Tuesday, June 22, 2010

Pesta Buku Selangor 2010

25 Jun - 05 Julai 2010

Tahun ini lebih istimewa kerana bersempena dengan Hari Ilmu. Lebih menguja lagi Tuanku Sultan Selangor dijangka akan bersama-sama lebih 5 000 orang akan membaca di tepi Tasik Shah Alam. Ayuh la ke sana pada Sabtu – 26 Jun 2010. Bawa sebuah buku, dan kalau tidak tahu hendak bawa buku apa... serbulah ke Gerai JS untuk memilih sebuah. Bukan senang untuk berlakon membaca selama satu jam, kalau bukunya tak kena dengan selera.

Venue?? Kompleks PKNS.

Untuk peminat setia Jemari Seni, khabar dari Kak Nila,

(a) Potongan untuk SEMUA buku umum baharu dan lama, 20 % dan 30 %.

(b) Setiap pembelian TIGA novel umum, anda akan menerima cenderahati eksklusif daripada Jemari Seni Publishing.

Cantik: Ala-ala koleksi Royal Albert (Vintage pun ye juga) Yang mahalnya, dimateraikan dengan cap mohor JS. Tangan gebu Che’ Pah yang ‘mengecapnya’

(c) Siri Adiwarna (buku kanak-kanak) hanya dijual dengan harga RM9 sebuah. Sekiranya anda membeli satu set Siri Adiwarna (tiga buah buku) – RM27, JS akan menghadiahi anak anda dengan sehelai baju-T, dan beg non woven santai lagi bergaya. Wah, semakin banyak set anda membeli, semakin banyak beg dan baju-T anda dapat kumpul.

(d) Boleh bertemu mata dengan pengarang JS.

Nota: Noor Suraya ada di gerai JS setiap hari, insya-Allah.

(e) Tiga buah buku baharu di pasaran menunggu anda di sana.

Melur Bunga Ivy – Nazurah Aishah

(Nota: Penulis turun khusus dari Pasir Gudang. Kali ini ceritanya tidak mengundang air mata seperti Lili Buat Najah. Jadi anda ‘selamat’ tanpa perlu menggunakan tisu. Ada kuiz yang menanti pembaca Melur Bunga Ivy di blognya)

Seikat Kembang Merah – Imaen

(Nota: Dengar ceritanya Saudara Imaen akan menghadiahi sekuntum kembang merah segar – bukan seikat tau – kepada pembeli novel baharunya, yang membeli pada 3 dan 4 Julai. Lima puluh kuntum kembang merah untuk 50 pembaca bertuah. Selamat membeli dan memiliki kembang merah)

Untuk Awak Teja Aulia – Syud

(Nota: Dan akhirnya Syud mengotakan janjinya sebuah kisah manis khusus untuk pembaca Pesta Buku Selangor 2010. Novel ini tidak dijual di mana-mana lagi... hanya buat pembaca tegarnya yang bersusah meredah arus ke Shah Alam)

(f) Novel Nyanyian Tanjung Sepi – Noor Suraya terbitan CESB juga dijual dengan diskaun 10%.

Okey jumpa di sana ya. Gerai JS No C20 ya... kalau tak jumpa, cari sampai jumpa...!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin