya yang tidak elok. Sudah puas memberi ruang dan peluang, namun masih gagal menjadi seseorang yang layak dihormati. Akhirnya, kehilangan hormat dari orang bawahan. Namun, jangan risau, rasa hormat itu masih ada. Cuma mungkin berbeza perspektif.


Pernah dihormati, ketika zaman sekolah, ketika menjadi seorang Badan Wakil Pelajar (BWP) di MRSM. Bukan senang nak dapat jawatan itu, sebab memerlukan sokongan kawan dan juga rasa hormat dan kepercayaan dari rakan dans seisi sekolah. Bila sesuatu perkara buruk terjadi, rasa hormat akan hilang. dan lama untuk meraih kembali ‘hormat’ itu.


Saya pernah tidak dihormati. Langsung. Ketika menjadi pelatih di BNM. Serius. Dipandang seperti tiada apa-apa. Tiada apa-apa value untuk dihormati. Pendapat kami sebagai pelatih dilontar tepi, walhal kami menjadi pelatih atas dasar rela, bukan kewajipan UIA (ketika itu). Kami memerlukan nasihat, bimbingan dan pengalaman. Namun, tak dihormati langsung dikira sebagai pengalaman juga, mungkin. Buat la macam mana pun ketika itu, cubalah sedaya upaya untuk buktikan ‘anda boleh’, namun usaha dipandang enteng dan sinis. Sampai tahap, saya yang seharusnya turut serta ke Langkawi (tiket flight sudahdapat, ok), saya tidak dibenarkan pergi. Atas alasan, saya budak pelatih yang tidak tahu apa-apa. Kesudahannya, sampai sekarang saya hilang hormat kepada ketua jabatan tersebut. Sampai sekarang, jika saya Nampak nama dia dalam surat-surat kepada bank islam, saya akan ceritakan peristiwa tersebut. Bagaimana tidak matangnya dia dalam menangani budak pelatih. Bagaimana teruknya pandangan dia terhadap perbankan Islam di Malaysia, sebenar-benarnya.


Alhamdulillah, di Bank Islam, walau pendapat saya tidak digunakan, namun masih diterima dan dipertimbangkan. Masih dihargai. Dan itu buat saya hormat kepada mereka di sini. Menghormati mereka yang lain, sekaligus mereka dihormati.


Namun ada kalanya, hormat itu boleh hilang dek kerna onar yang dicipta sendiri. Percayalah, dengan mengeji dan menghina job scope orang lain tidak akan membuatkan orang itu dihormati, malah dibenci. Dengan memperlekehkan kerja mereka yang lain dan tidak memandang kerja sendiri, adakah akan berterusan menerima hormat. Orang mungkin takut, tapi hormat? TIDAK. Saya percaya, kita dibayar kerana kita ada kerja untuk dibuat. Jika dia tiada, kerja tersebut pasti terbengkalai. Walau dispatch sekalipun, jika dia tiada, siapa sanggup untuk menghantar mail untuk urusan segera? Manager kah? Tidak, kan? Jadi, cukup. Jangan perlekehkan kerja rakan yang lain. Tanpa orang bawahan yang buat kerja (yang Nampak mudah dan enteng), tak mungkin kamu (dan saya) akan dapat menyelesaikan sesuatu projek. Percayalah.



Ya, bukan senang nak dihormati. Tapi bila dapat dihormati, hargailah ia. Teruskan, dan perbaiki kekurang diri kamu (dan saya juga). Satu hari nanti, bila semua tidak hormat lagi, terbuang di tepian longkang, baru terngadah. Hidup umpama roda. Hari ini mungkin kita sebagai Penolong Pengurus atau Pengurus Besar, hari esok? Atau tahun depan? Hanya Allah yang tahu. Mungkin mereka yang pernah kita kutuk kerjanya akan menjadi superior kita, atau mungkin superior anak kita. Dan ingatlah, balasan Allah itu perlbagai. Tidak pada kita, pada anak-anak kita.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin