Sunday, June 27, 2010

Minggu yang biasa, tapi saya suka


Semalam berjalan satu hari suntuk. 100km ++ jugakla si BOBO berjalan dibawak tuannya ni.
Pagi-pagi, bawak kereta Neo Maris untuk servis.
Kendian ke Shah Alam untuk pesta Buku di Kompleks PKNS. dapat 3 biji buku ini. meet Syud yang super vz. dan Nazurah yang muka cam kelat je haha. so, malas nak kacau minta autograph.


Kemudian melepaskan nafsu lapar di Mcd seksyen 2. melahap sampai mampu dapat cawan FIFA. hehe.
muka tengah menunggu kul 12. sebab jam kami dah kul 12pm. tapi McD ni lambat 10 minit. ceh.


Kemudian kembali ke subang perdana ambik Neo. kopak Maris rm350. huhu.
Terus pecut ke KL. masjid jamek. jalan TAR, masjid india, dan Jakel. Hasilnya, last minute di Jakel, dapat la mencari kain baju untuk raya. complete set untuk my sis dan mak. No pic please. its P n C. haha. tip: temanya turqoise tahun ni. sweet.

Pulang ke rumah, sempat lagi singgah The Curve. tengok manusia spoil brat melepak. dengan usia dalam 14-16 tahun, dengan short pant, short skirt, dengan makeup mak oii, sambil lepak di restoran open air mewah, main blackberry smabil layan FB. hah. sungguh KL la korang ni.

Oh, di sini ada Flea Market la. dapat strawberry Cameron Highland! syok nye!


Balik umah, macam nak pitam gak la. penat gile.
Ahad pagi bangun breakfast at almost 10am. hehe. then, masak lunch untuk ain yang nak pi keje. petang rasa bosan plak layan TV dan novel, buat cup cake comel ni.. happy bile Maris keep makan tanpa henti lagi-lagi time panas.. :) want some?

macam la aku hingin sangat ngan tunang ko tu

dalam Facebook (FB) apa sahaja boleh berlaku. i meet my old skool frenz. someone yang rapat dengan aku dulu. sekelas dari form 1. sampai form 3.
si P yang kelakar n bengong dan biol.
then, aku komen pic profile nye yang memang old skol gile.
'napekah gambar profile ko ni old skol gile?'
then, one of the reply wall post tu adalah dari tunangnya yang annoy gile..
'xctualy i made for him.y? anything wrong or u interested?'
bangang betul. adoi la . kalau tak mau orang tanya, or komen, or cakap pe2, tak perlu la nak post profile tu.
dan aku tak bermaksud apa-apa pun ngan post tu. just asking. ni la masalahnya bila orang tak paham yang kami ni berkwan dari umur 13 tahun. dari umur belum akil baligh lagi. macam bongok.
dan aku malas nak komen apa-apa dah.

Thursday, June 24, 2010

handbag dan Zhulian

20 June: handbag ain kena cilok. bukan kena sebenarnya, tapi dengan rela hati membenarkan. cuai.

21 June: bagi duit pada Ain, suh buat IC dan lain-lain hal

23 June:

6 pagi: terima message " sila hubungi saya secepat mungkin, ada hal penting/mustahak-am salam'. saper plak Am ni? penat call, tapi takder orang jawab plak.

8.30pagi: Am shah alam call.
"ni wan norhanis ke?"
"ye, ni saper?"
"awak kakak kepada Wan nazatul ain ke?"
"ye, nape?"
"ni, saya Am dari balai Polis Shah alam, ada terima satu beg. dalam ni ada wallate, kunci kereta, dll"
"o, adik saya beg nya kena curi"
"bagi saya nombor adik awak"
then saya pun bagi.

petang:
"along, polis tuh suh jumpa dia kat Kota damansara"
sudah wonder girls, apahal plak si polis ni mahu jumpa di tempat bukan balai polis.
check-check, macam ok kot. dalam hati, akan kubawak si BF sekali nanti.

malam:
sampai umah dah 7.30, tak makan, pas solat, mandi terus pi Kota damansara ngan ain tanpa si BF sebab dia ada majlis ilmu.
Rauf si Bf ain sudah keep calling. hati aku ni dah merusuh. cuak. lapar. penat. janji dapat je handbag, terus blah.

kul 8.30: am shah alam suh jumpa kat menara optik, sebelah Zhulian Kota Damansara.
dia datang ngan bininya. fuh, lega skit. tapi mana handbag nya? wonder girl lagi, tapi dalam hati je. muka ain pun macam pelik2 dah.

sesi berkenalan ngan wifenya. lupa nama apa. siti kot.
"jomlah masuk dalam jap (zhulian). akak nak jumpa kawan jap"
apahal plak dia suh kitorang teman dia jumpa kawan dia ni. ok, ikut je la. handbagnya katanya si am shah alam bawak jap lagi.
"akak pi toilet jap ye"
"along, nape kita kena ikut dia jumpa kawan dia ni?"
"mana along tau"
tiba-tiba datang la sorang perempuan baju merah, bersalaman dengan kami.
" ni ahli baru ye?"
terpinga-pinga kami.
"ni mesti tak tau kenapa dibawak kesini"
si siti sudah sengih-sengih.
si kakak baju merah dah bukak fail Zhulian.
"akak ni wakil Zhulian. ni la profil akak. dari kerja engineer skang dah berhenti, buat Zhulian sepenuh masa"
damn, ni kena jadi ahli zhulian plak ke.
"naikla atas, kita ada buat ceramah malam ni. dua jam je dik"
sungguh aku dah tak larat nak bercakap, apatah lagi nak angkat kaki
pong pang pong pang la jugak akak baju merah tu jual citer.
si laki siti, masuk bawak handbag ain.
"kak, minta maaf la kak, tak dpat la kak malam ni. saya baru balik kerja ni. ni pun bertimbun lagi kerja"
pong pang pong pang lagi
"kak, saya ni baru balik kerja, makan malam pun tak lagi. dah la jap lagi nak pi kerja balik kul 3pagi(propa je ni)"
pong pang pong pang lagi.
sampai la dia suh kami datang hari sabtu. ain iye kan sahaja.
9.20mlm. pergh. lama wei, korang pong pang pong pang.
aku slow-slow gerak, blah. si siti terus ensure ain datang sabtu ni.

masuk kete:
"ain layan kan je. kalau tak layan, mampus kita tak boleh balik long"
aku errmmm..
"ain, along lapar.."
cari burger, makan. tido. sakit jiwa kami.

esoknya, perut masuk angin sebba dinner kul 10mlm. tension je.

p/s: thanx sebab si am shah alam baik hati cari gak no hp yg boleh dihubungi. cuma, jagalah bini kamu tu. isk, tak seswai la nak tarik mangsa kidnap ni ke Zhulian. tak patut...

Tuesday, June 22, 2010

Pesta Buku Selangor 2010

25 Jun - 05 Julai 2010

Tahun ini lebih istimewa kerana bersempena dengan Hari Ilmu. Lebih menguja lagi Tuanku Sultan Selangor dijangka akan bersama-sama lebih 5 000 orang akan membaca di tepi Tasik Shah Alam. Ayuh la ke sana pada Sabtu – 26 Jun 2010. Bawa sebuah buku, dan kalau tidak tahu hendak bawa buku apa... serbulah ke Gerai JS untuk memilih sebuah. Bukan senang untuk berlakon membaca selama satu jam, kalau bukunya tak kena dengan selera.

Venue?? Kompleks PKNS.

Untuk peminat setia Jemari Seni, khabar dari Kak Nila,

(a) Potongan untuk SEMUA buku umum baharu dan lama, 20 % dan 30 %.

(b) Setiap pembelian TIGA novel umum, anda akan menerima cenderahati eksklusif daripada Jemari Seni Publishing.

Cantik: Ala-ala koleksi Royal Albert (Vintage pun ye juga) Yang mahalnya, dimateraikan dengan cap mohor JS. Tangan gebu Che’ Pah yang ‘mengecapnya’

(c) Siri Adiwarna (buku kanak-kanak) hanya dijual dengan harga RM9 sebuah. Sekiranya anda membeli satu set Siri Adiwarna (tiga buah buku) – RM27, JS akan menghadiahi anak anda dengan sehelai baju-T, dan beg non woven santai lagi bergaya. Wah, semakin banyak set anda membeli, semakin banyak beg dan baju-T anda dapat kumpul.

(d) Boleh bertemu mata dengan pengarang JS.

Nota: Noor Suraya ada di gerai JS setiap hari, insya-Allah.

(e) Tiga buah buku baharu di pasaran menunggu anda di sana.

Melur Bunga Ivy – Nazurah Aishah

(Nota: Penulis turun khusus dari Pasir Gudang. Kali ini ceritanya tidak mengundang air mata seperti Lili Buat Najah. Jadi anda ‘selamat’ tanpa perlu menggunakan tisu. Ada kuiz yang menanti pembaca Melur Bunga Ivy di blognya)

Seikat Kembang Merah – Imaen

(Nota: Dengar ceritanya Saudara Imaen akan menghadiahi sekuntum kembang merah segar – bukan seikat tau – kepada pembeli novel baharunya, yang membeli pada 3 dan 4 Julai. Lima puluh kuntum kembang merah untuk 50 pembaca bertuah. Selamat membeli dan memiliki kembang merah)

Untuk Awak Teja Aulia – Syud

(Nota: Dan akhirnya Syud mengotakan janjinya sebuah kisah manis khusus untuk pembaca Pesta Buku Selangor 2010. Novel ini tidak dijual di mana-mana lagi... hanya buat pembaca tegarnya yang bersusah meredah arus ke Shah Alam)

(f) Novel Nyanyian Tanjung Sepi – Noor Suraya terbitan CESB juga dijual dengan diskaun 10%.

Okey jumpa di sana ya. Gerai JS No C20 ya... kalau tak jumpa, cari sampai jumpa...!

Thursday, June 17, 2010

Double Degree Wedding

Pernah dengar Double Degree Wedding? Double Degree Wedding adalah untuk mereka yang berkahwin sesame rakan sekolah, rakan seuniversiti, yang kita kenal kedua-duanya. Yang mana keperluan untuk datang adalah double berbanding jikalau kita hanya mengenal sorang sahaja. Berikut adalah Double Degree Wedding yang saya tahu, dan pernah saya hadiri.

Azura dan Aimin damien. kawan ketika zaman belajar UIA.

Pyah dan Muz, kawan ketika zaman uia juga. aiseh pic ni je yg ada.. romantik sgt...

Didi dan Manja. Both adalah classmate saya semasa di MRSM. Malangnya, saya langsung tak dapat menjengah pengantin ni. Lagipun, dah bukan pengantin baru lagi. Hehe


Wada dan Trek. Rakan zaman sekolah di MRSM juga. Saya bangga sebab dapat hadir ke majlis merekea. Sukaa J

Is dan Su Anne. Alkisahnyanya Is adalah kawan dr form 4 n 5, sedangkan Su Anne kawan dari form 1 sampai form 3. But then, yang menjemput ke majlis hanyalah kawan yang dari form 4 n 5 shaja. Yang dari form 1? Buat seperti kami bukan kawan. Kan? Well, congrats. Tak tahu perlu tak pergi. Kalau eprgi pun mungkin sebab kawan yang form 4n 5 tu je. For the sake of him. Haih.

Wina dan Amar. Bukan double degree buat saya dan kawan-kawan uia sebab Amar bukan UIA students. Tapi untuk kawan-kawan mahaad mereka, mereka adalah Double Degree Wedding, both dari Mahaad dari form1 sampai form 3.

Sunday, June 13, 2010

Piala Dunia

demam Piala Dunia sudah bermula! mula-mula malas jugak nak layan bola ni. tapi semalam tengok aksi Korea Selatan, huh, sungguh membanggakan rakyat Asia dan juga peminta cite Korea mcm saya ni.. huhu. mcm biaslah, hero Korea selatan, Park Ji Sung, si mata sepet yang kalau senyum sungguh hilang matanya.. pernah gak wonder, mcm mana la dia boleh nampak bola ek? hehe
ok. apa-apa pun. harap semua fan bola pandai membahagikan masa, bola dan kerja. opis dan rumah. jangan sangap plak di opis ye..
si suami plak, jangan selalu lupakan isteri yang nak jugak tengok cerita lain kat TV tu.
si boyfriend (terutama BF saya tu), jangan pura-pura lupa nak baals msg saya plak.
kawan-kawan yang baru berkahwin dengan suami yang rupanya fanatik Bola, bersabarlah ye. musim kahwin=musim bola, saper suh kawin time ni. hehehe..

Sunday, June 6, 2010

makin tua la saya ni

tahun ni umur saya akan jadi 26. sudah lebih dari 25. think that 25 is so sweeeeeeeet age. haha. but now, dah terlebih. hehe.
tadi borak-borak ngan Ain. saya cakap, along rasa dah tua la. fikiran dah tua, excited tu dah kurang. bila Ema bercerita, saya dah hilang excited to dig more. bila berjalan, saya dah kurang snap pics. bila saya nak pakai baju jalan, saya rasa baju yangs aya pakai dah tak cocok lagi dengan umur saya. t-shirt? or blouse? huh. ada plak ter dresssing mcm orang tua. tak pun macam budak 20 an. haih.
makin tua rasanya bila, cashier yang muda, panggil saya kakak. haha. dulu adik. skang dah jadi kakak. ok. fine.
baru saya sedar juga, saya makin sensitif. apa je isu, rasa macam terasa hati sangat. adoyai. susah lah cenggini. apa je yang orang sibuk perkatakan, saya pikir dengan seriusnya.. susah.
bagaimana nak buat rasa muda semula?

Saturday, June 5, 2010

hari-hari yang dipermudahkan

minggu ni agak ringan sikit kepala otak. sebab Boss ramai cuti kot. hahaha. heaven gile nak mati. bukan nak tuang atau nak mengulor, tapi bila ada boss ni, suka sangat bertanya itu la, ini la. serabut otak. nak concentrate wat kejer pun susah. kena tadah telinga kot-kot ada menda dia nak questioned. haih.
oh, hari rabu lepas ada berita gembira sikit untuk poket saya. alhamdulilah. so, seperti yang dinazar, saya pun membeli 8 pasang telekung which worth rm270 untuk keluarga dan sedekah. hehe. nasib memang baik, telekung yang jual single rm70, bila beli banyak, diberi harga rm 38. cantik. rmabang mata pilih untuk mak, ain, ema, tok dan uwan, dan dua lagi untuk wat sedekah.
walau telekung agak mahal, bagi saya ia adalah investment yang panjang, dan besar. insya Allah, berkat kita memberi dan membuat wakaf di surau, kita dapat pahala berpanjangan selagai telekung itu diguna orang. macam kita wakaf sejadah dan quran. almaklumlah, saya ni sedar diri. pahala diri sendiri tak banyak. mudah-mudahan dipermudahkan.
hari ni, berjalan ke masjid jamek lagi, mencari kain cotton sebenarnya. dapatlah dua pasang. entah elok ke tak rupa saya pakai baju kain cotton ni. hihihi..
lagi, saya dulu bercadang nak pi True Fitness atau Fitness First. tapi memandangkan fee nyer sangatla mahal, dah la dapat pergi time lunch, erm, kalau malas, gamaknyer tak pegi la. so, saya pun usha-usha alat senaman. mula-mula nak beli kat Careffour je, hai, berbagai ragam plak carefour ni. mengenangkan dah pernah ada pengalaman pahit dengan khidmat 'bayar dulu, barang hantar kendian' ni, so, forget Carrefour, go for Mudah.my. jumpala satu minah ni nak jual airwalker dia yang dibeli dari US secara post, harga rm700. saya dapat rm250, after nego, dapatla rm230.. alhamdulilah. dipermudahkan.
cuti sekolah dah bermula. sekarang terpikir-pikir nak buat apa yang saya paling suka buat, yang dulunya saya tak yakin saya boleh buat. saya nak jadi pendidik. cikgu. saya nak jadi cikgu MRSM. harap-harap dipermudahkan.
since, cuti sekolah, mak ajak saya cat rumah. so, dengan bangga hati, saya amik annual leave dua hari next week. mahu mengecat rumah. bila semua tahu saya nak cuti, nak cat rumah, semua dah tertanya, anis dah nak langsung ke? hai, kamu semua ni. rumah nak cantik tanpa event pun tak boleh ke? hasilnya, nanti saya kepilkan kat sini ye. tak sabar.isk
p/s: since saya sponsor cat, mak tak kisah saya nak pilih color apa. purple or hijau?? syoknye!

Wednesday, June 2, 2010

tolong saya

minggu yang penat. terlibat dalam perkahwinan kawan saya, Wina. alhamdulilah, selamat sudah kawan saya ni bernikah dan berkahwin dengan pilihan hati. penat. damn tired.
selasa, MC. haha. bukan sebab penat, tapi maybe la ada sumbangan. period cramp yang bersungguh tidak membenarkan saya pergi kerja. akibatnya terkejang atas katil sampai ke tengahari, baru larat ke klinik. adoi hai.
hari hari berlalu macam tak berapa best. hahaha.
oh lupa last week menarik. sempat pergi dating dengan kekasih hati menonton wayang Iron man 2 kul 10mlm. gile sangap. kami berdua mata dah nak tertutup. sampai umah kul 12.30 malam. hihi. esok pi kerja ngan lemah gemalai, sebab mengantuk. tapi seronok dapat luang masa bersama dia. :0
oh, hati saya macam terguris skit sebab dapat tahu mak bising sebab tak nampak batang hidung nak kawin lagi.. sedihnya. sebab, rasa macam mak tak mahu paham apa yang berlaku adalah kehendak Allah. kalau Dia kata, bukan masanya lagi saya nak berkahwin, belum la.. rasa macam, saya tak cukup menggembirakan mak. haih. susahnya. rasa mahu ambik je kursus, belajar jauh-jauh dari semua orang yang suka bertanya hal kahwin ni. jangan paksa-paksa saya boleh? tak bererti saya ada kekasih, saya perlu berkahwin segera.. tolongla.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin