Saturday, June 5, 2010

hari-hari yang dipermudahkan

minggu ni agak ringan sikit kepala otak. sebab Boss ramai cuti kot. hahaha. heaven gile nak mati. bukan nak tuang atau nak mengulor, tapi bila ada boss ni, suka sangat bertanya itu la, ini la. serabut otak. nak concentrate wat kejer pun susah. kena tadah telinga kot-kot ada menda dia nak questioned. haih.
oh, hari rabu lepas ada berita gembira sikit untuk poket saya. alhamdulilah. so, seperti yang dinazar, saya pun membeli 8 pasang telekung which worth rm270 untuk keluarga dan sedekah. hehe. nasib memang baik, telekung yang jual single rm70, bila beli banyak, diberi harga rm 38. cantik. rmabang mata pilih untuk mak, ain, ema, tok dan uwan, dan dua lagi untuk wat sedekah.
walau telekung agak mahal, bagi saya ia adalah investment yang panjang, dan besar. insya Allah, berkat kita memberi dan membuat wakaf di surau, kita dapat pahala berpanjangan selagai telekung itu diguna orang. macam kita wakaf sejadah dan quran. almaklumlah, saya ni sedar diri. pahala diri sendiri tak banyak. mudah-mudahan dipermudahkan.
hari ni, berjalan ke masjid jamek lagi, mencari kain cotton sebenarnya. dapatlah dua pasang. entah elok ke tak rupa saya pakai baju kain cotton ni. hihihi..
lagi, saya dulu bercadang nak pi True Fitness atau Fitness First. tapi memandangkan fee nyer sangatla mahal, dah la dapat pergi time lunch, erm, kalau malas, gamaknyer tak pegi la. so, saya pun usha-usha alat senaman. mula-mula nak beli kat Careffour je, hai, berbagai ragam plak carefour ni. mengenangkan dah pernah ada pengalaman pahit dengan khidmat 'bayar dulu, barang hantar kendian' ni, so, forget Carrefour, go for Mudah.my. jumpala satu minah ni nak jual airwalker dia yang dibeli dari US secara post, harga rm700. saya dapat rm250, after nego, dapatla rm230.. alhamdulilah. dipermudahkan.
cuti sekolah dah bermula. sekarang terpikir-pikir nak buat apa yang saya paling suka buat, yang dulunya saya tak yakin saya boleh buat. saya nak jadi pendidik. cikgu. saya nak jadi cikgu MRSM. harap-harap dipermudahkan.
since, cuti sekolah, mak ajak saya cat rumah. so, dengan bangga hati, saya amik annual leave dua hari next week. mahu mengecat rumah. bila semua tahu saya nak cuti, nak cat rumah, semua dah tertanya, anis dah nak langsung ke? hai, kamu semua ni. rumah nak cantik tanpa event pun tak boleh ke? hasilnya, nanti saya kepilkan kat sini ye. tak sabar.isk
p/s: since saya sponsor cat, mak tak kisah saya nak pilih color apa. purple or hijau?? syoknye!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin