Thursday, September 30, 2010

Its not easy to earn respect



Betul.


Dalam bahasa ibunda, Bukan senang nak dihormati. Tetapi cukup senang untuk disukai, apatah lagi dibenci. Dihormati, adalah untuk jangka masa yang panjang. Disukai, mungkin ketika itu sahaja.


Hormat kerana dia orang atasan.


Hormat kerana dia orang tua dari kita. Umurnya lebih.


Hormat kerana tidak mahu bersikap tidak professional.


Hormat kerana pengalamannya.


Hormat kerana sikap dedikasi nya terhadap kerja.


Hormat kerana pandai menguruskan hal yang remeh, tapi leceh.


Hormat kerana dia menghormati orang lain.



Serius, adakalanya saya hilang hormat terhadap seseorang kerana perangainya/ atau attitude nya yang tidak elok. Sudah puas memberi ruang dan peluang, namun masih gagal menjadi seseorang yang layak dihormati. Akhirnya, kehilangan hormat dari orang bawahan. Namun, jangan risau, rasa hormat itu masih ada. Cuma mungkin berbeza perspektif.


Pernah dihormati, ketika zaman sekolah, ketika menjadi seorang Badan Wakil Pelajar (BWP) di MRSM. Bukan senang nak dapat jawatan itu, sebab memerlukan sokongan kawan dan juga rasa hormat dan kepercayaan dari rakan dans seisi sekolah. Bila sesuatu perkara buruk terjadi, rasa hormat akan hilang. dan lama untuk meraih kembali ‘hormat’ itu.


Saya pernah tidak dihormati. Langsung. Ketika menjadi pelatih di BNM. Serius. Dipandang seperti tiada apa-apa. Tiada apa-apa value untuk dihormati. Pendapat kami sebagai pelatih dilontar tepi, walhal kami menjadi pelatih atas dasar rela, bukan kewajipan UIA (ketika itu). Kami memerlukan nasihat, bimbingan dan pengalaman. Namun, tak dihormati langsung dikira sebagai pengalaman juga, mungkin. Buat la macam mana pun ketika itu, cubalah sedaya upaya untuk buktikan ‘anda boleh’, namun usaha dipandang enteng dan sinis. Sampai tahap, saya yang seharusnya turut serta ke Langkawi (tiket flight sudahdapat, ok), saya tidak dibenarkan pergi. Atas alasan, saya budak pelatih yang tidak tahu apa-apa. Kesudahannya, sampai sekarang saya hilang hormat kepada ketua jabatan tersebut. Sampai sekarang, jika saya Nampak nama dia dalam surat-surat kepada bank islam, saya akan ceritakan peristiwa tersebut. Bagaimana tidak matangnya dia dalam menangani budak pelatih. Bagaimana teruknya pandangan dia terhadap perbankan Islam di Malaysia, sebenar-benarnya.


Alhamdulillah, di Bank Islam, walau pendapat saya tidak digunakan, namun masih diterima dan dipertimbangkan. Masih dihargai. Dan itu buat saya hormat kepada mereka di sini. Menghormati mereka yang lain, sekaligus mereka dihormati.


Namun ada kalanya, hormat itu boleh hilang dek kerna onar yang dicipta sendiri. Percayalah, dengan mengeji dan menghina job scope orang lain tidak akan membuatkan orang itu dihormati, malah dibenci. Dengan memperlekehkan kerja mereka yang lain dan tidak memandang kerja sendiri, adakah akan berterusan menerima hormat. Orang mungkin takut, tapi hormat? TIDAK. Saya percaya, kita dibayar kerana kita ada kerja untuk dibuat. Jika dia tiada, kerja tersebut pasti terbengkalai. Walau dispatch sekalipun, jika dia tiada, siapa sanggup untuk menghantar mail untuk urusan segera? Manager kah? Tidak, kan? Jadi, cukup. Jangan perlekehkan kerja rakan yang lain. Tanpa orang bawahan yang buat kerja (yang Nampak mudah dan enteng), tak mungkin kamu (dan saya) akan dapat menyelesaikan sesuatu projek. Percayalah.



Ya, bukan senang nak dihormati. Tapi bila dapat dihormati, hargailah ia. Teruskan, dan perbaiki kekurang diri kamu (dan saya juga). Satu hari nanti, bila semua tidak hormat lagi, terbuang di tepian longkang, baru terngadah. Hidup umpama roda. Hari ini mungkin kita sebagai Penolong Pengurus atau Pengurus Besar, hari esok? Atau tahun depan? Hanya Allah yang tahu. Mungkin mereka yang pernah kita kutuk kerjanya akan menjadi superior kita, atau mungkin superior anak kita. Dan ingatlah, balasan Allah itu perlbagai. Tidak pada kita, pada anak-anak kita.

Monday, September 27, 2010

newly wed: Taufaq Akbar dan Intan Shakeyra

p/s: sangat suka gambar ini, sebab sangat ikhlas dan loving.

Selamat pengantin baru, sahabat! buat Taufaq Akbar Yahya, semoga menjadi suami yang baik kepada isteri kamu, Intan Shakeyra. semoga kamu beranjak menjadi yang lebih baik, agar masjid yang dibina kian utuh dan mampu berlindung dari malapetaka dan kecelakaan rumah tangga. tiada apa yang aku doakan, selain kebahagian kamu berdoa.

hadiah aku itu, ada maksudnya sendiri.

simpanlah segala kenangan manis kamu berdua dalam album yang biasa-biasa itu. semoga mampu membuat kamu berdua tersenyum menatapnya satu hari nanti. mungkin, ada kalanya kamu berdua bertegang urat, berpatah arang, renung kembali segala kenangan manis itu. ingat kembali apa yang membuat kamu berdua saling tertarik sehingga termetrai nya ijab dan kabul itu. sekeping gambar mampu memberi seribu cerita. mampu ditafsir seribu situasi. mampu menggambarkan perihal diri kita.

akhir kata, semoga berbahagia di dunia dan akhirat, semoga bahagia selamanya..

buat Inta, Taufaq adalah sahabat saya dari ketika berumur 13 tahun lagi. kami membesar bersama. baik buruk Taufaq saya dah faham, walau ramai kenalan yang menjauhkan diri. namun, Taufaq punya hati yang baik. jagalah Taufaq sebaiknya. tiada apa yang menggembirakn dia selain awak, Intan.

Saturday, September 25, 2010

Hadiah yang terbaik untuk mereka yang terbaik

Dua sahabat bakal menamatkan zaman single mingle September dan November ini. Keduanya meminta untuk jadi Made of Honor. Heh. Yang dibulan November, bolehla di perkenankan. Yang September? Mahu jadi Made of Honor untuk isterinya? Isk. Tak senonoh plak. Mestilah perempuan itu tak mahu, lagi-lagi disangka aku ni tergilakan bakal suaminya yang aku kenal dari umur 13 tahun lagi tu. oh, please. Sila tanya kengkawan yang mengenali kami since 13 tahun, since 1997, takkan ada nya perasaan itu. Luar dalam, aku kenal siapa dia. hajat hati, sahabat tu mahu aku berada ketika nikahnya. Namun terpaksa dibatalkan sebab bakalnya tidak mahu. Terus rasa hati berbolak balik mahu ke majlis sandingnya. Sumpah. Hati dah tidak segembira dulu. Dikhabarkan pada BF, terus tidak dibenarkan pergi sebab mungkin mengakibatkan pengantin perempuan tarik muka. Huh. Susah hati dibuatnya.

Lagi difikir, hadiah apa yang terbaik boleh diberi kepada mereka yang terbaik dalam hidup aku ni? isk. Mahu member sesuatu yang ikhlas dari hati, bukan kerana terpaksa beri. Dan malangnya, susahnya nak mencari hadiah itu.. haih.

Untuk si November, mari saya temankan kamu 3 hari 3 malam sampai kamu sah jadi isteri orang ye. Kira hadiah la ye. Haha.

Untuk si September, aku akira kau sudah selamat menjadi suami kekasih kamu tu. tahniah.

MAGIKA


baru sahaja selesai menonton MAGIKA tengahari tadi. sorang-sorang. sanggup tu. berbaloi tengok cerita ni. memang best sangat. huh. kalau la dapat jumpa adik beradik KRU ni memang nak tabik la. jalan cerita, bagus. pemilihan pelakon, bagus dan menarik . lagu, buat kaki ku mengikut rentak juga. CGI, buat terpegun dan menarik nya!

jalan cerita, malas nak cerita sebab boleh google dimana-mana, cuba disini. apa yang buat cerita cool gila, sebab mentaliti KRU yang cuba menononjolkan dan memperkenalkan dongeng Melayu kepada dunia. kepada generasi muda. kepada anak-anak kecil yang banyak tahu pasal Snow White dari Bawang Putih Bawang Merah, yang lagi tahu pasal Charlie Chaplin dari Pak Pandir dan Mak Andeh. Lagi tahu tentang Sleeping Beauty dari Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Mahsuri dan lagenda lain. lagi tahu tentang Dragon dari Naga Tasik Chini. tentang Incredible Hulk dari Badang, Angle yang terbang-terbang dari Bidadari yang turun mandi, Socreres Apprentice dari Nujum Pak Belalang, lagi arif tentang Fabtastic Four dari Tuah dan adik-beradik.. menarik kan dongeng dan hikayat Melayu kita?

paling menarik pengalaman tengok movie tadi, ada mak dan anak lelaki nya yang berbual tentang watak. dia langsung tak kenal walau seorang watak dari Magika tadi. aduhai, sayangnya khazanah berharga negara ini.

dalam filem ini, KRU banyak menerapkan nilai jangan bermain diwaktu senja kerna waktu senja kita adalah waktu pagi makhlus halus atau jin. juga mengajar, tolonglah jangan nakal seperti Malik. janganlah degil seperti Malik. berbuat baik la sesama adik beradik keran kita saling memerlukan. menariknya, bahagian ini diterjemahkan oleh KRU sendiri dengan menampilkan diri mereka sebagagai 'Pokok Tiga Beradik' yang boleh bercakap dan beremosi. menarik! tontonlah kerana ia adalah filem terbaik malaysia.


Join Facebook MAGIKA sekarang!

Monday, September 20, 2010

menjadi aku semula

Uh, cuba kembali kepada rutin harian sebagai diri saya yang sebenar-benarnya. Rutin macam masa di Wangsa Maju dulu. Rutin nya sangat simple dan menyenangkan dan menenangkan.

Pergi kerja dengan rasa seronok. Berborak dengan officemate, bercerita hal macam-macam. Tengok TV sambil gelak-gelak atau dengan penuh aksi. Layan cerita korea di hari minggu atau dikala bosan tak da cerita menarik pada malam-malam kerja. Bersenam sambil layan lagu-lagu kegemaran. Menonton wayang bersendirian sambil layan shopping. Berjalan satu OU sensorang pun ok. Makan di Subway sambil baca paper sensorang, no hal. Melepak satu hari pada hari Sabtu berseorangan di rumah, masyuk.

Serasa, saya nak lepaskan semua beban yang saya dengan rela hati pegang. Malas sudah nak berpikir pasal orang lain. Except untuk keluarga (tak boleh buat lewa oii). Jika mahu kerja, teruskan bekerja. Jika sudah tidak larat nak meneruskan, atau dapat better, off you go. Nak sambung study, juga tidak menghalang. Diminta nasihat, diberi secara percuma. Diminta pandangan, juga percuma.

Kenapa ye? Oh, sebab saya dah ada TV LG LCD 32” dengan mini home theatre LG dirumah. Yahoo. Hari-hari mendatang ku seperti berada di dalam taman bunga Bukit Cahaya Seri Alam ketika musim bunga. Berbunga-bunga. Nyah semua masalah. Datanglah kegembiraan...

Apa ada dalam handbag perempuan?

Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang ada dalam handbag perempuan lain. Macam-macam boleh ada. Even officemate ada handbag yang dalam nya ‘macam-macam ada’. Minyak gamat, minyak cap kapak, vicks? Semua ada. Sampai rabak dibuatnya. Gula-gula, floss, jajan untuk anak-anak, papaer blotter etc. Sampai penahlah, officemate lelaki tgk handbag saya, dikata nya ‘gersang’ sebab tak berapa nak ada barang.


Dalam handbag saya, yang wajib haruslah seperti dibawah. Tadaa. Ni yang wajib ye. Kadang-kadang dihar-hari tertentu mungkin boleh dapat mentos, Cadbury, segala resit-resit, kertas tisu.. tapi bedak, handphone, blusher, lipstick, perfume miniature dan buku sebagai peneman harus ada. Kadang-kadang bila pergi shopping, buku tu terpaksalah ditinggalkan. Berat tu. Tapi handphone harus ada bersama earphone.. penawar sunyi. Hehe. kalau tak bawak buku pun, cubalah bawak bahan bacaan berilmiah supaya dapat terusan menambah ilmu :)


Friday, September 17, 2010

seriously weh

9.05 am – reach office. OMG, no one at my department. Should there be 4 of us. But no one? I’m late, thought i’m the one who last reach office.

9.33am – still alone. Texting the other 3. One of them, reply with OTW. Other 2, MIA.

9.37 am- seriously weh.

9.43 am – ada la sorang yang reply msg baru sampai. Huh, ada geng gossip.

9.57 am – seriously huh.

10.31 am- Boss texting. ‘siapa ada di ofis? Since the other 2 cakap diorang MC dan EL’. ‘Hanis dan kak syam’. ‘ok, nasib baik. Tq’

12.30 pm - SOGO. Heh.

2.29pm – kembali menatap kerja-kerja

6.00pm – out us go! Happy weekend.

Wednesday, September 15, 2010

Aidil Fitri 2010

Tahun ni, terasa perfect sungguh raya. Sebab dapat buat gambar keluarga. Happy sungguh. Engku sporting untuk bergambar bagai. Di studio plak tu. mak kata, mana tahu, tahun depan akan menambah ahli keluarga. Adik-adik pulak bising, ala, mesti jadi tak cantik gambar. Haha.


Tahun ini kekenyangan tahap gaban juga. Makan seperti tiada hari esok lagi. Makan seperti berat badan Cuma 30kg dengan ketinggian 157cm ni. isk. Walhal. Hari ketiga, berat naik 2kg. nasib sebelum raya Berjaya turunkan 7kg. bolehla kaw tim lagi. Hihi. Walau apa pun, regim diet haruslah bermula. Tidak sanggup rasanya nak ke kenduri kawan-kawan dengan gedempol. Heh. Ayuh, mulakan 2 minggu tanpa nasi!

Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua.. meh datang rumah saya kat

Jerantut.. err. kat Bank Islam boleh juga.. :) tunggu Bank Islam buat open house ye..

:dah pi makan ketupat rendang dan erm, nasi beriani??

Wednesday, September 8, 2010

Hari-hari terakhir

Fuh. Dah nak habes hari berpuasa. Tak la dapat penuh 30 hari tu. kat office suasana makin senyap. Nak buat kerja pun susah sebab bila call je, semua dah start bercuti. Almaklumlah, cuti sekolah dan Uni pun dah bermula. Jalan ke kerja pun lengang dan agak smooth je. huh. Syok la kalau macam ni hari-hari. Boss besar pun dah cuti. Menambahkan keseronokan. Mari bergumbira!

Lagi 2 hari nak balik ni. desas desus kata kemungkinan raya jatuh pada hari khamis. Alamak. Janganla. Matila nak balik rabu malam tu. isk.

Ramadhan 27 juga dalam sejarah, pagi-pagi buta pada pukul 1.30 pagi, saya keluar ke TTDI jaya. Huh. Bawak housemate yang keretenya rosak yang kunci rumahnya tertinggal dalam kereta kawan yang tinggal di TTDI Jaya. Pastu, pi la tempat kereta nya tersadai untuk bagi kunci pada pakciknya. Ada ke nak pi sensorang, naik motor? Bahaya. Isk.

Jalan TAR pun jammed nak gila , nak mampos, dah tak terkata apa lagi. Ada yang las minute shopping, ada yang baru terasa ada mood nak berli baju ray. Murah! Murah! Baju kurung 3 helai rm100 jek. Tudung lycra bersulam bunga atas rm50 dapat 3. Haih! Semua murah-murah ni.. berpada-pada. Kadang-kadang kita rasa, wah murah gila ni! Alih2 pas raya, lagi murah. Haha.




Jalan TAR, Kuala Lumpur 28 Ramadhan 1431, 7 September 2010


Tuesday, September 7, 2010

Iftar di Restoren Puteri milik Rubiah Suparman

Ramadhan 27, kami di jemput mewakili Bank untuk berbuka puasa dengan Vendor Silverlake. Ramai sangat yang tak dapat menghadirkan diri. Almaklumlah, anak-anak yang duk asrama dah balik, anak-anak dah cuti sekolah, mestilah nak berbuka bersama dan tidak mahu ketinggalan terawih sepuluh terakhir ini. Jadi, selepas dipujuk2 ( kena pujuk ke? macam kena peril ‘anti sosial’ je..), so saya dan miss M pun setuju menemankan kawan kami, Ram. Restoren yang dipilih, Restoren Puteri, mlik bekas pelakon terkenal Rubiah Suparman yang terletak di Sungai Penchala. Kalau dari Bukit Damansara, ambil Penchala Link, bila keluar terowong, terus ambil kiri dan ke kiri lagi dan alert untuk ke kiri lagi dan selepas Nampak kedai jual kereta mewah, ke kiri lagi. Naik bukit. Dan tersergam satu banglo besar yang diberi nama Restoren Puteri.

Kami sampai awal. Almaklumlah, dekat sangat dengan office. Duk dalam kereta sekejap sementara menunggu Ram dna naik ke atas dalam kul 6.30 petang. 6.45 kami mula mengambil makanan.

Makanannya, sedap. Masakan kampung. Susah juga nak jumpa makanan kampung sedap dan berasa di KL ni. meja yang menyediakan makanan terbahagi kepada beberapa bahangian.

Meja utama: masakan kampung – Siput sedut gulai lemak, ikan tenggiri masak asam pedas, ketam masak manis, ayam berempah, kerabu perut, kerabu mangga, kangkung masak belacan, ulam-ulaman dan beberapa lauk lagi yang saya tak kenal. Hehe

.


Meja dessert : Lompat tikam ( sedapnya!), bubur caca, bubur pisang, pudding caramel, buah Melaka, erm.. dah lupa dah.

Lain-lain: ada cendol, ABC, murtabak daging nya yang sangat sedap, murtabak ayam, roti jala, mee rebus, laksa johor, mee goreng, kuew tiow goreng, daging salai bakar, ikan bakar.. fuh!

Menariknya restoren ni sebab ada banyak gambar-gambar ‘orang lama’ yang pernah dan amsih menjadi pujaan satu Malaya. Cantiknya orang dulu-dulu.. tak perlu make up tebal-tebal, pun dah lawa. Manis je.

Cumanya, bila nak turun dari Restoren tu, kena turun tangga. Bergelap plak. Isk, bahaya betul. Dah la hujan gerimis, kut terjatuh, naya je tak dapat raya.. tiang lampunya ada, Cuma tidak terpasang lampunya.. walau apa pun. Best la. Thanx. Tak sia-sia datang melantak. Hehe.

p/s: yang datangnya 11 orang, yang berbuka puasa nya hanya 5 yang Melayu dan Islam.. J

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan 25

Agenda bermula Ramadhan 24 sebenarnya.
Lunch time, mestilah tak lunch kan. pergi SOGO. fuh, jem jugak la. tapi SOGO tak ramai sangat manusia. masih boleh berhempas pulas mencari barang. check list di tangan. mesti maintain. jangan over ok.
  • Handbag Mak - Done (Carlo Rino, ok)
  • Kasut Mak - Done (same jenis di atas, bagi match la.. huhu)
  • T-shirt Engku - Done (Bonie, siap dapat sampul raya. cantik gile)
  • err.. additional kasut kerja untuk saya - tak da dalam senarai, tapi diadakan last minute.. dapat Sembonia.
  • T-shirt Lutfi - Done
oh, ada masa lagi. round2. lepak kat Levis'. isk. teringin tapi, perlu ke? erm...
Ramadhan 25. memakbulkan hasrat ke Jalan TAR. hasrat nak pergi awal, tapi cari Proton Part Centre tak jumpa2. isk.
  • Baju Melayu lutfi - Done by ain, saya bayar ok.. huhu
  • Tudung ema dan saya - Done. tapi harga tudung naik sioot. menyampah. sombong plak tu. huhu. nasib la penghuni Malaysia ni memang perluakn tudung nak tutup aurat, kalau tak lingkup la bisnes korang kat Jalan TAR tu. huh.

sampai rumah kul 2, terus tidor sampai nak berbuka. erk. plan nak pi makan Nasi Beriani kat Tesco Shah Alam pas buka dan solat. alih-alih, sold out. isk. sedih nya. pi Pizza Hut plak, kat Tesco juga. gila bengang sebab orang Pizza boleh buat bodoh walau kami dah panggil banyak kali untuk kemas meja dan amik order. tekan button 'Call' banyak kali juga, pun tak layan. last-last blah.

pi la restoren Syed kat section 3, dengan harapan nak makan Beriani Bukhara, pun habis. ada lauk dan nasi putih je. isk. sedih. makan la roti nan dan ayam tandoori yang tak sedap tu. sumpah tak sedap, sedap lagi kat Ali Maju kat Pusat Bandar Damansara.. isk.

pastu, beli dessert di McD. hhihi. Pi Jakel, sebab nak beli tikar. murah. fuyoo. murah siot. tak pikir apa dah, dah la yang rm22 tu tinggal 2 je. terus amek, sebab masa tu ada minah dan mamat u yang asik minta turun harga dari mamat bangla tu. ternganga ko, tengok aku amek dan blah. huh. amek satu lagi, yang berharga rm29, sebab katanya made in Korea. heh. Korean pakai tikar buluh ek? so, sebab terkesima dengan Korea, amek la. total, rm51. bayar dan blah. siap angkut sensorang tu. gagah sungguh. untuk rumah nenek sebenarnya tikar tu. harap-harap nenek saya happy.. hihi.

p/s: dan sekarang rasa macam banyak gile barang untuk diangkut balik hari khamis ni. macam bawak seorang lagi kot..

aduhai driver

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling menyakitkan hati?

Bila orang potong barisan. Adui. Sedap-sedap je lalu di Emergency Lane, sampai depan begging nak masuk. Bencinya! Rasa nak keluar dari kereta dan hempuk je kepala driver tu ngan handbag.

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling menjengkelkan?

Bila manusia yang juga driver tu membunyikan hon bertalu-talu. Bunyikan hon sekali cukupla untuk mengatakan ‘Awak memandu dalam keadaan merbahaya’. Ni tak bertalu-talu macam nak minta driver yang buat salah tu berhenti dan melutut minta maaf. Huh, annoying. Kami, driver yang lain pun benci dengar hon yang bertalu-talu tu.

Dalam banyak-banyak perangai manusia yang memandu di Jalan raya, apa yang paling merbahaya?

Bila dengan selamba ke kiri atau ke kanan tanpa memberi signal. Selamba badak je ko gerak dari lane kanan ke kiri , dari lane Smart TAG ke lane Tunai. Amboi-amboi, en SAGA hitam. Ko ingat tak de kereta ke kat area tol Penchala Link tu? tiap-tiap hari bertemu kau dan tiap-tiap hari gak terpaksa menyumpah bodoh dan berdoa semoga kau accident sekali dek kerna perangai kau tu. semoga insaf selepas accident. Huh. (tak baik nya mendoakan keburukan orang). Tapi, bahaya sangat pemanduannya. Boleh buat orang yang tidak bersalah terbabas.

Huh.

Wednesday, September 1, 2010

kasi potong

planning to cut the Maxis Broadband. huh. buat menyemak bil je. line hampeh. kat jerantut pun tak ada line. ada line bila keluar rumah. alahai, logikla, takkan nak bawak laptop tercongok kat depan tar rumah tu? isk. benci. celcom ok je tau. siap boleh buat video call lagi. isk. benci Maxis. Maxis pelahap duit orang. tapi habuk pun tak dak. dah, cukup 13hb, siap! Potong!

Addicted


balik cuti menghabiskan dengan tidur, shopping dna layan movie Twillight Saga: Twillight dan New Moon.

sebelum tu berhempas pulas mengahbiskan Eclipse versi Melayu : Gerhana. hehe. i tak suka baca bahasa enggeris. tak der feel. harry potter pun carik bahasa melayu. hihi.

baru sedar, banyak juga part yang menarik dalam buku tidak di bawa ke filem, mungkin tidak penting dalam perkembangan hubungan cinta Bella dan Edward.

baru sedar, yang fans duk terjerit tengok Robert Pattinson bila nampal dia tu, mungkin bukan sebab dia sebenarnya. tapi sebab watak Edward tu. dalam novel, OMG, betapa bestnya dapat hot (cold) boyfriend macam Edward. the way he protect, the way he looked, the way he touched. ouch. tapi kat luar, mamat ni serabut ok. habis hensem la tu, dengan jambang dan rambut kusut tu. isk.

tak sabar tunggu The Breaking Dawn yang akan kuar next year. ada part 1 dan part 2. cari trailer yang real, hampeh, semua fan made. macam-macam corak citer dikeluarkan. isk.


ok, times up. alarm 6.15 dah bunyi. kena mandi dan siap-siap pi kerja. tata.

Ramadhan 22

Lagi 8 hari.
  • Vitamin B - done
  • duit raya- done
  • baju raya- done
  • tudung raya- done
  • tudung raya ema- belum
  • baju raya lutfi- belum
  • handbag emak- belum
  • t-shirt engku dna lutfi- belum
  • kuih raya- hari ni
  • jalan kat jalan tar-belum

hehe. ok, yang belum-belum tu akan diselesaikan sabtu ni. pengsan la oi.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin