Sunday, September 5, 2010

aduhai driver

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling menyakitkan hati?

Bila orang potong barisan. Adui. Sedap-sedap je lalu di Emergency Lane, sampai depan begging nak masuk. Bencinya! Rasa nak keluar dari kereta dan hempuk je kepala driver tu ngan handbag.

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling menjengkelkan?

Bila manusia yang juga driver tu membunyikan hon bertalu-talu. Bunyikan hon sekali cukupla untuk mengatakan ‘Awak memandu dalam keadaan merbahaya’. Ni tak bertalu-talu macam nak minta driver yang buat salah tu berhenti dan melutut minta maaf. Huh, annoying. Kami, driver yang lain pun benci dengar hon yang bertalu-talu tu.

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling merbahaya?

Bila dengan selamba ke kiri atau ke kanan tanpa memberi signal. Selamba badak je ko gerak dari lane kanan ke kiri , dari lane Smart TAG ke lane Tunai. Amboi-amboi, en SAGA hitam. Ko ingat tak de kereta ke kat area tol Penchala Link tu? tiap-tiap hari bertemu kau dan tiap-tiap hari gak terpaksa menyumpah bodoh dan berdoa semoga kau accident sekali dek kerna perangai kau tu. semoga insaf selepas accident. Huh. (tak baik nya mendoakan keburukan orang). Tapi, bahaya sangat pemanduannya. Boleh buat orang yang tidak bersalah terbabas.

Huh.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin