Friday, April 30, 2010

semua orang dah nak kahwin, yeay!

Oh! Banyaknya undangan perkahwinan.. almaklumlah dah musim-musim cuti sekolah ni. Bulan 5, bulan 6 adalah musim-musim kahwin. Tapi kengkawan saya ni, tak kira bulan, tak kira cuiti sekolah. Ada masa, selit-selit kahwin. Dari bulan 2 lagi saya dapat undangan kahwin dan bertunang ni.


Bulan 2, sahabat baik saya selamat menjadi tunangan orang. Dalam sesak dengan Post implementation project (yang buat saya smapai menangis!) sempat gak datang. Haih. Tahniah Nurul. Kahwinnya insyaAllah bulan 11, ye. Saya dah amik part nak tlg wat goodie ba ni. Semangat!


Bulan 2 juga (rasanya) ex classmate saya di MRSM selamat berkahwin dengan classmate kami juga. Amboi, cinta sejati dari sekolah. Rasanya ni je couple yang menjadi. Baguslah. Tapi both occasion tak dapat hadir, sebba sibuk sangat dengan Live dan cut over activities. Congrats Didi n Manja!


Bulan 3, classmate saya (lagi) Anuar Hanis selamat diijab dengan aweknya, Ezy. Awek yang sama time dia bawak iftar. Nasib baik! Congrats.


Bulan 3 juga, classmate saya (lagi?) Daus aka Musang selamat berkahwin dengan pilihan hati. Ramai jugak bebudak maktab datang.


Bulan 4 yang lalu, Shaful Azman, aka Poon selamat juga bernikah dengan Ezne. Tahniah la. Jauh sangat rumah,s ampai ke JB, tak dpat den nak datang.


Pembukaan bulan 5, dimulai dengan Wahida aka Wada, juga bernikah dengan schoolmate, Afizi Khairi aka Trek. Ni pasangan tak sangka-sangka. Tapi sweet. Actually, bernikahnya hari ni, 29 april.. sandingnya 1 may. Insya allah, kami akan membuat gerombolan datang..


Penutup bulan 5, ada dua orang. Satu kawan saya, Wina dan Amar di shah alam. Dan satu lagi ex classmate (lagi???), Azrin di Johor. Oh, rasanya kenalah pi Wina punya. Siap kena pakai baju tema. Nasib baik dah beli Wina ooii, buat je belum lagi..


Dan pembukanya june, adalah colleague time kat UIA, Ummul Amira.


Bulan 6 juga, ex maktab, Iskandar dan suhana… both from different batch, and they manage to meet. Sweet kan.


Bulan 6 juga, seorang lagi kawan, Ummu pun akan berkahwin…


And there goes all the list for this moment. itu sahaja buat masa ni. Bulan 10 pun ada juga.. Cuma belum tahu tarikh je..


p/s: saya memperkenalkan satu trend pada Marissa, ‘kena buat baju baru untuk pergi majlis’. Hihi.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin