Wednesday, May 19, 2010

berehat sebentar

dari jam 9 pagi sampai 6 petang dari isnin sampai jumaat adalah waktu kerja. waktu rehat pun kerja. sebab sekarang dah pindah tempat yang 'tiada SOGO dan Masjid Jamek'. yang nak jumpa kedai beli getah ikat rambut pun konpem takde. jadi, keluar lunch 12.30 tghari, 12.50 dah start buat kerja balik. makan ditempat sama hari-harai. hah!
tambah pulak dengan kerja yang bertimbun. kalau la saya boleh berenang dalam lautan kertas, adoi. bila buat kerja (sambil layan Korean song), tak angkat-angkat muka pandang sekeliling, tak hirau orang tengah hangin kat side sebelah.
bila time menghadap Ilahi, baru rasa, leganya. lega sangat. masa tu tak ingat dah kerja yang banyak, manual yang kena minta sign off, manual yang kena revamp, manual yang kena amend. masa tu selalu sedar, kenapa Allah nak kita solat. supaya bertenang sekejap menghadap dunia. lupakan dunia sebentar, take a rest. :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin