Saturday, July 24, 2010

kenangan Kuih Raya

Ramadhan bakal menjelma. kemudian Syawal= Hari Raya= Baju baru + kuih raya. since bulan puasa tak boleh makan dan tak boleh buat tasting kuih raya kan, so, minggu ni gamat la juga dengan jualan kuih raya. mana yang dah biasa order tu, tak perlu la nak merasa lagi. order sahaja. mana yang orang baru terjun dalam bidang ni, kenalah rasa dulu. kang rasa apa ntah time raya nanti.
mengenangkan kuih raya ni, teringat zaman kecik. mak tak pernah beli kuih raya sepanjang kami membesar. bila saya dah masuk Uni, saya beli sejenis dua untuk santapan keluarga kat kampung. tapi, masih ada kuih raya tradisi yang kami takkan sesekali beli, contohnya Tart Nanas. tart nanas yang kami suka plak, bukan jenis yang gulung atau berbentuk nanas tu, ia bebentuk bunga dan ada silang pangkah kat atasnya. memang leceh. tapi mak kata,asalkan kami sanggup bersengkang mat selepas sahur, dia boleh je buatkan doh. saya yang akan menekap dan meletak jem. adik saya yang lagi dua tu, sah-sahla akan berkubang lagi. huhu.
Bagi saya, amat penting pengalaman membuat kuih raya ketika kecik. ia untuk mengeratkan hubungan anak dan ibu. walau apa pun alasan yang diberi, tapi pengalaman untuk anak itu amat berharga. orang cakap, budak-budak nanti mengacau. habis tepung ditepuk dikibas. biarkan. itu cara mereka mengembangkan minda. macam mak, dia akan bagi kami doh kecik untuk kami uli dan buat bentuk kesukaan kami. mak bagi kami peluang untuk pilih bentuk apa untuk biskut yang dibuat. kami pilih bentuk love, bintang. bila ada bentuk yang mak tak berkenan, mak cakap la, tak sesuai buat bentuk tu, nanti pecah. korang makan pun tak sedap. jadi kami akan pilih bentuk lain.
biarla berselerak, itu tugas ibu untuk mengemas. orang zaman ini, anak dua pun dah bising penat, tak larat layan kerenah budak-budak di dapur. mak dulu, 3 anak perempuan yang memang suka mengacau, tabah je. kegemaran ain adalah makan adunan kek yang belum dibakar. gila suka sampai sekarang. pernah ada tragedi, dia nak sangat tengok macam mana mesin pengisar tu kacau adunan kek tu. mak dah letak tempat yang tinggi tu, atas peti ais. entah macam mana dia dengan bijaknya, panjat tangga kat rumah uwan tu, dia tengok dalam mesin tu. rambutnya panjang, apa lagi, masuklah dalam pengisar tu. menjerit-jerit. hahaha. habis kek kena buang, rambut kontot sikit. tapi itu tak pernah mematahkan semangat ain untuk makan adunan kek tu.
apa-apa pun, walau kami dah besar, saya tetap akan meluangkan masa untuk balik kampung dan buat tart nanas kegemaran keluarga.

Friday, July 16, 2010

shut down

serasa hari ini mahu sahaja shut down diri sendiri. biar hari ini berlalu tanpa melaluinya.
its just becoz of it. it.
mulanya ok, dapat letter on adjustment. ok la. dapat juga walau tak la banyak mana.
kemudian, sikit-sikit berita yang masuk kepala menyentap perut. tak marah. tapi kecik hati dipinggirkan.
seraya itu, kalau la badan ni macam pc, shut down sekejap. biar dipulihkan kecik hati ini. puas sudah difikirkan. apa salah sampai tak dikhabarkan langsung walau secubit, walau sekilas. haih. penatnya macam ni.
awak, saya dah 26 tahun. boleh terima apa keputusan awak sebab itu hal hidup awak. awak langung tak anggap saya kawan awak ke selama ini? kiranya, esok kalau awak dah nak pergi, baru nak bagitau ye.

Smize

Tengok America’s Next Top Model baru-baru ni. Cycle 13. Kot. Yang special untuk mereka under 5 kaki 7 inci.

Adalah satu photoshot pasal Smize. Yang saya faham, ia tentang senyum dengan mata. Menunjukkan reaksi dengan mata, bukan dengan mulut atau kerutan kening.

Saya biasa Nampak orang yang senyum dengan mulut shaja. Senyum biasa. Senyum yang tidak dari hati. Senyum yang hanya untuk menunjukkan ‘saya senyum’ padanya. Senyum begini orang boleh Nampak ketidak ikhlas hatinya (bagi saya la).

Senyum dengan ikhlas adalah senyum yang datang dari hati. Senyum yang boleh terpancar dari matanya. Senyum yang tak perlu senyum sengih dengan lebar, pun orang tahu kamu sedang senyum.

Mata adalah segalanya. Sebab tu orang cakap dari mata turun ke hati. Dengan mata, kita boleh Nampak seikhlas mana orang itu. Mata juga boleh menunjukkan orang itu berpura atau jujur. Kerna mata juga kita boleh mengaut selaut dosa.

Saya pelik juga di tempat kerja saya ni. ada sesetengah orang disini, susah sangat nak senyum bila berjumpa. Kalau kita tak pernah berurusan, logiklah kalau susah nak senyum. Kang orang kata, apa hal lak dia ni nak senyum kat aku. Tapi kalau orang tu kita pernah berurusan, pernah jumpa, atau paling tidak pernah bersapa, maybe dia ada Tanya mana jiran cubicle kita pergi ke, jumpa pun susah nak senyum,. Bukan suruh nak keluar suara, tapi nak balas balik senyum pun macam akan terkeluar urat kat dagu tu. geram betul.

Kesimpulannya, bila senyum, senyumlah seikhlas hati sebab orang boleh nampak kalau sneyum tidak ikhlas. Saya juga kadang-kadang tersenyum tidak ikhlas.sekadar mennggerakkan bibir membentuk smile.

Monday, July 12, 2010

diari hari-hari saya

dah lama tak update. tak der apa nak update. selain dari kerja. balik kampung makan durian dan manggis dna kemudian drive balik KL dalam keadaan pening kepala. ada cousin baru masuk UIA. dan saya mengambil tanggungkawab mengambil dan menghantar pas balik kg.
balik KL kerja macam biasa. buat itu buat ini. email orang itu, email orang ini. talk to that person. taichi apa yang patut. cakap omputih tunggang tebalik bila kena soal dengan CTO. damn. gossip sana. dengar gossip terbaru. umpat sikit-sikit. usha-usha budak lelaki bujang kat level 7 tu. huh. haha. ada berkenan? sedap je ngata orang rabun warna.
pukul 6. tutup PC. touch card. balik jalan kaki ke parking. drive balik umah. ngan marissa. borak-borak. gelak-gelak. kadang-kadang senyap sebab dah tak larat nak bercakap. sampai umah cari makanan kalau lapar. tengok how i meet your mother. gelak guling-guling. penat. tidor.
esok bangun pagi, huh kerja lagi. sambung macam dia atas ye..
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin