Thursday, June 24, 2010

handbag dan Zhulian

20 June: handbag ain kena cilok. bukan kena sebenarnya, tapi dengan rela hati membenarkan. cuai.

21 June: bagi duit pada Ain, suh buat IC dan lain-lain hal

23 June:

6 pagi: terima message " sila hubungi saya secepat mungkin, ada hal penting/mustahak-am salam'. saper plak Am ni? penat call, tapi takder orang jawab plak.

8.30pagi: Am shah alam call.
"ni wan norhanis ke?"
"ye, ni saper?"
"awak kakak kepada Wan nazatul ain ke?"
"ye, nape?"
"ni, saya Am dari balai Polis Shah alam, ada terima satu beg. dalam ni ada wallate, kunci kereta, dll"
"o, adik saya beg nya kena curi"
"bagi saya nombor adik awak"
then saya pun bagi.

petang:
"along, polis tuh suh jumpa dia kat Kota damansara"
sudah wonder girls, apahal plak si polis ni mahu jumpa di tempat bukan balai polis.
check-check, macam ok kot. dalam hati, akan kubawak si BF sekali nanti.

malam:
sampai umah dah 7.30, tak makan, pas solat, mandi terus pi Kota damansara ngan ain tanpa si BF sebab dia ada majlis ilmu.
Rauf si Bf ain sudah keep calling. hati aku ni dah merusuh. cuak. lapar. penat. janji dapat je handbag, terus blah.

kul 8.30: am shah alam suh jumpa kat menara optik, sebelah Zhulian Kota Damansara.
dia datang ngan bininya. fuh, lega skit. tapi mana handbag nya? wonder girl lagi, tapi dalam hati je. muka ain pun macam pelik2 dah.

sesi berkenalan ngan wifenya. lupa nama apa. siti kot.
"jomlah masuk dalam jap (zhulian). akak nak jumpa kawan jap"
apahal plak dia suh kitorang teman dia jumpa kawan dia ni. ok, ikut je la. handbagnya katanya si am shah alam bawak jap lagi.
"akak pi toilet jap ye"
"along, nape kita kena ikut dia jumpa kawan dia ni?"
"mana along tau"
tiba-tiba datang la sorang perempuan baju merah, bersalaman dengan kami.
" ni ahli baru ye?"
terpinga-pinga kami.
"ni mesti tak tau kenapa dibawak kesini"
si siti sudah sengih-sengih.
si kakak baju merah dah bukak fail Zhulian.
"akak ni wakil Zhulian. ni la profil akak. dari kerja engineer skang dah berhenti, buat Zhulian sepenuh masa"
damn, ni kena jadi ahli zhulian plak ke.
"naikla atas, kita ada buat ceramah malam ni. dua jam je dik"
sungguh aku dah tak larat nak bercakap, apatah lagi nak angkat kaki
pong pang pong pang la jugak akak baju merah tu jual citer.
si laki siti, masuk bawak handbag ain.
"kak, minta maaf la kak, tak dpat la kak malam ni. saya baru balik kerja ni. ni pun bertimbun lagi kerja"
pong pang pong pang lagi
"kak, saya ni baru balik kerja, makan malam pun tak lagi. dah la jap lagi nak pi kerja balik kul 3pagi(propa je ni)"
pong pang pong pang lagi.
sampai la dia suh kami datang hari sabtu. ain iye kan sahaja.
9.20mlm. pergh. lama wei, korang pong pang pong pang.
aku slow-slow gerak, blah. si siti terus ensure ain datang sabtu ni.

masuk kete:
"ain layan kan je. kalau tak layan, mampus kita tak boleh balik long"
aku errmmm..
"ain, along lapar.."
cari burger, makan. tido. sakit jiwa kami.

esoknya, perut masuk angin sebba dinner kul 10mlm. tension je.

p/s: thanx sebab si am shah alam baik hati cari gak no hp yg boleh dihubungi. cuma, jagalah bini kamu tu. isk, tak seswai la nak tarik mangsa kidnap ni ke Zhulian. tak patut...

2 comments:

ankowada said...

apakah???

hnyss, aku pun penah kene dgn sorang ni..asal suh aku teman jumpe kawan die sbb nk lepak klua minum-minum..sekali kene bawak pegi ceramah MLM dekat 3-4 jam!..demn aku tak tau ape2 tp satu komuniti tu dah ingat aku jadi agent dekat korea..nak marah kawan sendiri..kang kate tak sapot pulak...sgt memahami situasi terpingga itu.

anyway, sib baik jumpe balik h/bag ain. =)

hanys said...

actually aku juga bukak first time.. sebelum ni, pas aku kerja, dalam kul 11, kawan aku ajak jumpa. thought just for minum n lepak. then end up aku balik kul 2 sebab kena hadap 5 kawan dia jual stroty gaji 5 angka. damn him. benci! setahun aku tak kawan ngan dia..hahaha
ni bini am tu keep texting ain. aku cakap, kalau dia gatal nak call aku, aku report polis sudah.. biar padan muka.. huhu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin