Saturday, August 28, 2010

Ramadhan 18

pulang ke kampung halaman untuk bercuti selama 4 hari. puh! moga-moga ada berita gembira sepanjang bercuti ni.

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan 16

Yeay! radio dah boleh mainkan lagu raya!
abg DJ, saya nak lagu Suasan di Hari Raya - Anuar Zan dan Elina sebab masa zaman sekolah, blok selalu nyanyi lagu ni dan mesti menang!
lagi satu nak lagu Balik Kampung- Sudirman, sebab rasa syok je nak balik kampung beraya.. hahaha. seronok.

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan 15. 25 Ogos 2010.


Sudah dua minggu kita umat Islam berpuasa. alhamdulillah. ujian mendatang ditempuhi dengan sabar. panas membahang. sejuk dingin beku. hujan gerimis. tak terbangun sahur. ujian sungguh.
macam mana persiapan raya? rata-rata semua orang dah siap baju raya. saya punya dah siap. adik-adik saya punya belum siap. haha. kakak-kakak opis saya pun ada yang dah setlle , ada yang belum beli apa pun lagi.
Menunggu bonus yang tarikh jangkaan nya asyik tersasar aje. moga-moga hujung bulan ni. puh!
bagi saya, budget raya ni kena simpan siap-siap dari tahun ,lepas lagi. beli kain baju kurung siap-siap sebelum puasa. gasaklah tak ikut trend ke apa. yang penting, masa puasa, tak la penat mencari hari yang tak penat untuk mencari baju di Masjid Jamek yang confirm memenatkan. saya siap beli baju untuk kami adik beradik perempuan, saya belanja. alhamdulillah. ada rezeki simpanan lebih.
duit raya? tak sah kan kalau tak da. walaupun bukan la wajib dalam Islam, tapi apa salahnya kita memeriahkan suasana hari raya tu, menceriakan kanak-kanak. saya suka tengok kanak-kanak tersenyum simpul dapat duit raya. masa kita kecil, sudah puas merasa duit raya dari pakcik makcik dan mak ayah kita. biarlah bila dah kerja begini, kita menghulur pada anak-anak mereka dan juga kepada ibu bapa kita. mereka tak mengharap sejumlah wang besar, tapi memberi mereka sampul raya yang berisi sesuatu pastinya menarik lirikan senyuman di wajah mereka. saya dah rasa itu. puas dapat lihat senyuman bahagia itu.
Memberi duit raya juga bagi saya, biarlah berpada not nya. yang besar-besar, memadai rm10, kalau mampu, lebih kan lah. bagi yang masih kecil, rm3 sudah la. itu untuk saudara mara, untuk tetamu biasa, rm1 pun sudah memadai. ini jika budget kita terhad. yang bonus yang belum tentu berapa bulan. janganlah nak berlebih-lebih. tak perlu risau akan maruah diri tercalar sebab bagi sikit sebab kanak-kanak tu tak ingat pun, berapa kita bagi tahun lepas. biarlah kewangan kita terjaga, jangan dek kerna nak menjaga status, bergolok bergadai mengorek tabung anak pun boleh. hish. tak molek perangai tu.
Kuih raya? pasti tidak sempurna tanpa kuih raya kan? kuih raya kami, ada yang wajib dibuat saban tahun. mana yang lain, saya belikan untuk keluarga. juga sudah ditempah 3 jenis. sedap buatannya. buatan dari hati yang ikhlas, tepung nya baru. bahan-bahan nya dari kualiti yang baik. susah nak jumpa kuih raya macam ni. tiap-tiap tahun saya jadi pembeli setia walau tauke dealer nya dah tak da..:(
alhamdulillah, semua yang patut ada, sudah siap. cuma, harapnya dengan adanya bonus, dapatla saya belikan sesuatu yang menarik untuk emak ayah saya. tak sabar rasanya.
untuk yang lain, berpada-padalah dalam membuat persiapan raya. jangalah kawan sebelah dapat beli 4 pasang baju kurung, kita yang tidak berapa mampu ni nak juga 4 pasang. walhal, hanya raya kedua je pun kita pakai baju raya.
Berpuasa adalah untuk melenturkan hawa nafsu, janganlah kita menjadikan hawa nafsu sebagai raja di hati. beringat-ingat sebelum termenung selepas raya.


Bila la dapat menjenguk Jalan TAR ni? Isk, rindu plak.

Sunday, August 22, 2010

dua.puluh.enam

18.08 pada Ramadhan 8, umur sudah genap 26 tahun. alhamdulillah. masih bernafas dibumi Allah ini. menjadi Hamba allah yang tak berapa nak humble ni. haih.

laman Facebook berkembang biak dengan ucapan dari teman-teman FB. terima kasih. hanya ada beberapa kerat yang mengucapakan birthday ke handphone, petanda, birthday anda hanya diingat sebab ada kat reminder kat FB. hehe. normal. seperti yang dijangka semasa birthday yang ke-25.

ucapan mak, bila mak nak dapat menantu ni, dah teringin sangat. itulah first time mak melemparkan soalan pasal kahwin secara direct.


di umur 26 ini, saya sudah berjaya membuat investment melalui EPF! yippe.

di umur 26 ini juga, saya sudah dapat membeli beg Carlo Rino owth RM3** + RM2**. yiha!

di umur 26 ini juga, orang masih kata saya 'student ke?' 'sudent mana?'

di umur 26 ini juga, orang masih kata saya adalah adik kepada Ain dan Ema! yippe.

di umur 26 ini juga, saya dah bersedia nak mengikat hubungan, tapi nak ke dia?


p/s: thanx to my sis + Rauf sebab buat kejutan masa berbuka di Ramadhan 11. sedapnya cake dari Baker's Cottage!

Monday, August 16, 2010

Tahniah atas Rezeki Awal

1. Ucapan Tahniah.

buat kengakwan yang baru melangsungkan perkahwinan tahun ini dan hujung tahun lepas yang SUDAH BERISI. huh. laju sungguh. lagi laju kawan yang baru kahwin bulan 6 sudah berisi. ish2. pantas sungguh. baguslah cepat dapat rezeki. ada orang tunggu bertahun tak dapat-dapat. tapi kalau saua, saya mahu honeymoon puas2 dulu (hehehe). ok2. rezeki Allah takkan nak tolak kan. buat Atie, Mira, Mazlin, congrats for the pembawakan budak. jaga diri. yang lain tunggu la ye, Allah belum bagi rezeki lagi.
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._.______________...............................________________

2. Rezeki awal-awal
haih, gaji hujung bulan, diberi awal-awal. isk. ni yang takut terguna ni. sabar-sabar. belanja apa yang patut je. raya pun jangan over ye. biar berpada.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Muslimat,
  • Selamat menyambut Ramadhan..
  • rebutlah bonus terhebat yang datang setahun sekali ini.
  • moga kita sama-sama dapat merebut pahala yang tertinggi.. mudah-mudahan
  • jagalah mata, telinga, lidah dan lain-lain.. moga saya juga mampu menjaga lidah ini.

Hari-hari terakhir

Fuh. Dah nak habes hari berpuasa. Tak la dapat penuh 30 hari tu. kat office suasana makin senyap. Nak buat kerja pun susah sebab bila call je, semua dah start bercuti. Almaklumlah, cuti sekolah dan Uni pun dah bermula. Jalan ke kerja pun lengang dan agak smooth je. huh. Syok la kalau macam ni hari-hari. Boss besar pun dah cuti. Menambahkan keseronokan. Mari bergumbira!

Lagi 2 hari nak balik ni. desas desus kata kemungkinan raya jatuh pada hari khamis. Alamak. Janganla. Matila nak balik rabu malam tu. isk.

Ramadhan 27 juga dalam sejarah, pagi-pagi buta pada pukul 1.30 pagi, saya keluar ke TTDI jaya. Huh. Bawak housemate yang keretenya rosak yang kunci rumahnya tertinggal dalam kereta kawan yang tinggal di TTDI Jaya. Pastu, pi la tempat kereta nya tersadai untuk bagi kunci pada pakciknya. Ada ke nak pi sensorang, naik motor? Bahaya. Isk.
Jalan TAR pun jammed nak gila , nak mampos, dah tak terkata apa lagi. Ada yang las minute shopping, ada yang baru terasa ada mood nak berli baju ray. Murah! Murah! Baju kurung 3 helai rm100 jek. Tudung lycra bersulam bunga atas rm50 dapat 3. Haih! Semua murah-murah ni.. berpada-pada. Kadang-kadang kita rasa, wah murah gila ni! Alih2 pas raya, lagi murah. Haha.





Jalan TAR pada 28 Ramadhan 1431, 7 September 2010.





Friday, August 6, 2010

Satu lagi nyawa pergi

Tanggal 28 July 2010, SamSam menghembuskan nafas yang terakhir dan saya sempat berada di saat-sat akhir nyawanya ditarik. Sedihnya.

Balik dari kerja, saya rasa tidak sedap hati. Bersiap-siap nak pegi mandi, saya sempat jenguk SamSam dalam sangkarnya. Saya panggil SamSam. Dia jengukkan kepalanya. Dan badannya. Nafasnya sangat kuat. Dadanya turun naik. Saya ingatkan dia kelaparan. Tapi makanan saya tidak pernah lupa bagi. Lama saya duduk tengok dia. baru saya terpikir, sudah sampai waktunya dia pergi. Saya beritahunya, ‘pergilah SamSam. Dah sampai masanya awak pergi. Terima kasih banyak teman saya selama ini. Minta maaf bila saya terlupa awak’.

Tak sangka, bila habis saya cakap, nafas nya beransur-ansur perlahan. Dan sejam kemudian, dia pun mati. Sedihnya saya rasa. Terbawa-bawa sampai esoknya bila saya bercerita ngan Officemates. Sampai yang mendengar pun nangis sama.

Bukan senang nak melepaskan SamSam. Lama dia bersama saya. Bila Koko mati, saya agak mengabaikan SamSam pada mulanya. tapi, soal makan dan soal kebersihan nya, saya masih cuba menyanyangi nya. Dia ada menemani bila saya sorang-sorang kat rumah. Since saya duduk bilik bawah, kekecohan SamSam tu buat saya rasa ada teman.

Sampai sekarang masih terngiang-ngiang bunyi SamSam main roller. Tapi semua tinggal kenangan.

p/s: BF saya ada tanya, jadi sekarang nak bela apa pulak? Saya cakap, bela u boleh? Hehehe..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin