Saturday, September 25, 2010

Hadiah yang terbaik untuk mereka yang terbaik

Dua sahabat bakal menamatkan zaman single mingle September dan November ini. Keduanya meminta untuk jadi Made of Honor. Heh. Yang dibulan November, bolehla di perkenankan. Yang September? Mahu jadi Made of Honor untuk isterinya? Isk. Tak senonoh plak. Mestilah perempuan itu tak mahu, lagi-lagi disangka aku ni tergilakan bakal suaminya yang aku kenal dari umur 13 tahun lagi tu. oh, please. Sila tanya kengkawan yang mengenali kami since 13 tahun, since 1997, takkan ada nya perasaan itu. Luar dalam, aku kenal siapa dia. hajat hati, sahabat tu mahu aku berada ketika nikahnya. Namun terpaksa dibatalkan sebab bakalnya tidak mahu. Terus rasa hati berbolak balik mahu ke majlis sandingnya. Sumpah. Hati dah tidak segembira dulu. Dikhabarkan pada BF, terus tidak dibenarkan pergi sebab mungkin mengakibatkan pengantin perempuan tarik muka. Huh. Susah hati dibuatnya.

Lagi difikir, hadiah apa yang terbaik boleh diberi kepada mereka yang terbaik dalam hidup aku ni? isk. Mahu member sesuatu yang ikhlas dari hati, bukan kerana terpaksa beri. Dan malangnya, susahnya nak mencari hadiah itu.. haih.

Untuk si November, mari saya temankan kamu 3 hari 3 malam sampai kamu sah jadi isteri orang ye. Kira hadiah la ye. Haha.

Untuk si September, aku akira kau sudah selamat menjadi suami kekasih kamu tu. tahniah.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin