Tuesday, September 7, 2010

Iftar di Restoren Puteri milik Rubiah Suparman

Ramadhan 27, kami di jemput mewakili Bank untuk berbuka puasa dengan Vendor Silverlake. Ramai sangat yang tak dapat menghadirkan diri. Almaklumlah, anak-anak yang duk asrama dah balik, anak-anak dah cuti sekolah, mestilah nak berbuka bersama dan tidak mahu ketinggalan terawih sepuluh terakhir ini. Jadi, selepas dipujuk2 ( kena pujuk ke? macam kena peril ‘anti sosial’ je..), so saya dan miss M pun setuju menemankan kawan kami, Ram. Restoren yang dipilih, Restoren Puteri, mlik bekas pelakon terkenal Rubiah Suparman yang terletak di Sungai Penchala. Kalau dari Bukit Damansara, ambil Penchala Link, bila keluar terowong, terus ambil kiri dan ke kiri lagi dan alert untuk ke kiri lagi dan selepas Nampak kedai jual kereta mewah, ke kiri lagi. Naik bukit. Dan tersergam satu banglo besar yang diberi nama Restoren Puteri.

Kami sampai awal. Almaklumlah, dekat sangat dengan office. Duk dalam kereta sekejap sementara menunggu Ram dna naik ke atas dalam kul 6.30 petang. 6.45 kami mula mengambil makanan.

Makanannya, sedap. Masakan kampung. Susah juga nak jumpa makanan kampung sedap dan berasa di KL ni. meja yang menyediakan makanan terbahagi kepada beberapa bahangian.

Meja utama: masakan kampung – Siput sedut gulai lemak, ikan tenggiri masak asam pedas, ketam masak manis, ayam berempah, kerabu perut, kerabu mangga, kangkung masak belacan, ulam-ulaman dan beberapa lauk lagi yang saya tak kenal. Hehe

.


Meja dessert : Lompat tikam ( sedapnya!), bubur caca, bubur pisang, pudding caramel, buah Melaka, erm.. dah lupa dah.

Lain-lain: ada cendol, ABC, murtabak daging nya yang sangat sedap, murtabak ayam, roti jala, mee rebus, laksa johor, mee goreng, kuew tiow goreng, daging salai bakar, ikan bakar.. fuh!

Menariknya restoren ni sebab ada banyak gambar-gambar ‘orang lama’ yang pernah dan amsih menjadi pujaan satu Malaya. Cantiknya orang dulu-dulu.. tak perlu make up tebal-tebal, pun dah lawa. Manis je.

Cumanya, bila nak turun dari Restoren tu, kena turun tangga. Bergelap plak. Isk, bahaya betul. Dah la hujan gerimis, kut terjatuh, naya je tak dapat raya.. tiang lampunya ada, Cuma tidak terpasang lampunya.. walau apa pun. Best la. Thanx. Tak sia-sia datang melantak. Hehe.

p/s: yang datangnya 11 orang, yang berbuka puasa nya hanya 5 yang Melayu dan Islam.. J

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin