Friday, July 16, 2010

Smize

Tengok America’s Next Top Model baru-baru ni. Cycle 13. Kot. Yang special untuk mereka under 5 kaki 7 inci.

Adalah satu photoshot pasal Smize. Yang saya faham, ia tentang senyum dengan mata. Menunjukkan reaksi dengan mata, bukan dengan mulut atau kerutan kening.

Saya biasa Nampak orang yang senyum dengan mulut shaja. Senyum biasa. Senyum yang tidak dari hati. Senyum yang hanya untuk menunjukkan ‘saya senyum’ padanya. Senyum begini orang boleh Nampak ketidak ikhlas hatinya (bagi saya la).

Senyum dengan ikhlas adalah senyum yang datang dari hati. Senyum yang boleh terpancar dari matanya. Senyum yang tak perlu senyum sengih dengan lebar, pun orang tahu kamu sedang senyum.

Mata adalah segalanya. Sebab tu orang cakap dari mata turun ke hati. Dengan mata, kita boleh Nampak seikhlas mana orang itu. Mata juga boleh menunjukkan orang itu berpura atau jujur. Kerna mata juga kita boleh mengaut selaut dosa.

Saya pelik juga di tempat kerja saya ni. ada sesetengah orang disini, susah sangat nak senyum bila berjumpa. Kalau kita tak pernah berurusan, logiklah kalau susah nak senyum. Kang orang kata, apa hal lak dia ni nak senyum kat aku. Tapi kalau orang tu kita pernah berurusan, pernah jumpa, atau paling tidak pernah bersapa, maybe dia ada Tanya mana jiran cubicle kita pergi ke, jumpa pun susah nak senyum,. Bukan suruh nak keluar suara, tapi nak balas balik senyum pun macam akan terkeluar urat kat dagu tu. geram betul.

Kesimpulannya, bila senyum, senyumlah seikhlas hati sebab orang boleh nampak kalau sneyum tidak ikhlas. Saya juga kadang-kadang tersenyum tidak ikhlas.sekadar mennggerakkan bibir membentuk smile.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin