Saturday, July 24, 2010

kenangan Kuih Raya

Ramadhan bakal menjelma. kemudian Syawal= Hari Raya= Baju baru + kuih raya. since bulan puasa tak boleh makan dan tak boleh buat tasting kuih raya kan, so, minggu ni gamat la juga dengan jualan kuih raya. mana yang dah biasa order tu, tak perlu la nak merasa lagi. order sahaja. mana yang orang baru terjun dalam bidang ni, kenalah rasa dulu. kang rasa apa ntah time raya nanti.
mengenangkan kuih raya ni, teringat zaman kecik. mak tak pernah beli kuih raya sepanjang kami membesar. bila saya dah masuk Uni, saya beli sejenis dua untuk santapan keluarga kat kampung. tapi, masih ada kuih raya tradisi yang kami takkan sesekali beli, contohnya Tart Nanas. tart nanas yang kami suka plak, bukan jenis yang gulung atau berbentuk nanas tu, ia bebentuk bunga dan ada silang pangkah kat atasnya. memang leceh. tapi mak kata,asalkan kami sanggup bersengkang mat selepas sahur, dia boleh je buatkan doh. saya yang akan menekap dan meletak jem. adik saya yang lagi dua tu, sah-sahla akan berkubang lagi. huhu.
Bagi saya, amat penting pengalaman membuat kuih raya ketika kecik. ia untuk mengeratkan hubungan anak dan ibu. walau apa pun alasan yang diberi, tapi pengalaman untuk anak itu amat berharga. orang cakap, budak-budak nanti mengacau. habis tepung ditepuk dikibas. biarkan. itu cara mereka mengembangkan minda. macam mak, dia akan bagi kami doh kecik untuk kami uli dan buat bentuk kesukaan kami. mak bagi kami peluang untuk pilih bentuk apa untuk biskut yang dibuat. kami pilih bentuk love, bintang. bila ada bentuk yang mak tak berkenan, mak cakap la, tak sesuai buat bentuk tu, nanti pecah. korang makan pun tak sedap. jadi kami akan pilih bentuk lain.
biarla berselerak, itu tugas ibu untuk mengemas. orang zaman ini, anak dua pun dah bising penat, tak larat layan kerenah budak-budak di dapur. mak dulu, 3 anak perempuan yang memang suka mengacau, tabah je. kegemaran ain adalah makan adunan kek yang belum dibakar. gila suka sampai sekarang. pernah ada tragedi, dia nak sangat tengok macam mana mesin pengisar tu kacau adunan kek tu. mak dah letak tempat yang tinggi tu, atas peti ais. entah macam mana dia dengan bijaknya, panjat tangga kat rumah uwan tu, dia tengok dalam mesin tu. rambutnya panjang, apa lagi, masuklah dalam pengisar tu. menjerit-jerit. hahaha. habis kek kena buang, rambut kontot sikit. tapi itu tak pernah mematahkan semangat ain untuk makan adunan kek tu.
apa-apa pun, walau kami dah besar, saya tetap akan meluangkan masa untuk balik kampung dan buat tart nanas kegemaran keluarga.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin